Sejak sesi persekolahan bermula secara giliran, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani sesi persekolahan secara bersemukan.
Sistem giliran menyediakan beberapa orang pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B.
Murid-murid yang berada dalam kumpulan tertentu sahaja yang dibenarkan pada hari yang telah ditetapkan.
Rentetan berkisar dengan waktu giliran persekolahan ini, sebuah perkongsian meruntun jiwa daripada seorang pendidik, Cikgu Lynn Ismail dari group Kami Guru Malaysia mengenai seorang murid yang hadir sekolah setiap hari tanpa mengikut waktu giliran.
Setelah ditegur beberapa kali, rupanya baru guru berkenaan sedar bahawa kedatangan murid berkenaan kesekolah adalah untuk menikmati bantuan makanan percuma kepada murid yang kurang berkemampuan.
Ads
Selanjutnya ikuti perkongsian guru ini.
Minggu ini ada seorang murid dari kumpulan A hadir. Saya menyangka mungkin murid itu tidak tahu tentang penggiliran .
Ads
Lalu saya terangkan kepada dia. “Minggu lepas awak dah hadir, minggu ini tak payah hadir. Belajar di rumah. Minggu depan baru hadir ke sekolah.” Dia mengangguk tanda faham.
Keesokan harinya dia hadir lagi. “Kenapa awak datang ke sekolah hari ini? Kan cikgu kata jangan datang minggu ini.
Minggu depan baru datang.” Dia hanya tunduk dan diam. Hari seterusnya, dia datang sekolah lagi. Saya berasa pelik. Tak kanlah dia tak faham-faham.
Ads
Saya dah jelaskan berkali-kali, malah kawan-kawan diapun suruh jangan datang ke sekolah minggu ini.
Hari Selasa, giliran saya menjaga kelas waktu rehat. Budak itu penerima RMT. Saya tengok dia makan nasi lauk kari ayam dengan lahapnya seolah-olah terlalu lapar. Mungkin dia datang ke sekolah setiap hari untuk makan.
Hari ini hari keempat dia hadir ke sekolah minggu ini. Dan saya tak mahu lagi bertanya. Biarlah dia datang ke sekolah untuk makan.
Kebimbangan penularan wabak virus bahaya covid19 menyebabkan kerajaan Malaysia mengadakan lanjutan PKP sehingga 28 April 2020. Terbaru usaha ini dikemaskan lagi apabila Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Poslaju akan menghantar ubat-ubatan kepada rumah pesakit. Ia bertujuan bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19.
Ini bermakna pesakit tidak perlu ke Klinik Kesihatan KKM untuk mendapat ubat, hanya tunggu ubat dihantar ke rumah. Namun perkhidmatan inj hanya untuk pesakit yang memerlukan ubat susulan dalam bentuk tablet dan kapsul sahaja.
Gambar hiasan
Malah, Kementerian Kesihatan juga akan menampung kos penghantaran ubat kepada anda sehingga 30 Jun ini.
Berikut langkah bagi mendapatkan perkhidmatan penghantaran ubat susulan melalui pos.
1.Hubungi fasiliti kesihatan di mana pesakit mendapat rawatan
2.Pesakit akan didaftarkan jika kriteria dipenuhi.
3.Farmasi akan menyediakan bekalan ubat susulan.
4.Bekalan ubat akan dihantar Poslaju ke rumah pesakit di dalam lingkungan kawasan.
Walaubagaimanapun, penghantaran hanya melibatkan ubat-ubatan tablet dan kapsul. Hal ini kerana ubat cecair serta ubat yang memerlukan cara penyimpanan khusus seperti insulin yang memerlukan penyimpanan pada suhu 2 hingga 8°C tidak dapat dihantar melalui khidmat ini.
Bekalan ubat melalui perkhidmatan tambah nilai farmasi (Value added services : VAS) di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semasa tempoh perintah kawalan pergerakan COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia amat memandang serius kepentingan kepatuhan pesakit terhadap rawatan yang telah diberikan. Justeru, bagi memastikan bekalan ubat susulan kepada pesakit ini tidak terganggu di samping penjarakan sosial dikekalkan, pihak kementerian amat menggalakkan pesakit yang diberikan rawatan ubat untuk penyakit kronik supaya menggunakan Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (Value Added Services, VAS) yang telah sedia ada ditawarkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara perkhidmatan VAS yang ditawarkan adalah:
i. Ubat Melalui POS (UMP)
ii. Farmasi Pandu Lalu
iii. Locker4U, DAN
iv. Sistem Temujanji Farmasi (Cth: Telefon & Ambil, SMS & Ambil dan sebagainya)
Pesakit digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pembekalan UMP dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Perkhidmatan UMP ini membolehkan ubat dihantar terus ke rumah pesakit tanpa pesakit perlu datang ke hospital atau klinik kesihatan bagi mengambil bekalan ubat susulan mereka.
Untuk makluman semua, sebelum ini kos penghantaran bagi perkhidmatan UMP adalah sebanyak RM5.30 hingga RM10.60 mengikut berat dan zon penghantaran. Kos ini ditanggung oleh pesakit dan perlu dibayar secara tunai (cash on delivery) kepada pihak Pos Malaysia, semasa pesakit menerima bekalan ubat.
Bagi meringankan beban pesakit, bermula 6 April 2020 hingga 30 Jun 2020, iaitu bagi tempoh 3 bulan, kos penghantaran ubat melalui perkhidmatan UMP yang dianggarkan sebanyak RM638,000 akan ditanggung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ubat-ubat yang boleh dibekalkan melalui perkhidmatan UMP ini adalah ubat-ubat biji seperti tablet dan kapsul. Bagi ubat cecair dan ubat yang memerlukan cara penyimpanan khusus seperti insulin yang perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu 2-8⁰C, pesakit disarankan untuk menggunakan pilihan perkhidmatan VAS yang lain seperti yang dinyatakan sebelum ini.
Bagi mendapat maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan VAS yang disediakan, pesakit diminta untuk menghubungi unit farmasi di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia di mana mereka menerima rawatan untuk didaftarkan bagi mendapatkan perkhidmatan ini.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan tentang ubat-ubatan, orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 5.00 petang, kecuali cuti umum).
Datuk Dr.Noor Hisham Abdullah,
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Sekadar ingin menyenaraikan beberapa petua tradisional yang diamalkan oleh orang-orang lama untuk mengawal bacaan gula dalam darah, ternyata memang banyak. Antaranya mereka akan amalkan makan peria, kacang bendi dan sebagainya.
Kali ini, melalui posting daripada Suriana Nasir turut berkongsi amalan yang dilakukan oleh mentuanya bagi mengawal penyakit kencing manis yang dihidapinya iaitu dengan menggabung tiga ramuan istimewa. Nak tahu lanjut, jom semak.
KAWAL BACAAN GULA DALAM DARAH GUNA 3 BAHAN MUDAH JE
Petua untuk kawal bacaan gula dalam darah ni Cik Na dapat dari mentua. Memang dah jadi amalan beliau sekelamin. Mudah je hanya minum sekali setiap bulan. Memang cantik je bacaan nye.
Tiap kali cek gula kat klinik, doktor kata bacaannya normal cun cun gitu. Permakanan lain kena la jaga juga tau. Dah amal petua ni bukan lesen untuk korang sesuka hati je nak belasah makan. Tapi memang membantu sesangat.
Semua bahan-bahannya mudah je nak dapat. Cik Na kongsi petua ini untuk manfaat kepada semua. Terutamanya yang ada kencing manis. Boleh try. Mana tahu berkesan untuk kawal bacaan darah tu. Ikthiar ikthiar.
Bahan bahan
2 helai daun pokok cermai
1/2 inci kunyit hidup
8 biji beras
Cara penyediaan
Cuci semua bahan bersih bersih.
Tumbuk semua bahan yang dah dicuci bersih sampai lumat lumat.
Masukkan dalam cawan. Minum sampai habis.
Ekstra tip * Dah minum jangan lupa minum air kosong banyak-banyak sebab rasanya pedas kelat gitu. Orang tua kata sulam dengan air kosong berbanyak banyak.
** Amalkan sekali saja dalam sebulan. Jangan tiap-tiap hari pula buat minum. Kang lain jadi nya.
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, "Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. " Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.