Diarah Cuti Tanpa Gaji, Nekad Jual Sambal Belacan. Perniagaan Laris, Wanita Ini Kongsi Petua Sambal Sedap Dan Tahan Lama.

Share

Rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Pandemik yang melanda negara memberi kesan kepada pelbagai sektor sehingga ada yang diberi arahan bercuti tanpa gaji.

Hilang punca pendapatan secara tidak langsung akan memberi kesan kepada ekonomi keluarga.

Bagi puan Ana Hawana situasi yang diami itu telah memotivasikan diri untuk melakukan jualan untuk menambahkan pendapatan keluarga.

Siapa sangka, jualan sambal belacannya mendapat perhatian dan laris jualannya.
Bersyukur dengan kurniaan rezeki, dia tidak lokek untuk berkongsi petua untuk menjadikan sambal belacan lebih sedap dan tahan lama.

Ikuti perkongsian beliau.

Sambal Belacan. Nampak mcm “busok” je kan tajuk dia . Tapi, ini kalau dah makan….kalau tak tambah nasiik, tak tenang idup kau 1 hari tu. Siapa-siapa yang allergy belacan tu kakak mintak mahap la ye .

Kakak kalau sekali buat penuh semangkuk taufufa tu. Sejak 15 tahun kawen dgn abang, stock sambal belacan mmg 24 hours tak boleh putus kt umah ni. Abang kau mengaruk mcm mak ayam hilang anak. Tak kira lauk. Puuun dia bubuh sambal belacan. Asam pedas pun dia bilas sambal belacan. Sampai budak2 ni pun dah ikut2 perangai bapak diaorg. Wellll…Johorean.Tak pedas…tak Johooor la ek.

MCO yang tak tau bile nak sudah ni. Keje kakak pun effected jugak. Ni dh msuk 2 bulan kakak tak keje. Kene amik unpaid leave. Ape nk buat. Rezeki keje kt office buat masa ni Allah suruh off dulu. Stay kt umah jaga anak2. Since baby smua besar kt umah orang je . Asik merunggut dgn abang kau. Takde chance nk besarkan anak2. Tu kan..Allah dh dengar. Dari Account Dept sekarang kakak masuk Dept Oil & Gas pulak hahahahah!

Jual sambal belacan laris

Mula-mula syok jugak dduk umah. Masuk 2 weeks kakak dh start tepu. Pening pikir income pun ye jugak. Last2 pikir punya pikir kakak nekad. Tryla buat & jual sambal belacan. Budak2 ni siap gelakkan kakak. Serious la Ma nk jual sambal belacan???!!

Bukanla kakak confident sgt. Tapi kakak rasa 15 tahun asyik buat sambal belacan je. Kakak mcm dh boleh jdik “engineer” sambal belacan kot .

Alhamdulilah, day after day ramai dh jadik peminat sambal belacan kakak. Ramai jgk repeated order. Dari melayu sampai chinese, indian even org sabahan pun ade beli.

Syukur!!! Rezeki Allah tu luas. Mase mula2 kene cuti keje tu. Kakak sedih jgk. Tapi pujuk2 hati sendiri. Bkn boss kakak yg bg rezeki. Tapi Allah. Ingat..simpan dalam hati! Tapi kadang2 hmmm emosi jgk, biasela kakak manusia biase 

Inilah belacan kepala baby

Tadi jiran sebelah panggil kt tembok tepi. “Naaaa..ekau nak belacan tak?” Adik aku bagi ni. Amik je. Kau boleh buat jual sambal kau tu. Ya Allah! Terkejut kakak. Gilaaaa besooo . Dia ckp belacan kepala baby. 1st time kakak nmpak belacan beso gitu. Beli kt LAZADA plak tu. Kau raseeee? Terima kasih Allah, rahmat & rezeki dikelilingi orang yg baik2. Semoga murah rezeki smua. Amin.

Petua dan Resepi Sambal 

Lesung batu

Bahan A
Cili padi ( pedas ikut level sendiri)
Cili merah besar
Cili hijau besar
Bwg besar
Bwg putih
*goreng semua

Bahan B
Ikan bilis ( xyah byk..buat rase2 je..klu byk boleh jgk..jdik smbal totok)


Belacan
Goreng asing2

Garam/Gula
Limau kasturi (optional)

Tumbuk semua bahan A, sampai lumat. Last msuk bahan B tumbuk kasar2 je. Perasakan gula garam.

Petua tahan lama

Petua nak smbal tahan lama. JANGAN PERAH LIMAU dalam bekas yang sama. Perah asing. Amik dlm bekas lain ikut nk makan berapa banyak. Then baru perah limau. Simpan dalam icebox..bukan kt Freezer tau..kt bawah je..
In shaa Allah sambal boleh tahan lama 1-2 weeks. Selagi tak abis

 

Huh? Tak takut ke share resepi? Nanti orang  tiru buat jual jgk. Eeeh taklah. Rezeki dari Allah. Sedap atau tak, pun atas izin Allah. Kakak ikhlas & halalkan. Buat la..sedap ni.

Keluarga: Bagusnya kakak ni, tak lokek ilmu masakan. Makin murah rezeki kak!

Sumber: Ana Hawana