“Dia Asyik Cakap Bye Mama Bye Mama.” Tercekik Roti Di Rumah Pengasuh, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Selepas Empat Hari Koma

Share

Belum reda insiden memilukan kanak-kanak meninggal dunia akibat tercekik bebola ikan, timbul kes baru yang membabitkan seorang kanak-kanak perempuan. Nia Adreana Nasir, 2 tahun tercekik roti itu berlaku di rumah pengasuhnya di Selayang, Selangor pada pagi Isnin minggu lalu.

Kisah tragis itu dikongsi Marrya Marrysa Rohani yang juga ibu saudara kepada Nia Adreana atau lebih dikenali sebagai Baby Puteh.

Al-fatihah 
buat anak saudaraku puteh Nia adreana…bidadari kecil syurga…
Syurga buatmu sayang..
Tidurlah Sayang tidurlah tunggu kami semua disana?
sesungguhnya Allah lebih sayangkanmu…lebih dari kami semua sygknmu ….
27.5.2017-4.7.2019
Dpat berita dari abah(tokwan puteh di hospital selayang)?

???
Jenazah akan dibawa balik ke kampung halaman mamanya di kampung betong sik kedah….
Terima kasih Tak terhingga buat sahabat2 Alam Maya adik beradik dekat mahupon jauh yg kenal mahupon tidak knal Tak henti2 bertanya khabar puteh..sy Dan keluarga amat2 hargai

Jelas Marrya yang berasal dari Sik, Kedah, Baby Puteh berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke hospital Isnin lalu sebelum dia disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.43 pagi Khamis.

Menurut wanita berkenaan, kakaknya yang juga ibu kepada Baby Puteh bergegas ke rumah pengasuh dua anaknya di Selayang selepas dimaklumkan bahawa anaknya tercekik roti.

“Tapi pengasuh beritahu sudah keluarkan sendiri roti tersebut. Kebetulan waktu tu kakak yang kerja sebagai jururawat dah nak habis waktu bekerja syif malam di Hospital Selayang.

“Bila kakak saya sampai rumah pengasuh dia tengok Baby Puteh dah lembik… mulut biru. Dia pun kalut ambil kereta drive bawa anak dia sendiri ke hospital,” katanya yang berkongsi kisah tersebut dengan Mstar.

“Masa hantar hospital, baby dah tak bernafas, mulut memang biru habis. Kiranya dah tenat… peluang 50-50. Doktor ada beritahu kalau sembuh pun baby dah tak normal sebab otak dia dah mati. Mungkin disebabkan pengasuh lambat bertindak,” dakwanya.

Marrya berkata insiden berlaku semasa pengasuh mahu membuang air besar. Kata Marrya lagi, kakak kepada baby Puteh, Nia Anzalna turut memaklumkan kepada pengasuh yang dipanggilnya ‘mama’ mengenai keadaan adiknya.

 

“Kakak panggil mama… mama baby tercekik makan roti kenyang. Kakak dengan Baby beza umur setahun. Mereka dah macam kembar. Memang kakaknya trauma sebab mereka sangat rapat,” katanya.

Dalam pada itu, Marrya turut mendedahkan perubahan sikap Baby Puteh sebelum kejadian tersebut.

“Dia asyik cakap bye mama bye mama. Dia main dekat ruang tamu sekejap lepas tu datang dekat mama dia kat dapur cakap bye mama.

“Masa malam terakhir kakak hantar rumah pengasuh sebab kerja syif malam, Baby cakap benda sama. Kakak cakap memang pelik,” katanya.

Sumber:  Marrya Marrysa Rohani & Mstar Online