Luahan hati seorang bapa mengenai kontrak sewa rumah tidak diperbaharui tuan rumah mencuri perhatian warganet.
Dalam perkongsian menerusi laman Instagramnya, pemilik nama Iman Wan memberitahu, perkara tersebut berpunca daripada anak lelakinya yang merupakan seorang autisme.
Menurutnya lagi, perkara tersebut berpunca daripada aduan dilakukan oleh jiran-jirannya yang kurang senang dengan kehadiran anak istimewanya Adam di kediaman mereka di Temasya Suria, Shah Alam, Selangor.
“Kepada jiran kiri dan kanan, kami tahu apa anda buat dan kami tahu anda orang macam mana. Tapi jangan bimbang, hasrat anda sudah tercapai.
“Anda sudah berjaya membuatkan pemilik tidak memperbaharui kontrak sewaan kami. Kami akan berpindah keluar pada hujung bulan ini. Anak saya tidak akan menjadi gangguan kepada anda lagi.
“Minta maaf atas masalah yang ditimbulkan. Anda boleh menjalani kehidupan dengan tenang selepas ini,” ujar Iman lagi dengan panjang lebar.
Adam atau nama penuhnya Adam Wan Mun Yu sebelum ini menjadi perhatian apabila ahli keluarga sering berkongsi berkongsi foto dan video memaparkan rutin hariannya sebagai penghidap masalah spekrum autistik (ASD).
Menurut Iman Wan lagi, anak keduanya itu tidak membuat bising pada setiap masa selain menyifatkan orang ramai masih kurang empati, belas kasihan dan pemahaman terhadap golongan autisme.
Ads
“Adam tidak bising setiap hari dan kalau berlaku, ia tidak pernah dari subuh hingga malam. Kami tahu daripada sumber yang boleh dipercayai, perkara ini berlaku kerana pemilik tertekan menerima aduan dilakukan dua jiran kami.
“Kami faham dan sedar di mana kami duduk. Kami berharap untuk berpindah apabila rumah kami akan siap sepenuhnya dalam beberapa tahun lagi, tetapi Allah mempunyai perancangan lebih baik,” ujarnya lagi.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai, rata-rata mengucapkan rasa simpati kerana kontrak sewaan tidak diperbaharui dan menitipkan doa semoga dipermudahkan segala urusan Iman Wan sekeluarga.
catrionabrianross Im so sad that you hafta go through this .. i believe God has a much better plan for you.
yasmin.mahmoodBe strong. Shame on your neighbours. May God open their hearts to empathy and compassion. Allah knows best. Allah knows the kindness (or lack of it) in our hearts.Semoga الله permudahkan urusan Uncle and family, be strong Uncle and Aunty, Salam utk Adam anak syurga❤️
anuarzain70ALLAH SWT sangat sayangkan You & Your family… semoga sentiasa didalam rahmat, barakah & mendapat keredhaan ALLAH SWT sentiasa.. Aamiin Yaa Rabb.. hugs ❤️
nitahamzah Allahuakbar… It’s ok.. yakin dgn ALLAH… semoga Allah SWT permudahkan buat adam and family ya… Amin YRA
Seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun yang lebih dikenali sebagai Adik Bella hari ini dilaporkan hadir ke Mahkamah Sesyen untuk memberikan keterangan dalam prosiding tertutup tentang kes pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya, tahun lepas.
Sebelum remaja itu memberi keterangan, Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas memberitahu mahkamah bahawa perbicaraan kes itu akan dijalankan secara tertutup kerana Bella adalah mangsa selain merupakan saksi kanak-kanak yang keterangannya tidak boleh dilaporkan oleh media dan mana-mana pihak.
Zilfinaz pada prosiding sebelum ini berkata pihaknya memohon supaya seorang perantara dan peneman Bella dilantik mengikut peruntukan di bawah Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 untuk berada bersama remaja itu di sebuah bilik lain semasa perbicaraan dijalankan.
“Dua individu ialah pegawai psikologi dari Jabatan Peguam Negara Dr Nor Jumawaton Shahruddin selaku perantara dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Noor Faiidah Mohamed selaku peneman Bella,” katanya kepada Hakim Izralizam Sanusi.
Bagaimanapun, kehadiran adik Bella hari ini mencuri tumpuan khalayak apabila datang dengan ceria senyuman terukir indah, lebih kelihatan sihat berbanding ketika ditemui sebelum ini.
Malah yang paling menjadi perhatian adalah busana gaun berwarna biru yang sinonim dengan watak utama animasi tersebut, iaitu Puteri Elsa. Lebih manis, sebuah mahkota turut terselit rapi di bahagian atas tudung yang dipakainya.
Turut berada di tempat kejadian, seorang individu di laman Facebook miliknya, Mona Din berkongsi momen-momen ketika bertemu dengan gadis remaja itu. Malah dalam perkongsian terbaru, Puan Mona Din berkongsi meskipun tiada orang awam boleh masuk ke dalam mahkamah semasa prosiding berlangsung, tetapi adik Bella dikatakan berjaya memberikan kenyataan dengan sangat baik!
Perkongsian yang dibuat oleh Puan Mona Din turut menarik perhatian pengikut di laman facebooknya. Rata-rata netizen meninggalkan komen positif yang terus mendoakan kebaikkan untuk remaja istimewa itu.
Terdahulu, Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pelakon Puteri Aisyah yang juga merupakan bekas Dewi Remaja telah kehilangan ayahnya Sulaiman Bin Hj Ab Rahman pada 17 Januari yang lalu di salah sebuah pusat perubatan di Kuantan, Pahang kira-kira pukul 8.35 malam.
Berita itu dikongsi sendiri oleh Puteri Aishah menerusi Insta Stories, yang turut memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan bapanya itu.
Baru-baru ini, Puteri Aishah dilihat berkongsi kompilasi video kenangan bersama serta meluahkan rasa rindunya terhadap Allahyarham.
“Posting this video here sebagai kenangan esok hari. Saya tidak mempunyai banyak foto bersama dengan ayah. I wish ada gambar time kecik dengan ayah but tak jumpa. But it’s okay 😊.
I’m eternally grateful, Allah reunited us before you go. Alhamdulillah. I’ll treasure our memories forever in heart. Rindu Ayah.”-Tulis Puteri Aishah
Posting ini mengundang rasa sebak di kalangan para pengikutnya.
Kehilangan ayah atau ahli keluarga sememangnya merupakan kehilangan besar dalam diri seseorang. Ianya jugak boleh membawa impak besar dalam kehidupan seseorang.
Semoga Puteri Aishah tabah dalam menghadapi dugaan ini.
Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan ucapan takziah di atas pemergian arwah bapanya itu.
Tanggungjawab sabagai Ibu bapa adalah membesarkan anak dari kecil sehingga dewasa. Mereka juga banyak berkorban jiwa, raga, harta dan wang demi memberikan yang terbaik untuk anaknya sehingga dewasa.
Namun ada ibubapa mengharapkan sumbangan anak anak bila mereka bersara nanti. Saya kira ini bukan langkah bijak, jika anak beri. Ia merupakan bonus dan rezeki, Anak yang baik pasti akan menjaga ibubapa mereka.
Anak muda hari ini tidak sama macam zaman dulu lagi, zaman mereka serba serbi kena beli.
Kerja gomen dan swasta sudah tidak kaya lagi, cukup makan selebihnya untuk bayar tol dan kereta saja nanti
Graduan dulu tiada hutang, sekarang PTPTN menanti. Jika tak bayar boleh masuk CCRIS hari nie. Itu belum kena potong gaji sebab PKP tak abis abis lagi.
Mereka terbeban dengan hutang pendidikan, cukai dan serba serbi mahal hari ini.
Itu belum 20 tahun lagi. Mereka juga perlu ada keluarga, anak, isteri dan rumah sendiri.
Kawan kawan,
Jika wawasan kita, bersara nanti harapkan bantuan mereka. Kita sedang menzlimi mereka juga sebenarnya.
Anak yang solehah akan membantu ibubapa, tetapi bapa yang soleh harus ada wawasan persaraannya sendiri.
Jika sekarang kita rasa susahnya berbelanja, bagaimana nanti zaman mereka nanti.
Sanggupkah kita ambil hak anak cucu kita, kerana kita tidak merancang waktu bersara nanti.
“Anak aku ramai, tiap orang aku mintak seribu sorang. Cukuplah Seploh ribu nak jalan jalan tiap tiap bulan”.
Jangan jadikan anak anak kita mesin persaraan kita dan tuduh mereka anak derhaka, sebab kita lalai dan langsung tak bersedia untuk bersara.
Sumber: Azizul Azli Ahmad, facebook kisah dunia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.