Orang kata isteri diuji saat suami susah, manakala suami pula diuji ketika dia senang. Tatkala suami susah, isteri adalah pendorong utama yang menguatkan semangat. Demikianlah dengan pasangan suami isteri ini.
Aidid Marcelo, pengacara dan juga pelakon baru-baru ini telah menjalani satu pembedahan akibat kecedaraan di bahagian ligamen anterior cruciate (ACL). Akibatnya dia terpaksa berehat kerana baru menjalani pembedahan.
Dalam tempoh rawatan tersebut, Aidid tidak boleh melakukan sebarang kerja. Justeru, isterinya Norzie Pak Wan Chik terpaksa menguruskan segalanya.
Biarpun penat bekerja dan dalam masa yang sama menguruskan hal rumah tangga dan suami yang sakit, namun Norzie kuat dan tabah menghadapinya.
Melihatkan wajah kepenatan isteri di kacatv membuatkan Aidid mendoakan bidadari syurganya itu sentiasadalam lindunganNya dan dijauhkan dari sebarang mala petaka.
Tidak hairanlah kesetiaan si isteri tersebut mengundang riak bahagia penuh syukur dari Aidid. Dalam satu perkongsiannya di laman instagram, Aidid melahirkan rasa terharu dan bersyukur dengan pengorbanan isterinya.
Dalam perkongsian tersebut juga, Aidid menulis satu doa khusus buat isteri, ibu dan sesiapa sahaja yang baginya cukup hebat dalam berkorban demi orang tersayang.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mei 2005 dan dikurniakan 4 orang anak.
Ads
Daripada hari aku sakit 22 hari lepas sampailah sekarang, aku tahu dia ni penat sangat dengan kena jaga aku + dia dah kena baca #nightline news lagi, kadang2 sampai umah jam 1 pagi.
Ya Allah, Kau berilah kekuatan semangat, kesihatan berpanjangan, dijauhkan daripada sebarang penyakit2 merbahaya, diberkati rezeki dan lindungilah serta kasihanilah dia sepertimana setiap saat dia mengasihani aku dan keluarganya.
Jom sampaikan doa ini kepada isteri, ibu dan sesiapa sahaja yg kita tahu tahap pengorbanannya HEBAT bagi membantu kita ? amin. Saya doakan untuk semua juga
Terharu dan menyentuh hati, itu antara pendapat dan komen dari pengikut di ruangan instagram Aidid. tak kurang yang melahirkan kekaguman dan mendoakan kembali semoga pasangan ini bahagia selamanya dan semoga Aidid cepat sembuh.
inanoorrahimSemoga cepat sembuh aidid dan semoga di permudahkan segala urusan aidid dan isteri.. Aamiin
rozimarani1003Get well soon anak..semoga segala nya di permudahkan olehNya..
Malah ada juga yang bersetuju dengan Aidid akan wajah isterinya nampak penat sewaktu membaca berita
misselleelisaSemalam terdetik juga tgk pembaca berita ni muka dia nampak letih sangat. Last2 keluar kt explore pasal pembaca berita ni. Untung dpt suami yg memahami.
smileysuzii@yusz_boq86 tulah. Masih bertahan. Semoga Allah permudahkan segala urusan semua org yg sama melalui kesukaran lebih2 lagi apabila suami x sihat
rkkn79Terbaik bro…saya copy doa tuan utk family dan isteri saya..moga kita mendapat keberkatan dunia akhirat @aididmarcello
aiennnorennyItulaa pngorbanan seorg istri n ibu..bleh buat apa sje utk kbgiaan n keselesaan fmly..smg cpt smbuh
Bila ditanya bilakah waktu yang paling selesa untuk kita cas telefon, tentu ramai antara kita melakukan proses tersebut pada waktu malam. Paling lazim, sebelum tidur kita akan pastikan telefon dicaskan agar keesokan harinya bateri telefon penuh untuk digunakan.
Tapi tahukah anda, cara cas telefon sepanjang malam memang nampak memudahkan kita. Namun semua ini boleh mengundang bahaya bukan hanya pada diri kita sahaja malah terkesan kepada seisi rumah.
Hal ini telah dikongsikan oleh Eja Filzah di akaun fbnya dan semoga info ini dapat memberi manfaat untuk semua agar lebih berhati-hati saat melakukan proses cas telefon.
“Alhamdulillah.. Allah masih beri peluang untuk teruskan hidup.. Selalu terbaca kes kat org lain tapi pagi tadi 4.20pagi tgh diulik mimpi terasa belakang badan panas bila toleh sebelah tgk fon kesayangan dah terbakar dgn tilam sekali terbakar”
Bertindak pantas
Bgn bukak lampu 1rumah berasap cepat ambk air simbah kat air kat tilam.. Nasib baik fon tk meletop .. Just tangan melecur.
Kejadian ini turut dimaklumkan kepada keluarga dan memang reaksi diorg terkejut tpi syukur tkde apa yg serius yg jadi kat sy.
Pengajaran yg boleh diambil sebagai iktibar :
1. Jgn cas phone waktu tgh tidur.. sbb overheat tu yg boleh jadi phone meletop..
2. Jgn letak phone ditempat yg membolehkan phone jadi panas.. mcm sy letak atas tilam.. phone terlampau panas.. haba dri phone tu lagi menyebabkan risiko phone tu meletop tnggi.. nasib sy baik phone tk terus meletop..sbb sy cepat sedar..
Tidak salahkan jenama
Jujur sy katakan, sya tk serik pon nk menggunakan iphone lagi sbb sy rasa nie bkn salah phone.. nie salah diri kita sndri.. kebanyakkan sy baca semua salahlan iphone .. ini bkn salah iphone.. klu nak jadi kat phone lain boleh je kan.. tpi tu laa.. kita kena berjga2.. dan stiap phone tu ada jangka hayat dia.. sy dah menggunakan fon tu 4 tahun.. sy tukar jee battery.. tapi benda nk jadi kan.
sumber : Eja Filzah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi ibu-ibu yang suka guna sabun pencuci banyak-banyak, pasti cepat sahaja habis kan. Terutama jika sabun itu tidak keluar banyak buih, maka lagi banyak sabun yang digunakan. Itu yang membutakan tak bertahan lama!
Sebenarnya ada cara mudah untuk menjimatkan sabun pencuci pinggan. Inilah yang dikongsikan oleh @AinulNunanaa di Twitter. Mungkin boleh diguna pakai oleh ibu-ibu di rumah.
Caranya cukup mudah, hanya menggunakan dua sudu garam yang ditambah ke dalam botol sabun pencuci.
Hasilnya, sabun mencuci lebih tahan lama, buih banyak dan pinggan mangkuk yang dicuci terutamanya yang berminyak akan menjadi lebih kesat, licin dan berkilat. Selamat mencuba!
Tips jimat cecair pencuci!
Harini I nak share about something yg sangat berguna, I rasa suri rumah mesti suka tips ni!
Seronok juga ye kalau kita dapat realisasikan cita-cita anak kita. Mungkin dah besar nanti ada yang nak jadi polis, askar, nurse, peguam dan macam-macam lagi lah. Semua boleh!
Untuk itu, jom sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520
Jarang kita mendengar kisah ayah membawa anak kecil mengembara bersama. Biasanya lelaki lebih suka pergi berkumpulan atau mereka yang ‘sekepala’ agar percutian yang dinikmati lebih seronok.
Tetapi bagi Mohd Faizil Muhamad, 33 tahun,pula berbeza apabila lebih seronok anak kecilnya yang berusia tiga tahun, Muhammad Zayyan Nafis. Malah, dua beranak ini bercuti selama 24 hari ke Vietnam pada bulan Julai lalu tanpa ditemani isterinya.
Lebih menarik lagi, percutian tersebut dilakukan secarta spontan tanpa membuat perancangan terperinci. Sebaliknya, dia memilih untuk bercuti ala ‘backpacker’ bersama anaknya itu kerana ingin meneroka setiap destinasi menarik yang terdapat di negara tersebut.
“Saya memang suka bawa Ayyan (Muhammad Zayyan Nafis) mengembara cara macam ni. Kalau ajak kawan-kawan, tak ramai yang boleh ambil cuti selama itu,” ujarnya.
“Isteri saya pula bekerja, jadi saya bawa anak untuk teman saya. Cuma, bila ‘travel’ dengan budak ni, kita yang kena ikut masa dia dan pastikan dia dapat masa tidur secukupnya,” tambahnya.
Rupa-rupanya ini bukan pertama kali Faizil berbuat demikian, Malah, dia sebelum ini pernah membawa anaknya itu mengembara ke Bangkok selama lima hari dengan menaiki kereta api semasa anaknya baru berusia 11 bulan.
Kali kedua pula mereka berdua mengembara selama 19 hari ke Osaka dan Tokyo iaitu sewaktu Muhammad Zayyan Nafis berusia setahun sembilan bulan.
Untuk pengetahuan anda, kos keseluruhan pengembaraan tersebut termasuk tiket penerbangan pergi dan balik adalah sebanyak RM2,800.
Berikut perkongsian Mohd Faizil menerusi laman facebooknya Link Gud
DAY 0: naik bus dari TBS ke Sg. Nibong, Penang. Sebab flight ke Hanoi dari Penang, jam 6am esok paginya. Bas tiket RM38/pax one way. So sampai Sg.Nibong around 6pm terus ambil grab ke Penang Airport. Tidur airport sambil ditemani rakan2 dari Penang yg sudi datang airport semata2 nak berborak panjang…thanks guys ?
DAY 1: Flight ke Hanoi jam 6am. Ramai tanya kenapa tak naik dari kl, so aku jawab dapat tiket murah Pak Tony bagi ? Hanya RM37/pax sehala PENANG – HANOI ( tiket bas pun mahal ) so memang jauh beza & berbaloi bagi aku rakyat marhaen ni…naik bas jauh sikit jer, bukan penat pun bukan aku yg drive.
Beg 15 kg sebab bawa susu anak So jam 8am camtu tibalah aku 2beranak di Hanoi Airport. Rilex kejap n terus keluar ambil luggage. Benda 1st aku buat lain tak bukan, beli simkad utk internet. VND250k utk simkad 18gb Viettel valid utk 1bulan, kalau kat luar lagi murah. Ada je internet, aku terus tanya kedai tu utk airport transfer ke hostel yg nak duduk tu. Dorg cas VND300k. So aku terus keluar rilex2 buka google…naik grab dia cas VND250k. So aku decide naik bus jela baru VND30k cuma kena jalan kaki sikit lah nnt…tapi apa ade hal kan setakat 15min dari tempat turun ke Hostel tu. Ok go!!!
So turun je bas, aku terus pikul begpack aku adalah dlm 15kg camtu. Susu anak yg lebih ni sebenarnye ???. Pastu buka stroller anak n suruh die duduk diam2, n start lah menapak sambil tolak stroller sampai ke Hostel.
Masuk hotel terus mandikan, suap dan tidurkan anak Sampai jer, aku terus tunjuk no booking hotel yg aku baru book semalam masa kat Penang Airport tu. Sebab nak selesa sikit, aku book DORM tapi katil double decker yg queen size untuk 3mlm terus. HANOI CENTRAL HOSTEL USD25/3mlm. Kalau dorm katil biase tu just USD5/night. Setel urusan check in, alhamdulillah pihak hostel bagi masuk awal. Aku terus mandikan Ayyan, bagi makan bagi susu, tutup tirai katil n lena lah kami 2beranak sampai ke petang.
Around jam 6pm camtu, bangun kami utk siap2 cari halal restoran. Macam biase cari Masjid dlu. Menapak lebih kurang 10min, sampai lah kami ke Masjid Al-Noor. Dukacitanya, masjid dah tutup n berkunci & bersebelahan masjid terdapat 1 restoran halal “Zaynab Restoran” tapi juga dah tutup?. Lapar dah ni, so cari halal restoran lain yg agak dekat sebenarnya dgn hostel kami P.K Spice restoran ( Indian Food ). So makan kat situ jer tenang2 n balik hostel tido
Jalan-jalan naik motorsikal, beg anak tertinggal Dua Beranak Backpacker Ke Vietnam 24 Hari, Lelaaki Ini Pastikan Bawa Ubaat dan Vaaksin Anak Sebelum Pergi
DAY 2: hari ni decide nak sewa motor. So aku tnya pihak hostel terus untuk sewa…USD8/day mahal bagi aku tapi tak nego pun xtau kenapa? maybe duit tengah banyak lagi. Haha. Sewa 2hari terus. So kami jalan2 bandar Hanoi dgn motor td.
Sebelum itu sempat kami beli handle phone utk diikat di side mirror motor utk menggunakan waze bagi mencari jalan ke semua destinasi.
So destinasi makan hari, kami try di Zaynab Restaurant tu…ok lah, not bad rasa die…cuma aku prefer P.K Spice restaurant lagi sebab dekat skit dgn hostel ?
Pada petangnye plak, kami ke Street train yg terletak lebih kurang 300meter je dr hostel…as usual lah, bergambar posing2 kat situ dgn menggayakan begpack baru Ayyan. Tapi malangnye, ketika excited nak tggu train lalu, begpack die tertinggal plak kat tepi2 kedai di Street train tu…pusing balik, dah lesap. Hilang dah botol susu & pampers Ayyan dalam tu. Terus bergegas ke BABY SHOP bli botol susu baru.
Bawa anak naik beca Dua Beranak Backpacker Ke Vietnam 24 Hari, Lelaaki Ini Pastikan Bawa Ubaat dan Vaaksin Anak Sebelum Pergi
DAY 3: Harini mcm xde nak pergi mana…keluar lewat sikit pergi makan & jalan2 sekitar “Old Quarter” di sini kiranya macam shopping street yg menjual berbagai2 souvenir, travel beg, winter jacket, wind breaker & byk lagi.
Da penat survey brg2, tergerak nak naik beca plak, sje nk pusing2 area old quarter tu td. Only 100k VND adalah dalam 15-20min die pusing2…actually dah puas dah pusing dgn motor, tapi sje nk feel2 pelancong, why not kite try kan…hehe
DAY 4: Harini check out dah, n move ke Sa Pa, tapi bus malam nanti jam 10pm…santai2 dlu kat lobby hostel, kemudian petang sikit just round area Street Train sambil pekena air tebu…mostly air tebu kat vietnam ni die campur dgn asam limau…not bad lah, sedap gak rase die dan hnya 10k VND shj secawan
Malam pun tiba, menapaklah kami 2beranak ke office agent bus utk ke Sa Pa. Sebelum tu tapau sedikit makanan utk dimakan masa dalam perjalanan nnt. Hanoi – Sa Pa lebih kurang 5jam 30min. So masa smpai di agent office, kami dibawa dgn van utk ke Bus…sambil tu van tu akan ke hotel demi hotel utk pickup client mereka yg mau ke Sa Pa. Tepat jam 10pm, geraklah kami dgn bas ke Sa Pa
Hotel murah di Sa Pa DAY 5: jam 4am selamat tiba di Sa Pa. Keadaan masih gelap, yg bagusnye, boleh berehat or tidur dalam bus sampai waktu cerah. Dlm jam 6am, keluar semua penumpang & mengambil beg masing2.
Hotel yg kami booking tu dalam 1.7km dari station bus. Plan nak naik taxi jer, tapi awal pagi lg macam segar je nak jalan, so jalan kaki jela kami 2beranak utk ke Hotel. Kami stay di GREEN VALLEY HOTEL. Hotel ni murah, hanya RM90 shj utk 3malam ( PRIVATE ROOM ) kalau yg bajet, dorm dia hanya RM10/night…maybe die meniaga ikhlas agaknye ???
Dlm 7am kami dah smpai di hotel, cuma reception meminta extra 80K VND jika kami berhajat utk check in awal…normal check in jam 2pm. Aduhhh nak xnak add on jela, dpt lurus2 kan badan.
*AREA Sa Pa ni berdebu so far sebab construction everywhere untuk penambahbaikan & mungkin sudah semakin popular dikalangan pelancong asing. So mask muka sangat2 diperlukan
Masuk je bilik, terus panaskan brahims & buat coco cruch dengan susu utk Ayyan, terus makan, mandi & tidur?
Dalam kul 2pm, bangun siap2 nak berjalan sekitar Sa Pa sambil survey2 spot view yg best2. Sewa lah motor mcm biase dengan hotel. USD5/day ( Honda wave sebab ada gear, takut bawak scooter sebab jalan berbukit2 )
Makan bekalan dari Malaysia sebab tiada restoran halal So menghalalah kami dengan motor ke Lao Cai Village, tapi xsampai Lao Cai lagi, kami ke sebuah perkampungan seakan2 Lao Cai village, menikmati view Padi Tingkat & sungai yg cantik, bersih & sejuk. Tapi hati2, babi bersepah ok ??? Hari dah nak gelap, so baliklah kami ke Hotel, lagi pulak cuaca nak hujan. So date ke Sa Pa utk kali ni kurang baik sebab boleh dikatakan hari2 hujan…so perjalanan dgn membawa Ayyan adalah amat2 terhad. So makanlah kami dengan bekalan2 yg dibawa dari Msia di hotel…SA PA tiada halal restoran setakat ini yg kami explore.
Sesat nak ke Gunung Fasipan DAY 6: Percubaan untuk menjejaki Puncak Gunung Fasipan yg merupakan puncak tertinggi di Indochina. Kami cuba plot di Google Maps, around 2jam menaiki motor utk ke sana. So go on jela, bangun awal, siap sedia dengan seluar panjang & jaket utk Ayyan, gerak la kami slow2 menaiki motor ke Mount Fasipan. Sambil otw ke Mount Fasipan tu, berhenti2 jugak lah layan view yg memang superb & segar. Kiri kanan waterfall, memang cun habislah.
Dah hampir 2jam aku menunggang, adalah jugak berhenti tanya2 org mana arah/jalan ke Mt. Fasipan tu. Dengan bahasa ayam & itik, hanya tengok body language jer, dorang suruh aku ke atas lagi. So teruskan jela perjalanan, sehingga aku cek “eh da nak 3jam dah ni, jalan pulak makin menurun” aku terus heng kejap ??? kalau tengok google maps dah suruh pusing balik, tapi masalahnya aku langsung xnampak ada signboard ke Mt. fasipan tu sepanjang perjalanan…denggg!!!
So aku berhenti dekat 1 kedai kopi ni & bertanya dgn local kat situ, dan sah memang kena patah balik…sebab dorg kata Mt. Fasipan dekat dengan Sapa sane…lagi aku jem. Aku pun pusing la balik menghala ke Sapa slow2, sambil tu layan la view2 yg mmg ko rasa best & damai gile.
So sampai lah bandar Sa Pa, mmg xjumpa lgsung jalan ke Mt. Fasipan tu…demmm…So aku rilex2 dekat tepi jalan ni sambil google la apa yg patut, rupa2nya xde jalan ke Mt. Fasipan tu kecuali dengan menaiki Cable Car ? patutlah xjumpa laluan dia…hahaha
So dah alang2 sampai Sa Pa town, blik lah hotel semula…makan & rehat…lenguh punggung ?
Elak kena hujan takut anak demam Malam tiba, so kami keluar semula utk ke Night Market…night market die simple jer, xde canopy or khemah bagai, just beralaskan tikar sebagai meja utk dorg menjual…80% boleh dikatakan mereka hanya menjual kraftangan beg & baju yg diperbuat dari kain yg mereka kait sendiri.
Di sebelah atas pula, ada 1 pentas besar mempersembahkan tarian2 traditional mereka & berbagai2 tarian lain…layan punye layan, hujan trun lagi…berkembur masing2 menyelamat barang jualan mereka. So aku mencari tempat teduh di kaki lima kedai sebab xnak Ayyan demam, nanti jadi masalah lain plak…rilex dlu smpai hujan reda, baru lah ambil motor balik ke hotel & tidur
Tengok padi Dua Beranak Backpacker Ke Vietnam 24 Hari, Lelaaki Ini Pastikan Bawa Ubaat dan Vaaksin Anak Sebelum Pergi
Day7: Hujan di Sa Pa,so just masak maggi n coco crunch utk Ayyan. Sebab hujan lepak lah dlu dalam hotel smpai tengah hari. Berhenti je hujan, terus kami ke Lao Cai Village. Ni view padi tingkat yg tiptop…Kehijauan padi di Lao Cai buat mata kau tenang jer. Lao Cai ni xjauh pun dari Sa Pa,lebih kurang 30min jer korang akan nampak view dari atas bukit perkampungan ni.
Tengah syok layan view, hujan turun lagi…so terpaksa berteduh di pondok tepi jalan bersama local people yg menjual barangan kait mereka. Berborak lah kami seperti ayam & itik hehehe dengan body language bagai…Insyaallah kami dapat memahami each other.
Berhenti je hujan, balik lah kami ke hotel semula…rilex2 dlm hotel sambil packing bju untuk check out esok harinya.
Naik kereta api Day8: last day in Sa Pa. Check out hotel tapi barang masih boleh disimpan di lobby & motor masih boleh dipulangkan lewat sebab bus ke Hanoi jam 10mlm nt. so kami decide nak fasipan legend. Check point station utk ke puncak fasipan.
Kalau nak naik ke Puncak Fasipan memakan belanja 880k VND, tapi kedekut skit masa ni, so kami decide ke Fasipan Legend shj dgn menaiki train memakan belanja 200k vnd. Jadi lah bagi anak merasa naik train & layan view yg cantik2 kat atas ni. Ada temple, peak view, english deco, & taman bunga…coming soon maybe lg osem sebab byk yg tengah construction mse ni.
Turun je dari fasipan legend, terus pulangkan motor n ambil taxi utk ke Bus station
Dapat rehat di bilik khas sebab bawa anak Day9 : Jam 5am sampai di Hanoi…Pishanggg nak tggu 6pm utk bus ke Danang. So berehatlah kami di kaki lima agent bus ni sampai kul 9am ( time office buka ) office buka jer, mungkin kesian tengok aku ngan anak, pihak agent bus tu suruh aku naik ke atas, berehat di bilik rehat. Dengan katil bagai, fuhhh tenang… terus xleka, aku mandikan Ayyan siap2, susukan terus lah kami tido smpai jam 2pm. Bgun n siap utk ambil grab utk lunch, then siap2 tggu bus datang jam 6pm.
14 jam dalam bas Day10 : setelah 14jam dalam bus, sampai lah kami di Hue. Transit utk 1jam ??? ( ingat flight jer ke ade transit ) so kami di minta trun n menunggu bus sterusnya ke Danang di sebuah kedai kopi tepi jalan. Rilex2 kena kopi,n ayyan pun dah siap susu, tukar pampers semua, bus pun sampai…geraklah kami ke Danang memakan mse 2jam lagi
Tengok laut pula di Danang Sampai je Danang, Alhamdulillah terjumpa 2 budak Malaysia yg tengah buat trip Indochina…Dapatlah borak2 skit cite hal masing2…tapi xlama, sebab dorg stay kat Hoi An. Berpisah kami di situ, n aku terus ambil grab utk ke Hostel.
Ngam sampai bilik ( Bac Nam Motel – rm30/night )mandi n rehat, just makan bekalan yg ada shj dahulu sebab hujan.
Petang sikit, macam biase kami sewa motor $5/day utk merayap di sekitar Danang n survey apa yg patut.
Day11: Jalan2 sekitar Danang n mencari halal restoran. Alhamdulillah byk gak halal kat sni. Lepas ke Dragon Bridge, kami just jalan2 di My Khe Beach…
Selesai di My Khe Beach, kami balik ke Hostel semula, siap2 utk ke Hoi An ( old quarter )
Perjalanan kurang 1jam dr Danang ke Hoi An dgn motor. So sampai je sana, perasaan wow tu sgt2 merujakan bila lihat bandar die di hiasi lampu2 tanglong yg cantik…sumpah cantik wei…so mcm biase lah, mintak strangers tolong snapkan pic kami berdua…ada jadi ada yg xjadi, so i is redho hahaha
Kami menghabiskan mse kat Old Quarter tu sampailah kedai2 mulai tutup then baru kami gerak pulang semula ke Danang
Ayyan suka naik kereta kabel Dua Beranak Backpacker Ke Vietnam 24 Hari, Lelaaki Ini Pastikan Bawa Ubaat dan Vaaksin Anak Sebelum Pergi
Day12: hari yg indah utk Ayyan sebab kami akan ke Ba Na Hills. Ayyan ni suke naik cable car, so kalau kejut die susah, cakap je nak naik cable car, terus bangun ???
Dr hostel ke BaNa hills just 30min shj…Entrance fee include game,cable car tu semua hanya 700k VND…Ayyan plak mase ni ngam2 bawah 90cm, so masih FOC lah utk die…jimaaatttttt ? so seharian kami di Ba Na Hills ni smpai jam 7pm, bru kami gerak turun ke bawah, balik hostel n rehat
Day13: hari ni window shopping di Han Market, view lebih kurang mcm benthant market…tapi tak semurah Hochiminh lah harga2 die. Bosan2, so kami ke My Sons Temple, antara attraction yg ada di Danang, tp 1jam lebih juga lah perjalanan dr Danang. Tiket masuk hnya 150k VND…so layaannnn
Day14: check out lewat sikit sebab xde g mane2 dah hari ni, just borong helmet kanak2 yg rakan2 fb order…murah wei cuma agak hati2 sebab Kastam susah utk lepaskan barang2 berkenaan safety issue ni..
Selesai dah cuci2 mata di Danang ni, geraklah kami ke Station Bus utk ke Nha Trang plak…perjalanan memakan masa 10jam…nak jimatkan, hadaplah pelan2 hehehe…BUT THE POINT IS “the journey not destination” yeahhh ??
Day15: 10jam di dalam bus, tepat jam 6am, kami sampai di Nha Trang. Terus ambil taxi ke Hostel. Smpai je blik, lurus2kan badan n bru keluar cr makan.
Hari just santai2 shj berjalan di Nha Trang Beach n night market..Di night market ni ada 1 macam laici kang, sedap & mmg sedap…so lepas layan night market, balik tdo sebab esok nak island hoping
Pusing-pusing pulau, anak separuh bayaran Day16: 4 Island tour time…hanya 150k VND shj utk dewasa, n half price utk Ayyan??♂️ . Pakej ni dah sekali dgn makan…tapi mcm biasa lah, ada oink??? so, makan jelah bekalan yg dibawa…prepare siap2.
Dlm 4 destinasi yg dibawa, Bai Tranh Beach ni syok sikit, sebab byk jenis sukan air kat sini…air laut n view die pun cantik…malangnye hanya 1jam kat sini, jangan kata Ayyan, bapak Ayyan pun xpuas…hahaha
So selesai jer island tour, kami sambung mandi lagi di Nha Trang beach yg xjauh dr hotel…xpuas mandi laut punye pasal ???
Kad ATM hilang Day17: ramai cakap kalau ke Nha Trang xkan bermakna kalau tak pergi VINPEARL LAND. So nak xnak, kite try jugaklah kan…kat sinilah aku perasan, yg kad ATM aku hilang n xtau hilang kat mana tapi aku syak hilang masa kat Danang aritu mase keluar duit…kalau msia keluar kad dlu bru keluar duit, tp kalau di Vietnam agak terbalik…tu yg lupe tuh ?
Nasib ada lebihan US dollar dlm wallet utk trip yg lepas2, so merasa gak lah nak bawak Ayyan layan Vinpearl Land ni. Entrance Fee 880k VND / $40 all access…dapatlah Ayyan naik cable car lagi ?
*sini brader sarankan korang wajib pergi n brader pun repeat lagi nanti bawa fmly lengkap brader dtg ke Vinpearl Land ni. Sebab apa??? 1 taman tema yg cantik di tengah2 pulau, complete dengan game extreme, game kanak2, taman2 bunga, mini zoo yg berbagai haiwan, waterpark yg ada dua, laut n pool…view dr peak yg osemmmm mosemmm…sumpah korang xkan menyesal…. ( hope jd duta vinpearl lepas ni ?????)
So mmg seharian di Vinpearl land ni, last cable car ke tanah besar around 9pm, so sebelum naik cable car tu, korang layan dlu pertunjukan air yg osemmm.
Sampai je tanah besar, isi perut dlu then bru balik tdo
Seronok kedai makanan halal banyak Day18: last day in Nha Trang, check out lewat n santai2. Plan nak ke Dalat, tapi dah tersilap tarikh beli tiket bus, so xsempat sbb ke dalat pun around 3-4jam…so maybe next time…so geraklah kami ke Hochiminh terus selama 9-10jam menaiki bus.
Day19: jam 6am, sampailah kami di Hochiminh city ( Saigon ) terus cari hotel, n rehat2…kat hochiminh ni rasa selesa skit sebab halal food bersepah2…so rilex2 kejap di bilik, tghari bru keluar pergi makan
Hochiminh ni xde apa yg brader nak share, sebab tak ke mane2 pun selain shopping n jadi part time personal shopper hahaha…
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...