Antara perkara yang paling penting untuk diamalkan sebagai umat Islam adalah untuk sentiasa doa selepas solat.
Baru-baru ini, usahawan dan selebriti popular, Neelofa ada mendedahkan beberapa jenis doa harian yang sering diamalkan olehnya dan suami, PU Riz secara rutin menerusi sesi siaran langsung di sebuah platform media sosial.
Menerusi sepotong rakaman video yang dimuat naik kembali oleh pengguna Internet, Neelofa berkata, antara doa yang diamalkan oleh suaminya dipetik daripada buku Al-Mathurat.
“Saya sebagai saksi nak cakap sebagai seseorang yang hari-hari duduk dengan dia (PU Riz). Kalau solat berjemaah, dia punya doa ni, kita sampai lenguh tangan.
“Tahu tak buku Al-Mathurat pagi… kalau zikir pagi atau zikir petang tu kan, satu buku teruslah dia baca. Tapi tanpa buku pun dia dah hafal dah. Almost 80 to 90 percent doa dalam tu dia akan baca.
“Macam saya, tak biasa lah benda tu, lama-lama saya tahu yang pentingnya kita ambil tahu dan hafal doa-doa dalam Al-Quran dan juga doa-doa dalam hadis. Hal itulah specialnya, sebab itu yang tertulis dalam kitab dan yang disebut oleh nabi,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Neelofa menambah, dia berasa lebih yakin dan selamat untuk mengamalkan doa-doa daripada Al-Quran dan hadis, di samping doa harian yang lain.
Ads
“Tapi sebenarnya, kalau kita ada ilmu doa-doa daripada hadis dan Al-Quran ni, kita rasa lebih secure dan confident untuk berdoa.
“Sebab contoh, kalau saya ada masalah, saya perbanyakkan doa-doa yang permudahkan urusan.
“Banyak sebenarnya doa-doa yang kita boleh amalkan dalam kehidupan seharian… kemudian on top of that kita tambah doa kita sendiri,” katanya lagi.
Mengenakan pakaian sedondon bila berjalan-jalan di tempat awam pastinya akan menjadi tumpuan orang ramai. Umumnya, senario berbaju sama warna ini lebih ramai menggayakannya pada musim-musim perayaan.
Namun berbeza dengan Puan Sarah Saifuddin ini yang mempunyai 5 orang anak. Baginya ada tujuan dan sebab tertentu, mengapa mengenakan pakaian sedondon untuk anak-anaknya setiap kali keluar ke tempat awam. Nak tahu apa kisahnya, jom baca perkongsian menarik daripadanya.
Setiap kali ke tempat yang crowded dan ramai orang, tak kira kenduri, supermarket, kedai buku. Saya wajibkan anak-anak berpakaian sama warna.
Kenapa?
Ini tips dari saya untuk ibu anak ramai.
Dalam kesibukan ramai, jangan sampai hilang anak dari pandangan mata. Cara mudah, baju sama mudah untuk ibu mengira bilangan anak. Bila anak dah masuk 6 orang ni, urat saya dah banyak putus. Saya tak panggil nama anak dah.
Maka otak saya automatik set, ” 1.., 2.., 3.., 4.., 5!. Ok cukup 5 anak belaka.”
Dulu husband saya gelak mulanya.
Mana taknya, dengan jari sekali bergerak kira anak. Haha…Dia cakap kena panggil nama anak. Tapi sekarang, baru husband faham. Sebab dia sendiri bila naik kereta, ayat wajib ditanya semua,
“Cukup tak anak ayah ni? Ada sesiapa tertinggal tak.”
See. Dan jangan pelik adakala husband pun pakai baju sama. Senang umi nak cam dalam ramai orang, Mana bapa hensem ni. Hahaha.
Lagi best, kadang tengah kalut cari anak tak cukup sorang, ada parent lain tolong jagakan anak kita.Bila mak duk cari mana anak, selalu ada yg menyampuk, “Tu dia sorang lagi!” Hehe..
Tetapi dalam masa sama, ada satu tips juga membantu bila baju semua sama. Sesama diaorang kalau hilang pun, diaorang nampak baju yang sama dari jauh!
Tips pakai gelang tali kat tangan tu memang terbaik. Saya suka. Malangnya saya tak dapat follow sepenuhnya. Bayangkan 5 anak nak ikat di 2 tangan ibu. Silap hari bulan umi yang terduduk kat tengah.
Menginjak ke usia 10 tahun, kanak-kanak perempuan mula menampakkan perubahan dari alam kanak-kanak ke alam remaja dan sekali gus menuju ke arah akil baligh. Ia merupakan kejadian fisiologi yang biasa terjadi sehingga memasuki alam dewasa, kebiasaannya proses ini mula berlaku antara usia sembilan hingga 15 tahun.
Pada waktu usia sebeginilah, darah haid yang menandakan seseorang itu telah baligh akan mula keluar. Justeru, kanak-kanak seusia begini harus diberi penjelasan yang sebenarnya. Walaupun perkara ini mungkin disentuh melalui pendidikan kesihatan di sekolah, namun penerangan dari ibu terutamanya lebih menjadikan pengalaman pertama kali datang haid ini lebih selesa untuk dilalui oleh si anak.
Begitu pun peranan bapa tak kurang pentingnya dalam hal ini. Berikut perkongsian dari saudara Firdaus Mokhtar kepada kaum bapa di luar sana tentang isu ini.
Anak yang sulong, Isymah datang haid untuk kali pertama. Ummi dia lah uruskan hal tentang pengurusan diri. Cuma lepas selesai, saya sebagai ayah panggil Isymah untuk bercakap sikit. Kita berpesan ke dia.
Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh;
1. Kewajiban atas syariat dah terletak terus atas diri dia.
Sejak umur baligh, segala syariat dah tertakluk atas diri sendiri. Dia wajib sembahyang, jaga aurat, berpuasa dan segala yang disyariatkan atas manusia.
Kalau buat dah ada pahala dan kalau tinggal dan ada dosa sendiri.
2. Maka, dosa dan pahala itu ditanggung sendiri.
Cuma istimewa sebagai anak perempuan, dosanya terkait dengan ayah. Anak buat dosa, ayah biarkan, ayah juga berdosa.
Saya pesan selalu perkara ini. Contohnya kalau dia tak jaga aurat, dia dan Walid sama berdosa kalau sama-sama biarkan.
3. Jaga pergaulan, terutama dengan kawan-kawan di sekolah.
Sebab apa? Sebab di sekolah kita tak ada nak perhatikan. Jadi dia kena pandai jaga diri. Baik dengan kawan lelaki dan kawan perempuan.
Dengan sepupu lelaki yang dah dewasa dah tak boleh bersalaman. Pakcik yang bukan mahram pun sama. Bukan semua boleh salam dan bersentuhan bertepuk tampar.
4. Batas aurat sangat penting.
Tudung, stokin tangan dan stokin kaki semua dia tahu. Sebab ummi dia memang pakai semua tu. Semuanya ada peranan. Jadi dia biasa tengok dan tahu kegunaan.
Saya pesan juga, makin besar nanti tubuh badan akan berubah ke badan dewasa, ini lagi kena jaga. Tentang pilihan baju, seluar atau kain. Dah kena belajar daripada hari ini.
5. Sifat malu, ini ada dalam Islam.
Lelaki atau perempuan kena ada sifat malu. Malu untuk lakukan dosa. Malu untuk berlebih-lebihan mengada atau menggedik depan orang lain.
Iyalah, perempuan kan. Memang ada sifat manja dan berlembut tu. Jadi kena jaga, ikut suasana dan tempat.
Sebab itu pada Islam, malu itu sebahagian daripada iman.
6. Menjaga kebersihan.
Pengurusan diri berkait dengan haid ini sangat perlu kepada ilmu kebersihan. Jadi yang ini saya pesan ke dia, belajar dengan Ummi dia.
Sebab mudah nak tunjuk praktikal dan cara yang betul.
Soal bersihkan diri, bersihkan tuala wanita yang dah digunakan dan kebersihan pakaian. Hal darah ni jangan buat main, tak bersih betul-betul sakit boleh datang nanti.
7. Teliti tentang kiraan tarikh.
Bab ini lah buatkan saya sedar, kenapa perempuan sangat teliti soal tarikh. Huhu.
Sebabnya mereka kena jaga hal yang berkait penting dengan diri mereka. Setiap kali datang bulan, kiraan hari sangat penting.
Sama ada kiraan untuk pastikan tempoh kesuburan atau soal ibadah, dua dua penting. Kalau bab kiraan ini tak jaga, boleh jadi terlanggar hari dah wajib sembahyang dan beribadah. Berdosa terus.
Sebab itu perempuan sangat mudah ingat tarikh berbanding lelaki. Haa kan?
8. Tentang mandi wajib.
Ini pun saya cuma pesan. Cuma ilmunya saya ulangkan ke dia. Saya cerita juga ada ramai pelajar saya jumpa dulu masa saya mengajar dah baligh tapi mandi wajib tak tahu.
Tak tahu kena mandi wajib pun ada. Saya pesan ke dia, ada sahaja perkara tak tahu, tanya terus ke saya atau Ummi dia.
Tekun Isymah dengar saya pesan setiap poin.
Kawan-kawan, kita sebagai mak ayah kadang bukan nak tunjuk pandai berpesan itu ini. Memang mereka dah belajar dekat sekolah tentang semua ini.
Cuma kita nak letakkan diri kita sebagai ibu bapa yang mereka boleh percaya untuk bercerita dan bertanya. Tentang semuanya termasuklah hal sistem reproduksi diri ini.
Kalian tahu berapa ramai dekat luar sana yang malu nak bercakap soal ini dengan anak-anak, maka anak-anak bertanya dan jadikan siapa sebagai rujukan?
Paling dekat dengan mereka adalah kawan-kawan. Atau entah siapa orang luar yang dia percaya berbanding kita di rumah. Moga dijauhkan.
Begitulah pesan ke Isymah. Harap ada manfaat ke kawan-kawan yang lain. Guna untuk pesan ke anak kalian juga. InsyaAllah.
Firdaus Mokhtar,
Walid.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pemergiannya mengejutkan ramai, Allahyarhamah Adibah Noor dipercayai turut merahsiakan penyakit kanser Ovari yang dihadapinya daripada pengetahuan keluarga termasuk bapanya sendiri.
Memetik laporan Utusan, bapanya, Mohd. Omar Zainal Abidin berkata Allahyarhamah tidak pernah memberitahunya mengenai penyakit tersebut.
“Tak tahu. Dia tak beritahu. Saya pergi hospital. Dia tak beritahu apa-apa. Saya hiba. Tak ada apa yang nak dikatakan lagi, Allah SWT dah pilih dia,” katanya.
Dia juga menyifatkan anak ketiganya itu sebagai seorang yang baik dan peramah.
“Dia anak saya nombor tiga. Seorang yang taat. Pada saya, dia okey,” ujarnya lagi.
Sementara itu, abang kepada Allahyarhamah berkata adiknya ada memaklumkan mengenai penyakitnya sekitar beberapa bulan yang lalu.
“Arwah maklumkan kepada kami agak lambat. Kami tahu beberapa bulan lalu kerana dia sendiri dapat tahu penyakitnya agak lewat.
“Rawatan dan pembedahan berjalan lancar. Kami baru-baru ini ada keluar makan bersama, dia boleh berjalan, makan dan sebagainya.
“Khamis lalu, kami dimaklumkan arwah menjalani sesi kemoterapi kali keenam atau ketujuh, saya kurang pasti.
“Dos diberikan lebih sedikit untuk membuang sel (kanser),” katanya.
Terdahulu, pelakon dan penyanyi itu dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 7.30 malam di Hospital Gleaneagle, semalam akibat kanser ovari tahap empat.
Jenazahnya telah dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat serta selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.
Ratusan orang dipercayai menghadiri pengebumian tersebut untuk memberikan penghormatan terakhir termasuk rakan selebriti seperti Sharifah Amani, Datuk M.Nasir, Datuk Hans Isaac, Niki Palikat, Datuk Afdlin Shauki dan Linda Onn.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.