“Di Hari Jumaat Penuh Rahmat, Perginya Anak Syurga.” Derita Kanser Otak Tahap 4, Adik Ahmad Danial Meninggal Dunia

Share

Tiga minggu yang lalu, arwah berpeluang mencapai impiannya untuk menjadi anggota bomba. biarpun dalam keadaan yang tidak berdaya,  adik Ahmad Danial Ahmad Suhairi berpeluang  memakai uniform dan menaiki jentera bomba.

 

Namun pagi ini, khabar duka diterima adik Ahamd Danial disahkan meninggal dunia akibat kanser otak Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat awal pagi tadi.

Berita itu dikongsikan oleh pengerusi Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (Pesona) menerusi laman Facebook miliknya pagi tadi.

Inalillahiwainailahirojiun
Selamat berpulang, anakanda Danial.
Al Fatihah.

Ahmad Danial Ahmad Suhairi
2/2/2012 – 25/10/2019
Kanser otak DIPG

Berita sedih ini turut dikongsikan oleh pihak Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Irsyad,  yang turut menyampaikan salam takziah kepada seluruh keluarga adik Ahmad Danial.

Allah menjemputnya pulang di hari Jumaat yang mulia. Semoga keluarga almarhum Ahmad Daniel tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Jenazah akan dibawa pulang ke rumah neneknya di Beserah untuk disemadikan di sana.

Tenanglah kamu di sana wahai anak syurga..
02.02.2012-25.10.2019

Sumber: Wan Shahriza & SR Islam Al-Irsyad Balok