Biarpun dilahirkan sebagai anak istimewa, namun mereka punya kelebihan tersendiri. Demikian juga dengan anak kembar selebriti bernama Zarina Zainuddin ini.
Baru-baru ini, Zarina memuat naik video anaknya yang ingin bersolat. kesungguhan anaknya, Muhammad Raizal Azrai, 23, yang berusaha untuk mendirikan solat walaupun dalam keadaan yang kurang sempurna cukup mengharukannya sebagai seorang ibu.
Menurut Zarina, Muhammad Raizal atau Azal tetap mahu menunaikan solat walaupun dia terpaksa menggunakan kain sembahyang ibunya.
Sebagai ibu, Zarina juga berasa cukup berbangga dan berharap agar amal ibadah anaknya yang merupakan kembar autisme itu diterima Allah. Zarina berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
“Azal nak solat dia guna kain saya kain pelikatnya dah basah seluar panjang dah kotor.. Dia buat juga walau pun dalam keadaan dia macam tu.
“Walau tak berapa betul solatnya.. mudah2 han Allah terima amalanya kerana dia ikhlas mengadap yang Satu ❤ #azalazil #azalohazal #autism#autismawareness,” demikian kata pelakon Zarina yang mempunyai seorang lagi anak kembar autisme, Muhammad Razil Azrai, 23.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji kesungguhan Azal menunaikan solat. Malah tidak kurang juga ada yang turut mendoakan agar urusan Zarina dan anaknya dipermudahkan.
Sumber: IG zarinazainuddin_