Memberi hadiah berupa bunga atau barangan lain kepada pasangan bukanlah perlu tunggu hari-hari istimewa. Sebaliknya, jika anda mahu berbuat demikian, lakukan sahaja.
Pasti pasangan anda akan rasa terharu dengan kejutan tersebut. Nak nak lagi jika anda bukan jenis yang suka surprise pasangan.
Ini yang yang dilakukan oleh selebriti yang juga chef terkenal, Dato’ Fazley yang menghadiahkan jambangan bunga kepada istei tercinta.
Menerusi laman instagramnya, bapa empat cahaya mata ini mengakui bukanlah pertama kali berbuat demikian.
“Saya sudah memang terbiasa memberikan jambangan bunga buat isteri @azrene_ahmad juga ibu saya @rsd.umi.
“Untuk adik sayang, semenjak kami bercinta jarak jauh di London, setiap bulan saya kirimkan bunga buat beliau. Dan sekarang dah kahwin, dan sudah beranak pinak, saya tetap lakukan,”Ujar Dato Fazley menerusi kapsyennya.
Cuma kali ini sedikit berbeza kerana suami kesayangan Datin Azrene ini menghantar sendiri bunga tersebut di tempat kerja isterinya.
” Hari ini saya sendiri yang hantar sejambak bunga di tempat beliau mengadakan training grooming & etiquette nya. Satu pesanan penting arwah Bapak – “Jangan mencari kelemahan pasangan, tetapi raikanlah kelebihan pasangan kita yang telah sedia ada”. Setuju?
“Yang kelakar tu, pemilik kedai bunga selalu bertanya “Kenapa bagi bunga hari ini? Special day ke?” Seringkali saya tersenyum sendiri, saya kata “Istimewanya sebab sebab saya tak pernah untuk hari istimewa untuk kirimkan bunga kerana sepanjang 13 tahun bersama, dia terlalu istimewa di mata saya.
Sifat romantis dan caring dato’ Fazley mendapat pujian dari pengikutnya. Tak kurang yang memuji dan bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Dato’ Fazley.
Sumber: IG fazleyyaakob