Dengan sekali lafaz, pelakon dan pengacara Zulin Aziz sah bergelar isteri kepada Farhan Norzaini.
Dalam majlis tersebut, pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz menerima mas kahwin RM80, sebentuk cincin dan wang hantaran RM30,000.
Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur iaitu Ehsan Mohd Hosni berwakil walikan abang kepada Zulin iaitu Shah Rezza Abdul Aziz.
Majlis pernikahan itu diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan hanya dihadiri keluarga terdekat.
Lalui pahit getir mencari cinta sejati
Usai selesai majlis pernikahan, Zulin menzahirkan rasa syukur kerana segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar sepertimana yang dirancang.
“Namun sebelum dua karakter kartun itu bersatu, pelbagai dugaan juga ditempuhi. Di alam realiti juga, saya sendiri melalui pahit getir dalam mencari cinta sejati.
“Kehadiran suami dua tahun lalu bagai magis yang mengubah persepsi bahawa kemarau panas berpanjangan itu berakhir dengan kehadiran pelangi setelah hujan. Hujung tahun lalu ketika mengerjakan umrah, dia melamar saya di Madinah,” kata Zulin usai majlis nikah.
Tiada rahsia antara kami
Zulin menyifatkan kesungguhan dan keluhuran hati Farhan menjadi penambat hatinya.
“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya.
“Tiada rahsia antara kami. Dia menerima saya seadanya sewaktu zaman saya berisi dan kini berjaya menurunkan berat badan. Saya percaya dialah yang akan membimbing diri ini ke jalan diredai dan menjadi bapa kepada bakal anak kami kelak. Insya-Allah,” katanya.
Tak tolak rezeki zuriat awal
Mengenai anak dan bulan madu, Zulin berkata dia dan suami belum dapat memberi kata putus dan terbuka menerima apa saja rezeki mendatang.
“Soal cahaya mata, baik saya dan suami terima saja rezeki yang Tuhan berikan. Saya pun lagi tujuh tahun nak menginjak usia 40 tahun.
“Saya dan suami beruntung kerja dalam bidang sama iaitu perniagaan Sambal Tujuh. Jadi sambil bekerja selitlah mana sempat nak berbulan madu. Rancangnya macam nak ke Turki, tapi situasi semasa pandemik COVID-19 pun membimbangkan. Belum ada kata putus,” katanya.
Pernah lalui fasa dikecewakan
Sementara itu, Farhan atau nama penuhnya, Mohd Farhan Norzaini melihat Zulin sebagai wanita yang mempunyai hati tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarganya.
“Alhamdulillah, bersyukur Allah satukan kami selepas dua tahun kenal bermula sebagai kawan, seterusnya bercinta dan kini jadi suami dan isteri.
“Perasaan bercampur baur sebab ini antara hajat dan doa daripada arwah ibu, rakan dan semua yang mengenali kami.
“Kami masing masing pernah melalui fasa dikecewakan, turun naik kehidupan serta perhubungan. Dia turut bersama saya di saat mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika kehilangan arwah ibu pada Oktober tahun lalu.
Malam ini, pasangan sama padan sama cantik itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di premis acara, Magica Grand Hall, Shah Alam.
Uruskan bisnes bersama
Pereka Ezuwan Ismail dipertanggungjawabkan menyiapkan busana nikah dan majlis malam ini.
Zulin sebelum ini berkongsi cerita sudah lama berkenalan dan mereka sama-sama menguruskan perniagaan menjual makanan.Hujung tahun lalu pasangan ini bersama-sama mengerjakan umrah di Tanah Suci.
ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!
ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!
BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara