Kekeluargaan

“Dia Nak Mommy & Daddy” Fattah Sebak Terkenangkan Nasib Fatima!

Share

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura menemui noktahnya apabila pasangan selebriti itu sah bercerai talak satu pada pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Fattah melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malek Soleh tepat jam 9.45 pagi ini.

Selain kesedihan yang ditanggung Fazura, Fattah juga turut dilihat sugul dengan penceraian itu lebih-lebih lagi bila mengenangkan anak kesayangannya, Nur Fatima Aisya yang masih kecil.

Tambah Fattah lagi, perkara yang paling dikesalkan olehnya pastinya keadaan anak kesayangannya itu yang terpaksa menerima semua ini.

“Perkara yang paling saya kesalkan pastinya Fatima. Dia tak sepatutnya menerima keadaan seperti ini dalam usia empat tahun, masih tak tahu apa-apa. Saya kesal dan kasihan pada Fatima.

“Kalau cakap pasal anak saya memang sedih, bila dia jumpa saya memang nampak dia happy,” luah Fattah sebak ketika ditemubual pihak media.

Akui Fattah lagi, dia terpaksa berlaku tidak jujur dengan Fatima setiap kali anak kecilnya itu bertanyakan dia.

“Bila saya balik rumah, dia nak mummy dan daddy dia.

“Saya terpaksa tipu dia saya kena kerja, dia menangis tak nak lepaskan saya dan kadang sampai dia tertidur,” kata Fattah sebak.

Terdahulu Fazura membuat pengakuan bekas suaminya itu gagal melunaskan nafkah malah sudah tiada kesefahaman diantara mereka berdua.

Bahkan kata Fazura, Fattah bagaikan tiada usaha untuk memujuk hatinya yang remuk ketika berdepan ujian.

Menarik: MK K Clique Kongsi Nama Puteri Sulung, Makna Pun Elok!

Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my