Tiada orang yang mampu berikan kasih sayang seiklas ibu yang mengandungkan kita dari dalam alam rahim hinggalah dewasa. Tanpa mereka, siapalah kita. Kan?
Baru-baru ini, ada seorang pengguna di laman Facebook berkongsi momen menyentuh hati apabila didatangi seorang wanita cina dan meminta izin untuk memeluk ibunya.
Menurut Anis, dia yang sedang menikmati makanan tengah hari bersama kedua ibu bapanya itu telah didekati oleh seorang wanita berbangsa Cina. Pada mulanya, dia seperti teragak-agak untuk bertanya sekiranya boleh memeluk ibunya.
“Wanita ini datang kepada ibu saya, meminta untuk dipeluk dan kemudian menangis. Ketika waktu makan tengah hari dengan keluarga saya di Sri Karak, PJ New Town. Ibu sedang menikmati makan tengah harinya sambil kami semua memesan hidangan kegemarannya (baca: kari kepala ikan).
Wanita itu datang kepadanya: “Mak cik, saya sangat seronok melihat awak makan. Anda sangat seronok, ah
Ibu: “Ya, ya. Makanannya sedap. Sebab itu saya suka.” (Tersenyum)
Puan: “Baik, bagus. Makcik. Maaf. (terkedu) Boleh saya peluk awak?”
Ibu: (terkejut tetapi kembali okay) “Sure, sure.”
Wanita itu peluk ibu dan mula menangis. Rupanya dia teringat pada ibunya yang kini tidak mampu untuk makan sendiri dan hanya makan melalui tiub sahaja.
“Ibu saya berumur 93 tahun. Dia tidak boleh makan. Hanya makan melalui tiub. Sebab itu saya seronok melihat awak menikmati makanan dan makan awak. Saya teringat ibu saya.” katanya.
“Tangisannya berterusan. Ibu memeluknya erat.” tulis Anis Ramli di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata yang membaca kisah itu meluahkan rasa sebak dan sedih dengan wanita yang berbangsa Cina itu. Mereka mendoakan agar ibunya sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Sumber: Anis Ramli
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
“Terima Kasih Allah Pinjamkan Amanah Ini Selama 53 Hari.” Hanya Sempat Mandikan Anak Untuk Jadi Jenazah, Luahan Ibu Ni Meruntun Jiwa. Sebak Baca!
Isi Kandungan
ToggleHati ibu mana yang tidak pilu, jiwa bapa mana yang tidak sedih. Cahaya mata yang dinanti selama ini hanya berpeluang mendukung dan memegang cahaya mata seketika sahaja.
53 hari saat bahagia buat pasangan suami isteri ini bersama dengan bayi lelaki sebelum dijemput kembali oleh Sang Pencipta. Luka bersalin masih belum sembuh, namun hatinya pula ditoreh-toreh. Bayangkan bayi yang dikandung selama 9 bulan pergi tak kembali.
Inilah yang berlaku kepada Cik Puan Reen apabila anaknya dimasukkan ke hospital ketika dia sedang berpantang. Anaknya dikatakan mengalami pendarahan otak sehingga menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Ikuti luahan ibu ini menerusi laman facebooknya.
Kenangan bersama anak mama daddy
Al-Fatihah.
Muhammad Hakim bin Muzri
30.5.19 – 21.7.19
Mama coretkan di sini utk kenangan kita.
Hakim anak mama dan daddy…
11.7.19
Kami bawa Hakim ke Hospital Putrajaya selepas tengok dia ada sentakan sebelah kiri badan. Sebelum tu dia menangis teruk dan kami juga ke Darusyifa. Di hospital putrajaya, result ct scan tunjukkan ada pendarahan di kepala. Hakim disahkan IVH. Doc consult dan bagitau kena refer ke Hospital Kuala Lumpur sbb Hospital Putrajaya tiada pakar neuro utk baby tapi keadaan bergantung kpd kekosongan ICU di HKL. Malam tu anak mama warded di Hospital Putrajaya. Hanya Allah yg tahu perasaan kami mama dan daddy betapa sedih masa tu. Mama belum habis pantang.
12.7.19
Happy birthday Daddy. Tapi mama terlupa sgt sbb terlalu risaukan Hakim.Harini hari ke 44 pantang tapi mama sgt tak berdaya.Harini, Hakim dibawa naik ambulan ke HKL. Alhamdulillah ada kekosongan ICU dan pembedahan akan dilakukan segera. Di zon merah HKL , doc bgtau mengenai pembedahan EVD dan semua kemungkinan semasa pembedahan. Kami proceed utk kebaikan Hakim. Dalam jam 12 tgh pembedahan EVD dilakukan. Mama penat dan badan terlalu sakit mungkin sbb kurang rehat dlm pantang. Mama terjatuh dlm surau sementara tunggu pembedahan Hakim tapi takpe sebab selepas dua jam alhamdulillah Hakim stabil dan dimasukkan ke wad PHDW di Jab Pediatrik. Hakim strong sgt sbb lepas bedah terus boleh hisap susu botol.
Hakim taknak hisap susu
13.7.19
Keadaan Hakim stabil tapi taknak hisap susu harini. Mungkin sebab sakit. Mama pujuk2 dan Hakim minum jugak. Hakim baik dan dengar cakap. Bila nak nangis, mama pujuk dan Hakim terus diam.
14.7.19
Oleh sebab Hakim dah stabil, Hakim dipindahkan ke Wad Neurologi N6B katil 2E. Nurse letak Hakim depan diorang sbb keadaan Hakim masih baby consider kritikal. Daddy temankan Hakim sebab mama sakit badan dan balik berurut.
15.7.19
Harini Hakim tarik cabut tiub susu dan ubat kat hidung. Tapi mama tak risau sbb Hakim pandai makan ubat dan dah boleh minum susu. Dan mama percaya Daddy jaga Hakim.
16.7.19
Mama, Daddy teman Hakim tido. Mama tak kesah kita bertiga berhimpit tidur atas katil single hospital ni asalkan anak mama cepat sembuh. Mama beli susu terbaik utk Hakim. Stok pampers pun mama beli sbb Daddy kata Hakim mcm lama lagi kat situ. Mama beli jugak baju baru utk Hakim.
Pakar neuro periksa Hakim
17.7.19
Hidup mama dan daddy mcm dah sebati kat sini. Mama jadi sedikit kuat bila tengok ada yg lagi teruk sakitnya dari Hakim. Mama tenang bila berbual dgn auntie Safira. Anaknya kena kanser otak. Mama doakan Al-Alif anak auntie Safira dan uncle Asri terus kuat berjuang melawan kanser. Kawan2 lain pun sama..auntie Lily, Siti, Aina..masing2 dgn sakit anak masing2. We support each other masa dalamm wad.
18.7.19
Hari-hari pakar neuro, Mr Azmi dan team doc neuro yg lain tengok Hakim. Doc kata next week nak buat MRA untuk check blood vessel sbb pendarahan tu tak tahu apa puncanya sbb Hakim tak pernah jatuh dan tak tidur buai pun. Nak check juga takut ada abnormal blood. Harini Hakim ada leaking di kepala tempat EVD. Tapi doc dan nurse bantu utk check sentiasa dan cuci.
19.7.19
Hakim panggil mama mama. Daddy dengar Hakim panggil Mama. Bila nangis Hakim merengek. Ma…Ma..Mama…Mama happy sgt. Hakim berbual ngn mama mcm nak cerita sesuatu.Bila mama panggil pun Hakim menyahut.
Menangis kuat, asyik muntah susu
20.7.19
Pagi ni Hakim okay cuma Hakim asyik muntah susu. Dah burp kan muntah atas bahu mama.Hakim tido mengiring sendiri mcm menahan sakit. Nurse tukar tiub baru. Leaking stop kejap tapi fluid dan darah makin banyak keluar dan tak ikut anggaran doc. Mama jadi risau sbb Hakim mcm merengek sakit. Jam 11 malam Hakim menangis kuat sgt mcm terlalu sakit. Hakim tunjuk simptom sama macam mula2 sebelum ke hospital putrajaya dulu. Mama takut sgt. Semua nurse kerumun Hakim sbb Hakim mcm kena sawan. Mama tak kuat sbb kesian tengok Hakim. Doc on call datang dan decide ct scan utk Hakim.
21.7.19
Jam 1 pagi nurse berkejar bawak Hakim utk ct scan. Daddy pimpin tangan mama kita sama2 berkejar utk pergi ct scan kepala Hakim. Tumit kaki mama sakit sgt tapi mama gagahkan diri ikut nurse bergegas bawak Hakim pergi scan. Balik dari scan Hakim tak tido. Mama dan daddy sama2 tengok Hakim sbb Hakim demam on off. Jam 4 pagi, doktor panggil mama dan daddy. Doc neuro consult pasal result ct scan tadi. Katanya , pendarahan yg lama dah hampir clear tapi…. ada pendarahan baru sebelah kanan yg tak tahu apa puncanya. Pendarahan baru tu dah himpit otak. Pembedahan segera perlu dilakukan.
Bedah untuk buka tengkorak
Pembedahan kali ni lebih besar sbb makan masa 4 hingga 5 jam. Doc bedah perlu buka tengkorak sbb darah di kawasan tisu di bawah tengkorak kanan. Mama dan daddy setuju utk pembedahan. Jam 6 pagi doc tranfuse darah dua pack sbb Hb Hakim terlalu rendah. Risiko pendarahan tinggi kalau Hb tak sampai 10 sedangkan bacaan Hb Hakim 6 saja. 4 jam mama dan daddy tunggu Hakim dimasukkan darah . Hakim darah O sama mcm daddy. Kali ni mama rasa dalam solat subuh mama macam serba tak kena. Mungkin sebab mama terlalu risau.Pagi ni kita ambil gambar sama2 bertiga. Momen ni mama dan daddy happy sgt. Tapi dalam hati hanya Tuhan saja yg tahu sbb pembedahan kali ni lebih berisiko.
Jam 10 pagi ambulan hantar Hakim ke Jabatan Pediatrik semula utk pembedahan di Dewan Bedah Peadiatrik. Mama dan Daddy sama2 dgn Hakim. Mama teman Hakim sekejap dalam bilik bedah masa Hakim kena bius. Mancung hidung Hakim Doc bius kata. Hakim hensem comel kata Doc. Mama rasa kuat sekejap tengok team bedah yg sangat positif. Mama cium Hakim dan mama keluar dari OT. Mama tak sangka ni kali terakhir mama cium Hakim dalam suara tangisan Hakim.
Darah banyak terpaksa jahit semula
10.45 pagi… pembedahan dijalankan. Mama dan daddy tunggu Hakim. Mama dan daddy berehat kat surau sementara tunggu Hakim.Masa waktu Zohor mama resah sgt. Mama baca yasin tapi hati mama gelisah. Tiba2 daddy laung panggil nama mama dari luar surau . Rupanya doktor bedah cari kami. Mama silent fon sbb solat Zohor. Mama tak dengar. Kami diminta tunggu di dalam kawasan dewan bedah. Tak lama kemudian 4 org doktor bedah keluar. Mama dan daddy rasa tak sedap hati. Doc bagitahu masa pembedahan mula2 semua ok sampailah time tengkorak dah dibuka utk keluarkan darah di kawasan tisu tiba2 darah keluar banyak.
Doc tunjuk gambar tu. Allahu. Kasihan anak mama. Masa tu kata doc kata blood pressure Hakim dah tak dapat dibaca. Nadi Hakim terhenti sampai team Doc bagi emergency CPR. Pembedahan tak dapat diteruskan lg sbb darah terlalu banyak dan doc terpaksa jahit semula. Doc beri ubat dan Hakim hanya bergantung hidup pada ubat tu dan oksigen. Habis kesan ubat bermaksud Hakim selamanya tinggalkan mama dan daddy.
Pukul 7 malam Hakim meninggal dunia
Doc akan bawa Hakim ke ICU dan kami panggil ahli keluarga.Ini menjawab semua keresahan hati mama. Ya Allah … kuatkan kanlah mama dan daddy..Jam 3 ptg Hakim dibawa ke ICU. Kesian anak mama. Kepala Hakim penuh berjahit. Family datang dan tengok Hakim. Adik beradik Hakim…Kakak Aleesya, Kakak Lala, Iman dan Aisya datang tengok Hakim. Kesan ubat mulai habis.. mama pangku Hakim sampai habis nafas Hakim.
7.15 mlm.. Innalillahiwainnailaihirojiun. Hakim dijemput Ilahi. Berat hati mama dan daddy tapi mama redha lepaskan Hakim. Sebab kematian yg doc tulis ‘ spontaneous non traumatic right acute subdural hemorrhage’.. Mama dan daddy redha sayang. Berat hati mama dan daddy melangkah masuk semula ke wad neuro utk ambil barang kita semua. Susu pampers dan baju baru mama sedekahkan utk baby di wad tu. Tak kuat hati mama utk hadap semua barang2 Hakim.
Pagi jam 7 pagi..Mama dan daddy mandikan Hakim di surau di HKL. Sepanjang pantang memang Daddy dan Tok yg mandikan Hakim.Mama belum sempat mandikan Hakim lagi.
Mama sempat mandikan Hakim untuk jadi jenazah
Tak sangka mama hanya sempat mandikan Hakim utk mandi jenazah. Ya Allah sedih Tuhan sahaja yg tahu.Tapi mama cuba utk tahan air mata masa mandikan Hakim. Mama dan daddy sabunkan Hakim dan jirus Hakim wangi2.
Terima kasih ya Allah pinjamkan amanah ini selama 53 hari. Kami semua bersyukur dan gembira dgn kehadiran Hakim walaupun sekejap. Terima kasih pada semua family dan sahabat2 yg sama2 mendoakan Hakim. Terima kasih juga kerana banyak membantu selama ini.
Terima kasih kpd para doktor dan jururawat di Hospital Putrajaya ,Jab Pediatrik HKL dan juga wad Neurologi 6B Institut Kajisaraf Tunku Abdul Rahman HKL. Terima kasih pada semua yg datang ziarah Hakim masa di wad hospital, di masjid UPM dan tanah perkuburan UPM tempat Hakim disemadikan.
InsyaAllah Hakim anak syurga mama dan daddy.
Mama halalkan setiap titik susu mama untuk Hakim. Takpe nak, mama dan daddy redha andai ini yang terbaik utk Hakim. Hakim mesti tengah gembira bermain main di syurga. Mama dan daddy akan terus doakan Hakim. Mama masih terasa sejuknya nafas dan kulit Hakim dalam pangkuan mama sebelum Hakim dijemput Ilahi.
Hakim anakku sayang…tunggu mama dan daddy ya sayang. Mama dan daddy sayang Hakim selamanya?
Al-Fatihah utk anakku sayang…
?Muhammad Hakim Bin Muzri
30.5.19 – 21.7.19 (53hari)
#anaksyurgamamadaddy
Sumber : Cik Puan Reen
Begini Cara Nak Ajak Anak Suka Solat. Salah Satunya Belikan Telekung Atau Kopiah Anak
Ada pelbagai cara untuk kita mendidik anak solat. Walaupun sibuk dengan urusan, ibu bapa perlu tegas dalam mendidik anak-anak mencintai solat.
Alangkah bagusnya jika ibu bapa menyemai pendidikan untuk solat seawal umur dua atau tiga tahun
Mendidik anak kecil menunaikan solat bukanlah satu proses yang sukar, jika kaedah yang kita gunakan betul. Malah mereka akan tertunggu-tunggu untuk solat dengan anda.
12 Cara Ajar Anak Supaya Rajin Solat
1. Selalu Solat Depan Anak
Ibu bapa adalah model terbaik dalam apa-apa jua perkara pada mata anak-anak. Mereka akan menyerap dan meniru secara tidak langsung setiap apa yang ibu bapa mereka lakukan. Oleh itu gunakan kelebihan ini dalam mengajar anak kecil untuk bersolat.
Solatlah di tempat yang sentiasa dapat dilihat oleh anak. Contohnya ruang tamu. Selalunya anak-anak kecil akan meniru gaya kita solat. Itu adalah petanda yang bagus kerana mereka sudah berminat dan rasa ingin tahun tentang solat.
2. Ajak Anak Solat, Bukan Suruh
Anda perlu mengajak anak anda solat berjemaah bersama-sama anda, bukan menyuruhnya solat sendirian. Tidak perlu tunggu sehingga anak berumur 7 tahun untuk mengajak mereka bersolat.
Walaupun anak baru berusia 2-3 tahun, ajaklah mereka supaya solat di sebelah kita. Pada usia ini bakat meniru mereka sangat hebat.
Lakukan secara konsisten setiap masa untuk mengajak anak pada awal waktu. Dengan cara ini kita menanamkan mindset supaya mereka bersedia setiap kali masuk waktu solat.
Jika anak-anak sudah bersekolah, ajak anak solat subuh bersama-sama sebelum keluar bekerja atau menghantar anak ke sekolah.
3. Minta Laungkan Iqamah
Setiap kali solat berjemaah, minta anak untuk melaungkan iqamah. Mungkin mereka malu atau tidak tahu pada mulanya, tetapi bimbinglah mereka untuk melaungkan iqamah dengan betul.
In shaa Allah, ini bukan sahaja mengajar mereka untuk berasa yakin, malah akan membuatkan mereka timbul rasa tanggungjawab setiap kali solat. Jika anda ada lebih dari seorang anak lelaki, boleh gilirkan tugas untuk melaungkan iqamah.
4. Dengarkan Bacaan Dalam Solat Dengan Jelas
Kuatkan bacaan anda dalam solat supaya anak kita boleh dengar. Dengan cara ini, secara tidak langsung ia akan membuatkan anak anda ingat akan surah-surah lazim yang sering kita bacakan.
Anak juga akan memahami bagaimana tertib (langkah-langkah) dalam solat dilakukan.
5. Bersalaman Dan Peluk Anak Lepas Solat
Penting untuk kita bersalaman dengan anak-anak setiap kali selesai solat. Bersalaman yang diikuti dengan pelukan dan ciuman bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, malah dapat memberi persepsi positif kepada anak bahawa solat ini sebenarnya salah satu aktiviti untuk berkasih sayang.
In shaa Allah, ia akan membuatkan anak anda rasa gembira dan setiasa menunggu waktu solat.
6. Beri Pujian Untuk Setiap Perkara Positif
Jika anak menunjukkan kelakuan yang baik seperti tekun dan tidak bermain-main semasa solat, berikan mereka pujian. Dengan cara ini mereka akan sentiasa gembira dan semakin tekun untuk solat.
7. Ajar Wuduk Langkah Demi Langkah
Sebenarnya, cara mendidik anak kecil solat adalah bermula dari wuduk. Jika wuduk sempurna, in Shaa Allah solat juga akan sempurna. Ajarkan anak anda mengambil wuduk yang sempurna. Bimbing secara tersusun. Tampalkan poster wuduk bergambar dalam bilik mereka.
Bersabarlah, mungkin perkara ini mengambil masa untuk dilakukan dengan sempurna oleh anak. Tetapi ia akan berbaloi jika mereka sudah pandai. Perhatikan juga setiap kali dia mengambil wuduk dan tegur secara terus jika dia melakukan kesilapan. dengan cara ini, setiap teguran akan kekal dalam ingatan mereka.
Jangan serahkan perkara ini kepada guru agama semata-mata.
8. Tazkirah Santai Selepas Solat
Ambil sedikit masa selepas solat untuk memberi tazkirah kepada anak-anak. Tidak perlu terlalu formal. Cukup dengan gaya bersahaja dan menyentuh perkara-perkara asas seperti rukun solat, soal jawab bacaan surah lazim, kisah nabi-nabi dan isu-isu semasa.
Pada waktu ini, jiwa anak-anak lebih tenang. Oleh itu, ia adalah waktu yang terbaik untuk memberi pengajaran kerana mereka akan lebih mudah untuk menyerap setiap apa yang anda sampaikan.
9. Sentiasa Dekatkan Anak Dengan Azan
Ajarkan anak untuk menghormati azan. Apabila terdengar azan dilaungkan, berhenti bercakap dan beritahu anak supaya diam. Sebutkan cara menjawab azan dengan jelas supaya anak juga boleh mendengar.
Selepas itu, baca bersama-sama dengan anak doa selepas azan. Sentiasa praktikan ini tidak kira dimana jua, sama ada di rumah ataupun di luar rumah.
Ini dapat memberi contoh kepada anak bagaimana untuk menghormati azan, secara tidak langsung mengajarkan anak membaca sendiri doa selepas azan.
10. Bawa Anak Ke Masjid
Adalah satu rahmat yang besar jika rumah anda berdekatan dengan masjid.
Bawa anak anda ke masjid untuk solat berjemaah bersama-sama. Ini bertujuan untuk mendedahkan mereka dengan suasana solat berjemaah dan menanamkan semangat cintakan masjid.
Jika anda sibu, usahakan untuk mencari ruang dan masa sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk pergi ke masjid bersama dengan anak-anak.Mungkin anak-anak akan bermain-main dan bising, tetapi salah satu kaedah mengawal anak adalah mengajak mereka solat disebelah.
Mungkin anda tidak dapat solat di saf hadapan, tetapi anda dapat mengawal tingkahlaku anak-anak agar tidak menggangu jemaah lain.
11. Tegur Dengan Lembut Kesilapan Anak
Selepas sesi berdoa, biasanya adalah waktu sesuai untuk menegui kesilapan anak. Ingat tegurlah anak dengan lembut. Mulakan dengan pujian.
Setiap kali ingin memperbetulkan sesuatu kesalahan, tarik perhatian anak dengan puji mereka. Ia bukan sahaja mengekalkan fokus anak, malah ia adalah kaedah mendidik yang sangat baik setiap anak-anak.
Jadikan setiap sesi solat medan untuk bermesra, bukan untuk tempat melepaskan kemarahan. Ingat mereka masih kecil, jangan jadi ibu bapa pemarah.
12. Belikan Telekung Atau Kopiah Yang Cantik
Salah satu cara untuk meningkatkan mood anda adalah dengan membelikan merekea kelengkapan solat seperti sejadah, telekung dan juga kopiah.
Lebih-lebih lagi jika telekung atau kopiah itu cantik. Dalam bab itum berikan kebebasan kepada anak untuk memilih apa yang dia suka.
Sumber: www.alraudhah.com
Bila Anak Menantu Bahagia, Cucu-cucu Pun Membesar Dengan Bahagia! Deep Perkongsian Ni.
Semua antara kita menginginkan sebuah keluarga bahagia. Begitu juga kita turut mengharapkan agar suatu hari nanti, anak-anak kita juga dapat membina sebuah keluarga bahagia seterusnya seluruh generasi keturunan Kita hidup dalam suasana yang membahagiakan.
Untuk realisasikan harapan ini, ada baiknya kita hayati perkongsian daripada Dr. Hana Hadzrami untuk kebaikan dalam membina legasi kekeluargaan.
LEGASI
Saya berbual dengan besan ibu saya baru-baru ini di majlis sambutan ulangtahun kelahiran adik saya.
Menarik sekali katanya; “Makcik memang suka anak-anak makcik bermanja dengan pasangan masing-masing. Memang makcik akan suruh anak-anak makcik layan pasangan dengan baik.”
Besan ibu saya ini memang sama prinsipnya dengan ibu saya sendiri. Mereka bukan ibu mertua kuno seperti yang dimomokkan dalam drama atau sinetron. Tetapi ibu mertua yang ada visi jauh ke hadapan.
Kenapa saya katakan begitu?
Tahukah anda, ibu yang menitikberatkan kebahagiaan anak menantu bukan sekadar mempamerkan hiasan untuk halwa masyarakat sekeliling. Tetapi sebenarnya mereka sedang melindungi keturunan mereka sendiri.
Mereka tahu jika anak menantu mereka bahagia, cucu-cucu mereka juga akan membesar dengan bahagia, berpandukan ‘role model’ yang baik.
Mereka tahu yang mereka sedang menubuhkan jaringan perlindungan untuk anak-anak yang lain juga. Anak menantu yang berkasih sayang akan melindungi adik beradik sendiri dan biras mereka juga.
Suami yang iparnya amat melindungi adiknya (iaitu isterinya) takkan berani nak cari pasal nak kahwin cerai atau berpoligami sesuka hati. Apalagi nak menganiaya atau mendera isteri sendiri.
Suami yang menyaksikan biras yang menzalimi isterinya (iparnya) pasti terdorong untuk melakukan hal yang sama terhadap isterinya sendiri. Dia tahu tiada siapa yang berani membuka mulut disebabkan jaringan perlindungan kekeluargaaan yang rapuh pada keluarga mertuanya.
“Abang kau sendiri pun kahwin cerai, jadi kau jangan nak bising kalau aku buat benda yang sama!”
“Kakak kau pun kena poligami, apa salahnya aku madukan kau jugak!”
Anak-anak yang bahagia dan teguh jatidirinya datang dari rumahtangga yang bahagia. Hanya mereka yang diberi kasih sayang, tahu memberi kasih sayang.
Jadilah kita nanti ibubapa dan mertua yang bijak. Ibubapa yang berpandangan jauh. Ibubapa yang membina kota kebal bagi melindungi seluruh keturunannya.
Hana Hadzrami
Usaha melindungi keturunan bermula dari sekarang
Sumber : Hana Hadzrami