“Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!

Share

Sejak sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65 pada 31 Ogos lalu nama ‘abam bomba’ telah menjadi sebut-sebutan selepas aksi mereka menunjukkan otot sasa ketika perarakan berjaya memukau tumpuan umum.

Lantaran itu tidak hairanlah carian berkenaan abang-abang bomba ini popular di media sosial, ramai ingin mengetahui siapa gerangan lelaki sasa tersebut.

Antaranya adalah mengenai satu perkongsian video dari @tyqaheykaa yang sedikit sebanyak menjawab teka teki netizen berkenaan status salah seorang abang bomba tersebut.

Aksi video suaminya mendukung anak ternyata menarik perhatian wargamaya hingga videonya mencatat jumlah tontonan 351.9K yang telah dimuat naik baru-baru ini di aplikasi tiktok.

Jelas tyqahaykaa, di rumah suaminya auto jadi bapak-bapak seperti suami orang lain juga yang saling membantu manjaga anak. Bahkan katanya aksi posing di atas kenderaan  bomba tempuh hari adalah atas arahan semata-mata. Di rumah tak ada nak posing-posing begitu,” tulisnya pada bahagian kapsyen sambil meletakkan emoji ketawa.

Turut menambah bahawa ketika perarakan tempoh hari dia suka menonton perarakan melibatkan anggota tentera tapi sebaliknya anggota bomba pula yang menjadi viral. ‘Aghh ghisau’. Nasib baik ada video ni. Kalau tak mesti ramai tidak tahu,” tulisnya lagi sambil tertawa.

Menjengah di ruangan komen, netizen menyifatkan dirinya sebagai seorang isteri yang cool meskipun ramai gadis-gadis membuat carian siapa anggota bomba yang terlibat dalam perarakan kerana tertarik dengan tubuh sasa anggota keselamatan tersebut.

@tyqaheykaa Asyik #fyp ja abam2 bomba sejak #harikemeredekaan haritu😅😅..tapi kat rumah depa ni auto jd bapak2 na kna mngasuh anak jugak🤣..posing2 ni arahan atasan ja..yg btl2 xda nya nk posing hahahahaah… #merdeka #bomba #abambomba #malaysia ♬ super freaky girl x luxurious – xxtristanxo

“Akak paling chill eh bila satu Malaysia crush kat suami akak HAHAHA 🤣,” tulis salah seorang wargamaya.

“Nnti bila ank akak dh besar boleh ckp mcm ni “dulu satu malaysia minat kat ayah, tapi ayah pilih mama tau”😂😂😂😂,” tulis warganet menyakat sambil tertawa.

Komen yang lain pula, “akak la pemenang sebenar HAHAHHA”

“Macam ni lah cara suami bersenam. Dukung anak 😆,” puji netizen pula apabila melihat abam bomba sebagai suami di rumah.

“Patotlaaa sadoo, duk exercise angkat anak kat rumah 🤣🤣🤣,” komen yang lain.

Sumber : TikTok @tyqaheykaa

 

ARTIKEL MENARIK : Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!