
Berkongsi kisah perubahan hidup yang bakal dilalui anaknya, pelakon, Zarina Zainuddin meluahkan rasa gembira melihat perjalanan baru anaknya, Azal.
Sebagai seorang ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan andai dapat melihat anak kesayangannya, Azal yang kini bahagia dengan insan tercinta.
Menerusi perkongsian di Instagram, Zarina berkata dia yakin bahawa anaknya, Azal Azrai mampu menjadi seorang suami bertanggungjawab serta menyifatkan anaknya itu seorang yang setia bersama pasanganya, Rahmah yang merupakan seorang warga Indonesia.
Malah kongsi Zarina lagi, dia yakin anaknya mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang suami kelak.
“Semoga Rahmah dapat membimbing Azal dan membahagiakan Azal,” tulisnya ringkas di Instagram.
Memuat naik sekeping gambar Azal bersama pasangannya di Instagram, Zarina turut mendoakan yang terbaik malah yakin anaknya mampu menggalas tanggungjawab dengan baik.
“Sebagai ibu, saya memang harap nak tengok Azal kahwin, berumah tangga dan rasa bahagia dengan adanya isteri yang menjaga dan menyayanginya.
“Saya sangat yakin Azal mampu kerana dia bertanggungjawab. Macam mana dia dengan saya, jaga saya. Saya pergi mana-mana pun dia ikut. Dia seorang yang setia.
“Saya rasa bila dia dapat seorang wanita, seorang isteri, dia akan jaga dengan sangat baik sekali,” katanya.
Terdahulu, Zarina berkongsi mengenai kisah Azal yang kini sedang dalam fasa mengenal hati budi seorang wanita berasal dari Indonesia yang dikenali sebagai Rahmah.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Kempunan Makan Ketupat Cicah Kuah Kacang…” Bekas Kaca Pecah Masak Atas Api, Warganet Kongsi Tip Cara Guna Yang Betul.

Ramai wanita suka membeli belah set periuk masakan. Antara yang menjadi kegilaan para mak-mak adalah bekas masakan jenis kaca.
Bagi yang suka memasak, pastinya mengenali beberapa jenama terkenal.
Kali ini menerusi perkongsian Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official, Puan Si Diyang Iffah meluahkan rasa kecewa apabila bekas kacanya pecah semasa memasak juadah hari raya baru-baru ini.
Perkongsiannya telah menarik perhatian warganet yang simpati dengan situasi yang dialami. Rata-rata memberikan tip penggunaan dan memilih cara yang betul bekas kaca berkenaan.
Ikuti perkongsian ini.
_________________________________
Haddoii..
Masa beli kt Langkawi, bukan main orang tuu kata boleh masak atas api.
Kawan kawan, pls , caserol jenama apa yer yg boleh masak atas api. Mokcik memang suka panaskan mkanan dlm kaserol.Tq.
KEMPUNAN nk mkan ketupat cicah kuah kacang sempena RAYA Puasa Shawal.
WARGANET KONGSI TIP
Meninjau bahagian komen, rata-rata warganet simpati dan memberi beberapa tip dan cadangan untuk dijadikan panduan. Antaranya adalah;
- “Jenis ni rasanya mmg x blh msk atas api…biasa brand vision, corning ware blh msk atas api..”
- “Mangkuk jenis ni biasa lepas utk microwave n oven…direct api mmg tak boleh.”
- “Mana ada periuk yg boleh masak atas api bentuk bujur.. utk hidang je. Biasa caserol jernih yg boleh guna utk memasak warna gelap mcm vision. Corelle yg bunga2 tu pun boleh.”
- “Apa2 jenama pun kalau Dari Suhu sejuk beku kepada Suhu panas mendidih memang Akan pecah, tu Nasib Baik pecah, silap2 boleh meletup.
Kalau Nak panaskan tab boleh Guna bekas yg Kita gunakan untuk bekukan makanan, kena defrost dulu. Bila dah dapat Suhu bilik barulah panaskan. - “Vision tu straight guna dari beku tp guna api slow. Setakat ni Alhamdulillah dah 10tahun lebih pakai.
- “Casserole ialah bakeware. Apa jenis casserole ori atau tidak, langkawi atau import mmg tak boleh direct atas stove. Walaupun dpt jaminan dr kedai, itu hanyalah trick utk lariskan barangan jualan sahaja. Casserole hanya sesuai utk microwave dan oven sahaja. Klu ada yg ckp boleh tu maybe tgu masa or belum sampai masa je nk jd mcm ni.
Berbeza dgn vision dan corning, sbb dua ni mmg cookware dan tahan atas api, oven dan microwave.
Ramai yg salah faham antara dua jenis ni.
Casserole – bakeware
Corning n vision – cookware
Jd jgn compare ketahanan dua jenis ni klu digunakan dgn cara yg salah.
Ni info google : Unfortunately, you cannot use your casserole over direct heat from a stovetop range. Your clue is that the casserole is sold as bakeware, and is not marked or labeled as safe for the stovetop. Very few ceramic or glass items are safe for stovetop cooking, although some will be usable for induction ranges. - “Yg paling penting kena ingat kalau pun cookware tu mmg jenis boleh direct api pun jgn sekali2 panaskan atas API sebaik keluar dr petisejuk…periuk xtahan lama dan mmg poleh pecah jgk. Biar hlg dulu sejuk dia sblm dibakar.
Pelbagai manfaat hasil perkongsian yang dipaparkan tadi. Tip ini boleh jadi panduan buat mereka yang bercadang untuk memiliki bekas masakan jenis kaca.
Sumber: Si Diyang Iffah
Sanggup Berhenti Kerja Demi Jaga Ayah Lumpuh, Lelaki Ni Kongsi Pengalaman Dimurahkan Rezeki!

Pasti sahaja kita sebagai anak telah melihat jerih perih ayah selama ini untuk membesarkan kita. Lantas, wajar untuk kita membalas setiap jasa baik dan kasih sayang yang telah dicurahkan selama ini. Apatah lagi andai kesihatan mereka terjejas, kitalah tempat mereka bergantung harap.
Demikian juga perkongsian seorang lelaki ini, Harmanto Abdul Aziz. Demi menjaga dan menguruskan keperluan bapa tercinta yang lumpuh akibat angin ahmar, dia nekad berhenti kerja di sebuah syarikat automotif lapan tahun lalu.
Difahamkan sebagaimana dilaporkan di dalam Harian Metro, Harmanto membuat keputusan tersebut setelah berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga. Menurutnya lagi, berhenti kerja adalah jalan terbaik walaupun tiada wang simpanan ketika itu dan berdepan sindiran daripada mereka yang tidak berada di tempatnya.
Kerap Ambil Cuti
“Dulu saya bekerja di bahagian pentadbiran dan pengambilan pekerja namun banyak ambil cuti kerana ayah, Abdul Aziz Salleh, 82, kerap keluar masuk hospital.
“Pada waktu itu, ada tugasan diberi tidak dapat disiapkan dan kerana enggan menyusahkan ramai pihak, saya ambil keputusan berhenti dengan menghantar notis 24 jam.
“Bagaimanapun, tiga hari juga saya fikir sebelum hantar notis dan memang tidak nampak cara lain kecuali berhenti,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Kampung Tengah, Batu 13, di sini.
Tiga Hari Koma
Harmanto berkata, bapanya dulu seorang yang aktif bersukan sebelum jatuh sakit pada awal 2014 selepas berkebun.
Katanya, bapanya dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah pernafasan kronik ketika itu.
“Disebabkan itu, ayah menjalani pembedahan trakeostomi atau tebukan pada leher bagi memasukkan tiub pernafasan.
“Ayah kemudian diintubasi (ditidurkan) dan tiga hari koma. Selepas sedar, ayah lumpuh sebelah kiri daripada tangan ke bawah.
“Dulu, ayah ada ke hospital untuk pemeriksaan susulan namun sudah empat tahun tidak jumpa doktor untuk periksa keadaannya,” katanya.
Dimurahkan Rezeki
Meskipun tiada pekerjaan tetap, Harmanto mengakui tidak boleh duduk diam malah mengambil upah melakukan pelbagai pekerjaan berbekalkan kemahiran yang ada.
Berkat usaha dan kesabaran, Harmanto tidak pernah putus rezeki malah dapat menghantar anaknya menyambung pengajian ke menara gading.
“Rutin harian saya pada sebelah pagi adalah sediakan sarapan sebelum hantar anak ke sekolah dan isteri ke pejabat.
“Tengah hari, saya ambil anak pulang dari sekolah kemudian rehat seketika sebelum keluar ambil isteri pada sebelah petang.
“Ada kalanya, saya dapat tempahan memasak malah pernah juga orang panggil baiki tingkap dan sebagainya jadi saya buat saja semua kerja asalkan dapat duit. Ikutkan, saya tidak belajar kemahiran itu namun mungkin ia anugerah Allah buat saya.
“Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah lagi tadah tangan minta sedekah atau sumbangan sebaliknya usaha sendiri kerana yakin rezeki Allah itu luas. Cuma jika ada yang nak menyumbang sekalipun biarlah untuk ayah,” katanya.
Terus Berharap
Jauh di sudut hati, Harmanto masih berharap bapanya kembali sembuh dan kuat berjalan seperti dulu.
“Semua anak senasib dengan saya tentunya mahu ayah mereka sembuh.
“Cuma, kita sebagai hamba hanya mampu berdoa dan usaha kerana selebihnya serah kepada Allah,” katanya.
Sumber : myMetro
ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Ya Allah Berilah Kesihatan Sihat Tubuh Badan Suamiku.” Sweetnya Isteri Amy Search Mendoakan Buat Suaminya

Sesungguhnya doa seorang isteri kepada suami menjadi salah satu doa mustajab. Hikmah doa seorang isteri memberikan impak yang besar dalam .kehidupan seorang suami.
Melalui kapsyen yang sungguh menyentuh hati yang ditulis oleh isteri kepada penyanyi rock Malaysia, Amy Search, Norhasniza Hassan. Telah muat naik sekeping gambar beliau bersama Amy Search dengan melahirkan rasa syukur dengan kehidupannya.
Jauh disudut hatinya, beliau mendoakan agar suaminya diberikan kesihatan dan dijauhkan hasad dengki manusia.
View this post on InstagramA post shared by Mrs.Amy (@qasander) on
“Muka kami Suami Isteri kepenatan kelmarin .No filter.
Dulu cantik hensem mcm mana pun kita akan tua dan layu berkedut jgk , dulu kita disanjung suatu hari kita akan berada dibawah jgk Allah akan tarik satu2 nikmat dia makan dh tk boleh makan pedas , makan byk skrng dh mula muntah Allahuakbar .. Anak2 dh besar masuk remaja sekarang .”
Doa buat suami
“Ya allah berilah kesihatan sihat tubuh bdn Suamiku , jauhkan dia dr manusia hasad dengki dan khianat mati lah kami dlm husnol khotimah mu berilah kami Syurga firdaus mu . Aminnnn . . – love u Syurgaku . @aku.amysearch”
Keluarga bahagia
Bersyukur apa yang kita ada
View this post on InstagramA post shared by Mrs.Amy (@qasander) on
Coretan yang sungguh sweet sebagai seorang isteri. Sungguh inspirasi!
Sumber: Instagram qasander