“Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!

Share

Luahan hati seorang bapa mengenai kontrak sewa rumah tidak diperbaharui tuan rumah mencuri perhatian warganet.

Dalam perkongsian menerusi laman Instagramnya, pemilik nama Iman Wan memberitahu, perkara tersebut berpunca daripada anak lelakinya yang merupakan seorang autisme.

Menurutnya lagi, perkara tersebut berpunca daripada  aduan dilakukan oleh jiran-jirannya yang kurang senang dengan kehadiran anak istimewanya Adam di kediaman mereka di Temasya Suria, Shah Alam, Selangor.

“Kepada jiran kiri dan kanan, kami tahu apa anda buat dan kami tahu anda orang macam mana. Tapi jangan bimbang, hasrat anda sudah tercapai.

“Anda sudah berjaya membuatkan pemilik tidak memperbaharui kontrak sewaan kami. Kami akan berpindah keluar pada hujung bulan ini. Anak saya tidak akan menjadi gangguan kepada anda lagi.

“Minta maaf atas masalah yang ditimbulkan. Anda boleh menjalani kehidupan dengan tenang selepas ini,” ujar Iman lagi dengan panjang lebar.

Adam atau nama penuhnya Adam Wan Mun Yu sebelum ini menjadi perhatian apabila ahli keluarga sering berkongsi berkongsi foto dan video memaparkan rutin hariannya sebagai penghidap masalah spekrum autistik (ASD).

Menurut Iman Wan lagi, anak keduanya itu tidak membuat bising pada setiap masa selain menyifatkan orang ramai masih kurang empati, belas kasihan dan pemahaman terhadap golongan autisme.

“Adam tidak bising setiap hari dan kalau berlaku, ia tidak pernah dari subuh hingga malam. Kami tahu daripada sumber yang boleh dipercayai, perkara ini berlaku kerana pemilik tertekan menerima aduan dilakukan dua jiran kami.

“Kami faham dan sedar di mana kami duduk. Kami berharap untuk berpindah apabila rumah kami akan siap sepenuhnya dalam beberapa tahun lagi, tetapi Allah mempunyai perancangan lebih baik,” ujarnya lagi.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai, rata-rata mengucapkan rasa simpati kerana kontrak sewaan tidak diperbaharui dan menitipkan doa semoga dipermudahkan segala urusan Iman Wan sekeluarga.

catrionabrianross Im so sad that you hafta go through this .. i believe God has a much better plan for you.
yasmin.mahmood Be strong. Shame on your neighbours. May God open their hearts to empathy and compassion. Allah knows best. Allah knows the kindness (or lack of it) in our hearts.Semoga الله permudahkan urusan Uncle and family, be strong Uncle and Aunty, Salam utk Adam anak syurga❤️
anuarzain70 ALLAH SWT sangat sayangkan You & Your family… semoga sentiasa didalam rahmat, barakah & mendapat keredhaan ALLAH SWT sentiasa.. Aamiin Yaa Rabb.. hugs ❤️
nitahamzah Allahuakbar… It’s ok.. yakin dgn ALLAH… semoga Allah SWT permudahkan buat adam and family ya… Amin YRA

 

Sumber: adamsautismfamily


ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri

BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara