Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga. Demikian perumpamaan yang boleh diungkapkan dengan hubungan anak beranak yang sudah lama tidak bertemu.
Disebalik kontroversi yang melanda ayahnya, rupa-rupanya ada sinar buat mereka. Kisah keluarga ini cukup menyentuh hati, selepas mendengar nasihat pelbagai pihak, akhirnya anak kepada penyanyi, To’ki, Noor Hidayah terpanggil bertemu bapanya selepas sekian lama tidak bertemu. Noor Hidayah, 27, atau mesra dengan sapaan Yaya berkata, mereka bertemu pada Jumaat lalu selepas kali terakhir bertemu ayahnya kira-kira empat tahun lalu.
“Awalnya, saya cukup terkesan dengan komen netizen, tetapi apabila direnung semula, teguran mereka memberi kesedaran. Walaupun macam mana pusingnya dunia, dia tetap ayah saya, tiada apa yang dapat mengubah hakikat itu.
“Alhamdulillah, berkat nasihat yang baik dan doa orang ramai, saya bertemu dengan ayah selepas empat tahun tidak berjumpa. Hubungan kami sekarang baik-baik sahaja, malah jujurnya, saya gembira hingga menitiskan air mata.
“Sememangnya setiap apa yang terjadi, ada hikmahnya. Disebabkan kisah tular, saya dapat berjumpa ayah,” katanya kepada BH Online. Bercerita lanjut, Yaya bersama suami bertemu ayahnya pada Jumaat lalu, kemudiannya kembali membawa adik-adik yang lain pada hari berikutnya.
“Selepas kisah ayah tular, hati saya memang mahu bertemu ayah. Sebelum berjumpa, kami ada berbual di telefon. Apabila saya dan suami mahu keluar makan, kami mengajak ayah sekali pada Jumaat lalu.
“Esoknya, saya datang berjumpa ayah bersama adik-adik pula. Saya juga berkesempatan melihat rumah ayah dan kemudiannya, kami keluar makan bersama.
Ads
“Di restoran, kami berpeluang lihat ayah menyanyi secara ‘live’. Jujurnya, saya gembira, terubat rindu nak tengok ayah menyanyi. Bukan kami sahaja, malah ayah juga kelihatan gembira dapat bersatu semula dengan anak, cucu dan menantu,” kata ibu kepada dua orang anak lelaki itu.
To’ki turut memuat naik gambar perjumpaan bersama anak, cucu dan menantunya di laman Facebook. Bagaimanapun, anak sulungnya, tidak dapat bersama kerana mempunyai urusan lain pada saat terakhir. Perjumpaan itu turut disertai anak perempuan To’ki menerusi hasil perkahwinan kedua iaitu Nur Nilam Qaseh, 13.
Anak kedua daripada lima beradik itu turut meluahkan rasa syukur melihat ayahnya sudah mempunyai tempat tinggal selesa didiami bersama isteri baharu, Sharifah Fairuz Syed Yusof.
Ads
“Doa kami sememangnya mahu lihat ayah hidup selesa. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu ayah.
“Melihat ayah bahagia bersama isterinya sekarang, kami juga gembira. Isterinya baik, melayan kami seperti keluarga sendiri ketika kami ke rumahnya,” katanya. Mengulas mengenai ibunya, Yaya berkata, ibunya gembira melihat hubungan mereka kembali jernih.
“Ibu selalu berpesan tidak melupakan ayah. Dia, antara insan yang paling gembira melihat kami berjumpa ayah. Selepas ini, insya-Allah kami akan selalu berjumpa ayah.
Ads
“Selepas apa yang terjadi, kami adik beradik merasakan ayah layak untuk hidup gembira dan sekarang, kami mahu menggembirakan ayah,” katanya.
Terdahulu, Yaya mendakwa kali terakhir bertemu bapanya kira-kira empat tahun lalu ketika melangsungkan perkahwinan. Yaya mengeluarkan dakwaan selepas kisah kehidupan To’ki, 53, dan isterinya, Sharifah Fairuz, 48, yang tinggal dalam pondok di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, tular, beberapa minggu lalu.
To’ki memiliki lima cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama. Anak sulungnya, Mohd Hafizi, 28, diikuti Noor Hidayah, 27, Noor Husna, 22, Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18. Menerusi perkahwinan kedua bersama Nik Aida Mustapha dikurniakan Nur Nilam Qaseh.
Rezeki itu datang dengan pelbagai cara dalam kehidupan kita. Rezeki bukan wang ringgit semata tapi memiliki anak juga adalah rezeki.
Untuk membesarkan adalah cabaran buat ibu bapa lebih lagi mempunyai anak yang ramai. Bukan calang-calang untuk menguruskan anak dengan pelbagai ragam.
Bah kan pada masa yang sama perlu uruskan hal memasak, menghantar ke sekolah, mengajar dan mendidik anak. Sudah tentu ia agak memenatkan. Bukan suami tidak membantu, namun ia momen ini sudah tentu menjadi kenangan yang indah untuk dikenang.
Inilah yang diakui oleh wanita ini, Nor Sha Eriani apabila menguruskan tujuh orang anaknya kesemua adalah perempuan.
RUTIN HARIAN
Rutin harian saya ..
– Bangun kul 4 pagi , solat sunat tahajut dan masak sahur (hari biasa kul 5) -Pukul 5 kejut anak6 ( baby pun bgn jugk) – anak 6 semua wajib bersahur dan mkn takut x larat puasa -Kemas dapur sambil dibantu ank2 -Pukul 6.00 semua ank6 mandi (baby kdg2 mandi sebab berak) – Pukul 6.15 wajib masuk surau ( sapa masuk lebih time kena rotan) – Sembahyang subuh berjemaah
SIAP KE SEKOLAH
– 6.40 semua kena masuk kereta ( masa ni la mama memetir takut jem ke sekolah) – 7.00 sampai ke sekolah rendah (drop 3 puteri) – 7.05 hantar barang dan keperluan kat umah transit untk anak sek agama petang ( tepi sekolah jer ) – 7.15 sampai sekolah menengah( drop kakak )
MASA URUS RUMAH
– 7.40 sampai umah( lau hari x puasa g breakfast dulu ) – 8.00 settle pakaian, siram pokok, kemas umah dan bagi baby makan ( umah kena settle sebelom hadap kerja opies) – pukul 10.00 solat dhuha (ada kala miss jugak) – Pukul 10.30 masuk opies (jalan kaki jer ngn baby dan anak no 6 sebab opies 2 minit smpi) – Settle keje opies dan pastikan ank no 2 g sekolah ptg (naik transport ) – Pastikan ank sekolah ptg blk (naik transport) smpi opies – Sambung keje dan solat zohor – Pukul 4.00 mandikan bb dan bagi makan bb kat opies – Pukul 4.30 ambik ank sek agama -5.30 sampai umah dan solat asar pastu start masak untk berbuka (pastikan ank no 2 balik dr sek)
WAKTU BERBUKA. SOLAT BERJEMAH DAN TERAWIH
-7.20 ptg berbuka sama2 dan kemas2 dan semua sembahyang magrib dan mengaji al mulk dan al waqiah( wajib setiap mlm) – 8.30 mlm sembahyang isyak berjemaah n solat tarawikh
HOMEWORK ANAK – 9.30 mlm suh anak belek2 buku sek (mama bertukar jadi harimau jadian) dan minum n makan2 kuih – 11.00 -11.30 pastikan keperluan ank esok ready dan masuk tido (lau hari biasa kul 12 tido) (ank2 kul 10)
Penat menangla penat, tapi memori ni tak kan dapat kita ulang bila anak dah bekahwin dan tiada disisi kita nanti.
Nila ruti harian kami 7 puteri.
Sumber: Nor Sha Eriani
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pasangan suami isteri dan juga pelakon terkenal, Zahirah MacWilson dan suaminya Aiman Hakim Ridza kini membilang hari untuk menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Terbaru, dalam instagramnya, Zahirah berkongsi gambar ketika mengadakan majlis baby shower bersempena kandungannya yang kini mencecah lapan bulan.
Menerusi perkongsian tersebut, Zahirah memuat naik beberapa kepingfoto sambutan penuh meriah yang diadakan di Perth Australia itu di samping suami tercinta aktor Aiman Hakim Ridza serta ahli keluarga.
“Oh baby, terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis baby shower ini, pasti akan diingati,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada majlis bertemakan warna putih dan oren lembut itu, Zahirah turut memaklumkan semua hidangan pastri termasuklah kek utama disediakan oleh ibunya, Maslinda Yusof yang merupakan seorang bekas chef.
Pasangan merpati sejoli ini bagaimana pun belum mendedahkan jantina anak yang bakal dilahirkan.
Dalam pada itu, Zahirah turut memuat naik pertanyaan sama ada bayi yang dikandungnya lelaki atau perempuan.
Rata-rata peminat dan juga rakan artis turut memberi komen. Ada yang meneka lelaki ada juga beranggapan pasangan ini bakal menimang anak perempuan.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...