Tiada apa yang membahagian seorang anak bila dapat melihat orang tuanya gembira dan tersenyum bahagia. Apatah lagi dalam meniti usia emas, kalau boleh segala impian dan harapan orang tua ingin ditunaikan sedaya mampu.

Atas alasan ini juga seorang ayah telah menerima kejutan bersempena sambutan ulang tahun kelahiran yang tidak disangka-sangka daripada anak-anaknya.

Baru-baru ini viral di aplikasi tiktok, seorang ayah menerima hadiah kereta mewah Mercedes-Benz C200 daripada anak-anaknya.

“Dia Suka Kereta Mercedes…”- Lima Beradik Sepakat Hadiahkan Mercedes-Benz C200 Di Hari Lahir Ayah

Dapat dilihat di dalam video tersebut dengan kapsyen ‘surprise untuk ayah’.

Memetik kisah yang dikongsikan oleh salah seorang anaknya bernama Yusmaniza Zulkifli , 42 di Mstar berkata, kejutan tersebut dibuat sempena ulang tahun bapanya ke-71 pada 23 Ogos yang lalu. Difahamkan adik beradik mereka sepakat memberi hadiah berupa kereta Mercedes-Benz C200  bagi memenuhi impian bapa sejak dulu.

@yusmaniza8 Alhamdulillah last 2 year beli crv kat ayah. Tapi dia still bagitau kereta idaman ayah mercedes. Syukur ya Allah akhirnya direzekikan untuk ayah & mak kereta idaman. Allahu rezeki ayah & mak ♥️ #supriseuntukayah #mercedesuntukayah #nzwheels #trending #fyp ♬ Kesayanganku – Al Ghazali

“Sebenarnya dua tahun lalu kami dah hadiahkan kereta Honda CRV kat ayah. Sudah tentu ayah gembira dapat kereta baharu, sebab sebelum ini guna kereta second hand (terpakai) je.

“Tapi ayah ada beritahu yang dia suka kereta Mercedes, bagi dia model ni hebat. Memang daripada dulu ayah suka Mercedes, biasalah sesiapa pasti ada keinginan,” katanya.

Ayah Banyak Berkorban

Menurut Yusmaniza, dia bukanlah dibesarkan dalam keluarga yang senang dengan bapanya, Zulkifli Saadun yang mencari rezeki sebagai peniaga di pasar malam.

“Kami tahu macam mana ayah bersusah-payah cari duit untuk keluarga, besarkan kami adik-beradik. Ayah jual macam-macam air dan rojak.

“Malah ayah juga pernah belikan kereta untuk kegunaan saya pergi bekerja sebelum ni, hasil titik peluh dia berniaga,” ujarnya yang berasal dari Taiping, Perak.

Ads

“Dia Suka Kereta Mercedes…”- Lima Beradik Sepakat Hadiahkan Mercedes-Benz C200 Di Hari Lahir Ayah

Tambah anak sulung daripada lima beradik itu, bapanya turut mengikuti perkembangan kereta.

“Ada kawan-kawan ayah nak cari kereta terutama yang second hand. Ayah sanggup ke KL bawa mereka pergi cari tak kira model apa.

“Kerana sayangkan kereta juga, ayah suka cuci kereta sendiri. Kalau boleh ayah nak dia sendiri bersihkan kereta,” katanya sambil menambah bapanya mempunyai 11 cucu.

Gembira Kejutan Menjadi

Sebagai bapa, Yusmaniza menggambarkan lelaki yang membesarkannya bersama adik-beradik sebagai seorang garang, tegas tetapi prihatin.

“Dia Suka Kereta Mercedes…”- Lima Beradik Sepakat Hadiahkan Mercedes-Benz C200 Di Hari Lahir Ayah

“Kalau anak-anak ke sekolah atau ke kelas tuisyen, kadang-kadang ayah akan datang dan tengok dari jauh, memantau perkembangan pelajaran anak-anaknya.

“Ayah juga sangat pemurah. Masa berniaga di pasar malam dulu, kalau ada yang datang ke gerai dan minta air tetapi tak ada duit, ayah akan sedekahkan,” katanya.

Ads

Menyifatkan bapanya sebagai penyayang dan juga kelakar, Yusmaniza yang merupakan usahawan itu gembira apabila kejutan yang dirancangnya bersama adik-beradik menjadi.

Namun apa yang paling penting menerusi perkongsian videonya di laman sosial adalah setiap anak seharusnya mengutamakan ibu bapa dan membahagiakan mereka.

“Macam saya dulu pernah kerja bank, tak ada wang simpanan. Tapi walau apapun, saya akan cuba berusaha untuk tolong mak ayah dulu kerana mereka yang membesarkan kita.

“Sementara masih ada, kita bahagiakan ibu bapa dengan memenuhi impian mereka. Apabila ada rezeki dari mana-mana, kita bersyukur Alhamdulillah,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, netizen tumpang gembira dan bangga dengan usaha yang dilakukan oleh adik beradik ini yang mahu menunaikan impian ayah tercinta.

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI