Rupanya bukan mudah nak jadi ‘abang pilot’. Ini kerana salah satu yang wajib kena jaga adalah kesihatan kena tip top, jika gagal boleh hilang pekerjaan ini sekelip mata!
Kerjaya juruterbang adalah antara kerjaya yang dikatakan popular yang menjadi kerjaya idaman semua orang.
Walaupun ia dikatakan kerjaya yang berisiko paling tinggi melibatkan kehilangan nyawa, namun pendapatan kerjaya ini agak lumayan.
Baru-baru ini, penyanyi bersuara lunak, Wany Hasrita telah bergelar kepada isteri Mr Pilot. Sebelum ini artis lain termasuk Misha Omar dan Ella turut bertemu jodoh dengan ‘abang pilot’.
Namun, tidak ramai tahu disebalik gaji yang lumayan, kerjaya ini punya cabaran yang tinggi termasuk hilang punca pendapatan sekelip mata.
Ikuti perkongsian bekas Kapten pesawat dan Jurulatih Kapal Terbang pesawat PDRM, Mohd Ezairol Rezan Zainol yang menceritakan lebih jelas disebalik populariti kerjaya sebagai “Mr. Pilot”.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dari perspektif dan pandangan peribadi Aku.
Kesan daripada filem Top Gun dan drama Suri Hatiku Mr Pilot suatu ketika dulu, ramai anak muda yang bercita-cita ingin menjadi “Mr.Pilot”.
Banyak faktor penarik yang menyebabkan mereka minat dengan kerjaya sebagai “Pilot” ni.
Nampak “smart and Handsome” macam Fatah Amin dan ofcourse, bila sebut kerja as pilot… Mesti gaji besar dan banyak duit, pergi kerja naik BMW atau MERC.
Well…Tak semua yang anda nampak itu indah.
Kadang ada juga yang bertanya, seronok tak jadi pilot ni? Mesti bestkan. Yelah dapat jalan sini sana.
Sarapan pagi kat KL, makan tengahari di Kota Kinabalu dan minum petang di Kuching… Itu belum cerita yang ke oversea lagi. Wau…Nampak cam best je kan
Oklah, kali ni Aku nak share sikit “pro and con” disebalik tabir kerjaya ini.
Kelebihan Mr Pilot
▪︎ Skim gaji pilot ni memang antara yang paling lumayan jika dibandingkan dengan kerjaya profesional yang lain.
Bab gaji ni biarlah rahsia… Orang tua-tua kata tak elok cerita pasal duit di tempat terbuka.
▪︎ Berpeluang melancong dan melihat negara luar.
▪︎ Di kelilingi oleh pramugari cantik dan dipandang tinggi oleh bakal mak mertua…Eh, ke situ pula. Aku bawa kargo takde pramugari ye.
Hmmm… Rasanya itu je. Takda banyak mana pun. Kelebihan dekat bab gaji tu je lah sebenarnya.
Kekurangan Dan Kelemahan
Bab ni lah yang Aku nak cerita sebenarnya. Ramai yang tak tahu kerjaya pilot ini adalah antara kerjaya yang paling berisiko dan memiliki stress level yang agak tinggi.
▪︎ Daripada segi tanggungjawab. Keselamatan penumpang dan kru serta barangan yang dibawa sepenuhnya berada dibawah tanggungjawab pilot.
Kalau berlaku apa-apa kecemasan atau kerosakan, pilot tak boleh sesuka hati “park” kapal terbang kat tepi jalan. Hisap rokok dulu.
Its all under the pilot on how to save his flight…Its about life.
▪︎ Kesihatan kena tip top. Setiap tahun kena buat “medical check” dengan “Aviation doctor”. Macam-macam diperiksa.
Mata, telinga, rythm jantung dan banyak lagi. Kalau tiba-tiba terkena sakit jantung, hilang pendengaran dan lain-lain penyakit merbahaya lesen penerbangan akan ditarik balik dan dibatalkan.
Punca pendapatan boleh hilang sekelip mata.
▪︎ Setiap 6 bulan perlu menjalani pemeriksaan berkala. Diperiksa oleh pemeriksa bertauliah untuk menilai pengetahuan dan kecekapan dalam mengendalikan pesawat.
Bab ini yang paling stress bagi kebanyakkan pilot seperti Aku. Jika gagal, lesen tidak akan diperbaharui dan pilot bakal dibuang kerja!!!
Nampak tak berapa rapuhnya profession kerjaya ini. Kena sentiasa beringat dan menyimpan.
Masa muda mungkin kita tak perlu risau bab kesihatan tapi bila umur melewati 40’s cam Aku, semuanya sentiasa bermain difikiran.
Kesimpulannya
Bila kita mula bekerja, rancanglah perbelanjaan dan simpanan kita. Paling asas 3 dana ini wajib kita buat caruman setiap bulan. Dana tersebut adalah :
▪︎ Dana Kecemasan -Target untuk ada 6 bulan hingga setahun gaji. Bagi pilot, kru, dan yang terlibat dengan “Aviation sector” kena ada 2 tahun gaji. Covid-19 dah banyak bagi pengajaran
▪︎ Dana Pendidikan – Mengikut nisbah anak. Minimum RM50K setiap seorang. Mungkin tak cukup tapi atleast ada.
▪︎ Dana Persaraan – Bersara dengan selesa seawal yang boleh. Umur 50~55 adalah waktu yang terbaik pada pandangan Aku untuk bersara.
Oklah, rasanya sampai sini dulu perkongsian Aku mengenai kerjaya pilot ni.
Tak kira lah apa pun kerjaya kita, yang penting fokus pada simpanan terlebih dahulu sebelum ingin hidup dengan bergaya…
“Biar nampak papa tapi kaya dari nampak jer kaya bergaya tapi rupanya papa”
Semoga bermanfaat…😉
Sumber: Mohd Ezairol Rezan Zainol
Baca Juga: [VIDEO] “Dah Sampai Panggilannya. Saya Berdoa Mana Yang Terbaik Buatnya.” – Fizz Fairuz Luah Syukur.
Baca Juga: 10 Tahun Akan Datang Harga Durian Menjunam? Pensyarah Ini Tunjukkan Kronologinya.
Keluarga Talk: Mengukir Bahagia Tidak Semestinya Harus Korban Diri
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club