
Anak sulung ini umpama cinta pertama ibu dan ayah, malah kalau dia juga merupakan cucu pertama, nenek dan atuk juga akan menyayangi seperti baru mula bercinta.
Tetapi semua akan berubah apabila kehadiran adik-adik. Ramai yang tidak ambil pusing perasaan anak sulung kerana merasakan mereka sudah besar dan pandai menjaga diri.
Ketahuilah, disebalik sikap mengalah anak sulung ada yang mereka sembunyikan seperti :
- Anak sulung nak sangat merasa disayangi, dipeluk dan dicium seperti mana yang kita lakukan pada adik bongsu dia
- Anak sulung nak sangat diberitahu dan diucapkan “Ibu sayang kamu” walaupun umur dia sudah meningkat dewasa
- Anak sulung juga nak sangat kita bangga dengan pencapaian dia walaupun ianya kecil dan remeh di mata manusia yang lainnya
Artikel Berkaitan
Tip / Petua
- Anak sulung juga sangat perlukan kita menatap mata dia dengan penuh kasih sayang seperti mana kita tatap dia sewaktu pertama kali kita melahirkannya
- Anak sulung juga sangat nak merasa kita gembira dengan kehadiran dia sepertimana kita gembira suatu ketika dahulu dengan kelahiran cahaya mata pertama kita
- Anak sulung nak sangat merasa dihargai titik peluh dan pengorbanannya menjaga kesemua adik beradiknya
- Anak sulung nak sangat merasa kasih sayang kita kepada adik adiknya yang lain tidak mengurangi kasih sayang kita kepada dia.
Kredit : Taufiq Razif
Mesti Baca :
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Dapat Mentua Baik Pun Satu Rezeki, Untungnya.” Elisya Kongsi Menu Berpantang Air Tangan Sheila Rusly

Baru melahirkan bayi sulungnya, Elisya Sandha memuat naik beberapa keping gambar sedang menjalani sesi berpantang.
Jika wanita lain lebih suka dan selesa untuk berpantang di rumah ibu sendiri.
Namun berbeza dengan menantu kepada Sheila Rusly yang memilih berpantang di rumah mentuanya. Bahkan dalam perkongsian tersebut, adik kepada Fasha Sandha ini berkongsi menu berpantang hasil air tangan ibu mentuanya.
Memang beruntung menjafi menantu kepada Shrola Rudly, layandn first class dan menu pun sangat mengujakan. Ditmbah pula dengan cara hidangan itu yang memang sangat menarik seolah-olah seperti mengambil pakej berpantang.
Dalam banyak-banyak rezekiku, rezeki yang ini tidak pernah ku duga untuk dapat ibu mentua yang penyayang, terima kasih Ya Allah atas kurniaan mu kepada ku..
Thank you mama @sheilarusly_jspictures for cooking makanan pantang yang sedap sangat.
Rata-rata yang membaca perkongsian tersebut memuji layanan istimewa ibu mentua Elisya dan mengatakan dia cukup bertuah.
Bertuahnya dpt emak mertua yg baik sanggup menjaga menantu dlm pantang, masak menu yg sedap2❤😘😍🥰
Bertuah kmu berdua..mnantu baik..mak mntua lgi baik..alhamdulillah..selamat berpntang..take care and stay safe ❤️
Ya Allah… bertuahnya elisya dpt mak mertua yg baik mcm ni…kpd wanita2 diluar sana yang punya mertua sebaik ini… hargai lah mereka 💞💞
Tiba2 mgalir plak air mata…touching sgt…limpahan kasih sayang..smoga berbahagia hingga ke jannah🤲
Rezeki dpt mak mentua Dan menantu baik Dan saling melengkapi sangat jarang2 belaku. Alhamdulih…semoga jadi teladan utk saya.
Alhamdulillah…syukur..baiknya mk mertua mmg rajin masak pandai pulk tu brtuah menantu selamat brpantang elisha.
Bertuah badan..dapat mentua mcm sis..luaran npk garang tp hati seorang ibu yg syg caring gn menantu.
Untung dpt mertua yg baik, kira ‘A’ la mertua jg menantu berpantang & menantu mau berpantang dgn mertua.
Best nya dpt mertua mcm gitu, beruntung lah ibu mertua jaga anak menantu mcm anak sendiri. Selamat berpantang…
Sumber: elisyasandhaofficial
“Sakit Tak Boleh Nak Gambarkan Tapi Bila Baby Keluar, Terus Jadi Nikmat.” Sejuk Hati Baca, Netizen Puji DS Shahida Beri Semangat Buat Wanita Belum Ada Anak.

Isi Kandungan
ToggleMomen paling indah bagi setiap wanita yang berkahwin adalah apabila diri disahkan mengandung, lengkap sudah fitrah sebagai seorang wanita apabila mengandung dan melahirkan anak.
Namun ada antara wanita yang diuji dengan ketiadaan anak. Biar sudah sehabis daya berusaha, tetapi Dia masih belum mahu mengurniakan rezeki yang satu itu.
Begitu pun, jangan berputus asa, teruskan berusaha dan pasti suatu hari nanti Tuhan akan mendengar doa anda.
Perkongsian isteri kesayangan Dato’ Seri Aliff Syukri baru-baru ini cukup bermakna buat wanita yang masih dikurniakan anak. Mengimbas detik melahirkan zuriatnya, akui Datin Seri Shahida itulah nikmat yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.
Biar bertarung naywa dan terpaksa menahan kesakitan, namun semuanya hilang bila dapat menatap wajah si kecil di sisi.
“Kenangan menahan sakit melahirkan @yusoffalqardawi_terlajaklaris….. sakit memang sakit tak boleh nak gambarkan sakit tu….tapi bila dah keluar baby tu sakit tu menjadi nikmat……..
Saya doakan kepada mereka yg belum bergelar ibu dapat merasai detik ini…Insya Allah ada hikmah Allah lewatkan….doa banyak2 jgn putus asa..Allah suka hambanya yg rajin berusaha dan tak putus asa.
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
Perkongsian tersebut mendapat reaksi dari pengikutnya. Rata-rata berterima kasih atas doa yang dihulurkan oleh Datin Seri Shahida.
delishascha Aaminnn.. Semoga datin selalu sihat happy santikk… Teringin mmg sakit .. Tapi sakit itu ade ubat yg Allah berikan terlalu indah
nursyamimiebtemuhammad Semoga saya dapat melahirkan seorang zuriat? seperti datin
nisz.perfume_hq Aamin…trime kasih mdoakan kami dpt merase kn nikmat ni 1 hari nanti……
kakyongteddy Saya 4 tahun tunggu. Mcm2 produk makan. Last2 mak cik urut saya bagi jamu bacaan surah2 saya makan Alhamdullilah lekat.. Hujung preggy suami excden. Masa bersalin suami x dpt teman peha patah. Sedih sikit suami tak dpt teman. Tpi Alhamdullilah semua dipermudahkan. Anak sekarang nak masuk 4 bulan dah
azwani98_ Terima kasih doa kan ? semoga @shahidadherbs d murah kan rezeki.. Nak sangat merasa macam mana jadi seorang ibu ?.. Walaupun baru kahwin ☺️ aamiin ❤️
rima_9004 aminn.. semoga ada rezeki zuriat buat sy dan suami… nak baby comel dan baik mcm @yusoffalqardawi_terlajaklaris
elninaaaa Sejuknya hati baca post ni @shahidadherbs .. Maklum la tak ramai yg memahami tntg rezeki, byk yg nk salahkan n mengata je. Inshaallah terus doa dan usaha mudah mudahan termakbul segala doa yg baik. Semoga kami semua yg blm bergelar ibu juga diberi nikmat merasa jd seorg ibu. Aamiinnn…♥️
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
Sumber: IG shahidadherbs
“Kena Ada Duit. Tak Perlu Banyak Tapi Cukup…”Lelaki Ni Kongsi Cara Nak ‘Survive’ Membesarkan Anak Sendirian!

Selepas pemergian pasangan ke negeri abadi, lelaki ini terpaksa menguruskan anak-anaknya sendirian dengan sebaik mungkin. Fahamkan prinsip dan cara bagaimana dirinya terus ‘servive’ dalam mendepani cabaran dalam menempuh ujian sebagai ‘single parent’ untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak turut dapat membantu anda, andai ada yang sedang berada di dalam situasi yang hampir sama dengannya.
Macamana nak survive sebagai single parent?
1. Kena ada duit.
Banyak isu boleh dikurangkan atau diselesaikan bila ada duit. Tak perlu banyak tapi cukup untuk survive. Walaupun ada kerja, tapi duit just ngam-ngam sahaja pun agak sukar. Bila single ni banyak benda nak pakai duit.
Dulu mungkin jadi suri rumah, tapi sekarang dah nak kena keluar bekerja. Nak uruskan anak-anak dah libatkan duit juga. Anak nak kena upah orang jaga. Nak ambil dan hantar ke sekolah, nak ke transit dan sebagainya semua perlukan duit.
So, sebelum jadi single parent, eloklah ambil takaful dan buat hibah. Atau boleh sediakan simpanan dalam bentuk tunai atau emas. Kalau bercerai mati, mungkin ada hibah untuk membantu. Kalau bercerai hidup mungkin ada emas untuk membantu.
Apa-apa pun duit kena ada, barulah lebih mudah dan tenang nak survive dengan anak-anak. Kalau takde duit, memang struggle sangat lah.
2. Makan yang cukup.
Yer, nampak remeh, tapi dengan perut yang kenyang, banyak benda boleh settle. Nak uruskan rumahtangga dan anak-anak jadi lebih mudah. Takde nak mengamuk dan marah-marah. Perut yang kenyang atau makan yang cukup buat emosi lebih stabil.
So, kalau ada duit, ini pun membantu. Boleh beli dan masak macam-macam. Atau boleh order dan ada masa lebih untuk anak-anak dan juga rehat. Makan ni pun terapi jugak okeh. Membahagiakan selain mengenyangkan. Tapi jangan kenyang sangat, nanti malas pulak jadinya.
3. Rehat yang cukup.
Bila single ni, paling penting adalah rehat. Benda ni kalau tak cukup macam-macam penyakit boleh datang menganggu. Pertama sekali tentulah penyakit emosi. Tak cukup rehat buat badan jadi lebih mudah penat. Penat buat kita cepat beremosi dan mudah marah. Anak-anak nanti jadi mangsa.
Tak cukup rehat buat kita jadi stress, bole jadi depress, boleh jadi anxiety dan macam-macam. Mental stress ni boleh buat fizikal jadi sakit juga. So sangat bahaya, nanti takut kita pulak yang mati. Dah anak-anak terus yatim piatu pulak nanti. So tidur awal adalah sangat penting okeh.
4. Belajar let-go dan prioritize.
Single parent tak banyak masa. Kalau dulu rumah kemas yakmat, sekarang dah tak mampu nak begitu. Memang sakit hati stress jadinya, namun sometimes benda gini kena letgo demi untuk benda yang lebih perlu atau penting.
Biarlah living room semak, namun dapur bersih. Biarlah katil berselerak namun bilik air bersih. Learn to prioritize. Kita takde tangan 8 untuk buat semua benda. Masa yang ada lebih digunakan untuk rehat berbanding benda yang kau kemas sekarang lagi 15 minit dia berselerak balik.
5. Jangan bandingkan.
Okeh, ini penting tau. Elak bandingkan kita dengan kawan yang ada pasangan. Elak juga bandingkan kita dengan single parent yang lain. Setiap orang dugaan tak sama. Ada single parent anak 4 tetapi semua dah besar anaknya. Awak single parent anak 4 tapi masih kecil lagi. So apa yang dia alami takkan sama. So ambil benda yang positif dari pengalaman orang lain. Jangan dok banding sampai merendahkan kemampuan sendiri.
6. Support system yang betul.
Ok, kita perlukan kawan, saudara untuk bantu. Sometimes bukan wang ringgit, tapi support dari segi doa dan semangat. Elakkan kawan dan saudara yan selalu bagi toxic positivity. Selalu bagi nasihat, bunyi macam positif jer nasihat dia tetapi sangat tak bagus untuk kita.
Kerja dia bagi nasihat positif sahaja. Dia suruh kita bersabar, dia suruh kita bangun, dia tak bagi kita menangis, dia tak bagi kita bersedih, dia tak bagi kita down, dia tak bagi fikir negatif langsung. Semua kena senyum dan fikir positif sahaja. Ini adalah toxic positivity.
Kita manusia. Tuhan bagi pelbagai rasa dan perasaan. Ada masa kita down, maka cara nak lepas kesedihan adalah menangis. So menangislah sepuasnya dan lepas tu bangun dan carry on. Ada orang tak bagi langsung kita menangis, katanya nanti kita lemah. Pirahhhhh. Tak kena kat dia, boleh sembang.
So, cari kawan yang bila kita sedih dia datang menangis bersama. Bila kita cakap kita down, kita sedih dia akan teman kita untuk menangis. Takde dok suruh kita tahan emosi, suruh kita sabar, lawan, kuat, gagah itu ini.
Begitulah. Itu pengalaman aku yang dah 3 tahun bersendirian membesarkan 3 anak kecil ini. Itulah yang buat aku survive single parenting ni. So bagi yang selalu bertanya aku macamana aku buat, itulah jawapannya.
Semoga semua single parent di luar sana dikurniakan kekuatan dan kecekalan dalam membesarkan anak-anak di zaman yang serba mencabar ini.
Ingat, jaga diri kita terlebih dahulu kerana anak-anak hanya ada kita untuk bergantung harap. Jika kita rebah, tewas, maka seluruhnya akan gagal.
Fighting!
Sumber : Khairul Abdullah
ARTIKEL MENARIK:“Tak Nak Beli Kereta Mahal Dah. Serik….”-Dr Ni Kongsi Pengalaman Beli Kereta Bebankan Poket, Habis Duit Gaji!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club