Hati ibu mana yang tak luluh, jiwa bapa mana yang tak gundah bila mana anak sendiri mempunyai simptom wabak Covid-19. lebih memilukan bila mana si kecil yang tidak mengerti apa-apa terpaksa di bawa ke hospital menaiki ambulan seperti pesakit lain. Allahu cukup perit bagi kita yang melihat, apa lagi ibu bapanya yang menanggung.
Inilah yang dikongsikan oleh puan Intan Nurdiyana selepas anak nya yang baru berusia 3 tahun disyaki mempunyai simptom wabak covid-19. Video anaknya menaiki ambulan itu mendapat perhatian ramai dan tular di media sosial. Rata-rata netizen mendoakan kesihatan anaknya itu.
Sihat dan ceria dapat naik ambulans
Menurut Intan, suhu badan anaknya dikatakan meningkat naik selepas menjalani ujian swab Covid-19. Ini menyebabkan doktor meminta supaya anaknya dirujuk ke hospital. Apa yang menyedihkan si kecil ini kelihatan sihat dan ceria dapat menaiki ambulans tanpa mengetahui yang dia bakal dibawa ke hospital.
Menurut Intan lagi, kawasan tempat tinggalnya dikatakan berada dalam zon merah dan diperintahkan ‘lockdown’. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang mempunyai simptom demam panas akan terus dirujuk ke hospital. Tambahnya lagi, penjaga kepada kanak-kanak boleh menemani pesakit tetapi mengikut had umur.
Dibenarkan keluar dari hospital
Walau bagaimanapun, perkembangan terbaru mengenai anaknya mendapati bahawa anaknya dibenarkan keluar dari hospital. Keputusan ujian saringan mereka sekeluarga masih belum diketahui namun dia berdoa agar keputusan ujian tersebut negatif memandangkan anaknya dibenarkan keluar.