Baru-baru ini trending isu berhubung jenama “Harimau Menangis” di media sosial sehingga syarikat Noor Khan Enterprise tampil membuat penjelasan menarik balik permohonan penjenaman Harimau Menangis daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Kontroversi timbul ekoran susulan penularan sebuah video yang mendakwa pemilik bisnes tersebut menghalang mana-mana pihak menggunakan nama yang sama sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan warganet yang dijuga merupakan peniaga yang menjual produk sama. Hakikatnya nama daging harimau menangis telah digunakan sekian lama dan rasanya paling sedap dan lembut juga merupakan kedudukan dicelah tulang belakang lembu. Ada yang kata susah nak dicapai oleh mulut harimau, barangkali itu yang digelar ‘daging harimau menangis!

Terbaru Permaisuri Agong iaitu Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj juga turut terpanggil untuk berkongsi padangan mengenai daging harimau menangis ini menerusi muat naik di instagram milik banginda.

Menurut baginda Tunku Azizah, daging berkenaan adalah bahagian dari lembu. Orang johor memanggilnya daging tetel. Ini juga diketahui daripada arwah Dato Hussin.

Malah baginda sendiri turut gemar menggunakan daging tetel untuk memasak mee rebus johor.

Tunku Azizah juga mengatakan tidak salah mengunakan nama daging harimau menangis kerana bahagian daging lembu memang ada nama tersebut. Cuma nasihatnya perlu mengunakan nama hidangan lauk apabila menggunakan nama bahagian daging harimau menangis.

Ikuti perkongsian baginda Tengku Azizah.

“Di Johor Kita Sebut Daging Tetel,” Tunku Azizah Turut Kongsi Masak Daging ‘Harimau Menangis, Siap Guna Untuk Hidangan Mee Rebus Johor.

“Memang ada bahagian lembu yang org sebut ” daging harimau menangis ” atau di Johor kita sebut daging tetel ….. dan Aruah Dato Hussin pernah hantar kpd saya …. dan dia cerita kepada saya ” bahagian yg paling sedap sampai harimau pun menangis kalau tengok lembu dan akan makan bahagian itu dahulu ” ….. saya selalu gunakan utk masak mee rebus johor … bahagian ini memang sedap sekali …… Ibu neelofar @noorkartini tdk salah …. cuma nama masakan itu sepatutnya “daging lembu harimau menangis masak ……….??? “… name the dish ….. dia tidak salah kerana ada bahagian lembu yg di panggil ” harimau menangis ” ….. saya harap semua faham dan terima penjelasan dari saya ….. mungkin org muda tdk tahu , tapi kalau tanya org tua… dia tdk salah ! cuma saya nak tahu , tetel tu dari bahagian mana … is it the belly ? @noorkartini tdk salah, cuma kena “name the dish” using daging harimau menangis ….. i maybe wrong, but to me tetel and harimau menangis is from same part …. kalau saya salah tolong betulkan …. pokok nya memang ada bahagian lembu yg di panggil ” harimau menangis” … seperti juga sy menangis kalau tengok lamb shank.

Ads

 

Sebenar nya, daging harimau manangis ialah bahagian dari lembu, kalau orang johor dia panggil daging tetel .. Aruah dato hussin beritahu saya.

Daging harimau menangis atau tetel, lembut dan berlemak ….Dato Hussin hantar kepada saya untuk hari raya.

Kalau orang johor buat dalcha, singgang atau asam pedas atau soup.
Memang ada bahagian lembu yang di panggil harimau menangis kerana apabila harimau nampak lembu ia akan menangis melihat bahagian itu. 

Seperti juga daging batang pinang atau musir .bahagian harimau menangis memang sedap, lembut… lemak campur daging. Tidak salah sebut daging harimau menangis kerana itulah nama bahagian itu .. tetel.

Ads

Nyata perkongsian Tuanku Azizah menjadi tumpuan rakyat. Malah ada yang berkongsi mengemari daging tetel.

“Ye betul tu tuanku..klau kat kedah bhagian tetel tu org kedah panggil harimau menangis.

“Sedapppnya tetel .. asam pedas tetel . Bru tahu cerita abt daging harimau menangis ni namanya dr mana..

Ads

“Sedapnya asam pedas tetel Johor… Ngan sup tetel… Rindu nak balik muo..

“Johorean mmg sebut Tetel,

“Tuanku buat saya rindu dgn dalca tetel mama saya… sedap tu.” antara komen warganet

Sumber: Airtangan_tunkuazizah

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI