Rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Pandemik yang melanda negara memberi kesan kepada pelbagai sektor sehingga ada yang diberi arahan bercuti tanpa gaji.
Hilang punca pendapatan secara tidak langsung akan memberi kesan kepada ekonomi keluarga.
Bagi puan Ana Hawana situasi yang diami itu telah memotivasikan diri untuk melakukan jualan untuk menambahkan pendapatan keluarga.
Siapa sangka, jualan sambal belacannya mendapat perhatian dan laris jualannya.
Bersyukur dengan kurniaan rezeki, dia tidak lokek untuk berkongsi petua untuk menjadikan sambal belacan lebih sedap dan tahan lama.
Ikuti perkongsian beliau.
Sambal Belacan. Nampak mcm “busok” je kan tajuk dia . Tapi, ini kalau dah makan….kalau tak tambah nasiik, tak tenang idup kau 1 hari tu. Siapa-siapa yang allergy belacan tu kakak mintak mahap la ye .
Kakak kalau sekali buat penuh semangkuk taufufa tu. Sejak 15 tahun kawen dgn abang, stock sambal belacan mmg 24 hours tak boleh putus kt umah ni. Abang kau mengaruk mcm mak ayam hilang anak. Tak kira lauk. Puuun dia bubuh sambal belacan. Asam pedas pun dia bilas sambal belacan. Sampai budak2 ni pun dah ikut2 perangai bapak diaorg. Wellll…Johorean.Tak pedas…tak Johooor la ek.
MCO yang tak tau bile nak sudah ni. Keje kakak pun effected jugak. Ni dh msuk 2 bulan kakak tak keje. Kene amik unpaid leave. Ape nk buat. Rezeki keje kt office buat masa ni Allah suruh off dulu. Stay kt umah jaga anak2. Since baby smua besar kt umah orang je . Asik merunggut dgn abang kau. Takde chance nk besarkan anak2. Tu kan..Allah dh dengar. Dari Account Dept sekarang kakak masuk Dept Oil & Gas pulak hahahahah!
Jual sambal belacan laris
Ads
Mula-mula syok jugak dduk umah. Masuk 2 weeks kakak dh start tepu. Pening pikir income pun ye jugak. Last2 pikir punya pikir kakak nekad. Tryla buat & jual sambal belacan. Budak2 ni siap gelakkan kakak. Serious la Ma nk jual sambal belacan???!!
Bukanla kakak confident sgt. Tapi kakak rasa 15 tahun asyik buat sambal belacan je. Kakak mcm dh boleh jdik “engineer” sambal belacan kot .
Alhamdulilah, day after day ramai dh jadik peminat sambal belacan kakak. Ramai jgk repeated order. Dari melayu sampai chinese, indian even org sabahan pun ade beli.
Syukur!!! Rezeki Allah tu luas. Mase mula2 kene cuti keje tu. Kakak sedih jgk. Tapi pujuk2 hati sendiri. Bkn boss kakak yg bg rezeki. Tapi Allah. Ingat..simpan dalam hati! Tapi kadang2 hmmm emosi jgk, biasela kakak manusia biase
Inilah belacan kepala baby
Ads
Tadi jiran sebelah panggil kt tembok tepi. “Naaaa..ekau nak belacan tak?” Adik aku bagi ni. Amik je. Kau boleh buat jual sambal kau tu. Ya Allah! Terkejut kakak. Gilaaaa besooo . Dia ckp belacan kepala baby. 1st time kakak nmpak belacan beso gitu. Beli kt LAZADA plak tu. Kau raseeee? Terima kasih Allah, rahmat & rezeki dikelilingi orang yg baik2. Semoga murah rezeki smua. Amin.
Petua dan Resepi Sambal
Lesung batu
Bahan A Cili padi ( pedas ikut level sendiri) Cili merah besar Cili hijau besar Bwg besar Bwg putih *goreng semua
Bahan B Ikan bilis ( xyah byk..buat rase2 je..klu byk boleh jgk..jdik smbal totok) Belacan Goreng asing2
Ads
Garam/Gula Limau kasturi (optional)
Tumbuk semua bahan A, sampai lumat. Last msuk bahan B tumbuk kasar2 je. Perasakan gula garam.
Petua tahan lama
Petua nak smbal tahan lama. JANGAN PERAH LIMAU dalam bekas yang sama. Perah asing. Amik dlm bekas lain ikut nk makan berapa banyak. Then baru perah limau. Simpan dalam icebox..bukan kt Freezer tau..kt bawah je.. In shaa Allah sambal boleh tahan lama 1-2 weeks. Selagi tak abis
Huh? Tak takut ke share resepi? Nanti orang tiru buat jual jgk. Eeeh taklah. Rezeki dari Allah. Sedap atau tak, pun atas izin Allah. Kakak ikhlas & halalkan. Buat la..sedap ni.
Keluarga: Bagusnya kakak ni, tak lokek ilmu masakan. Makin murah rezeki kak!
Paling ‘mahal’ kalau nak mencari pisang atau cempedak goreng tepi jalan semestinya kriuk kriuk atau bancuhan tepungnya itu. Jika dapat kedai yang sedap, semestinya akan ulang beli lepas ni!
Tapi…. Sesekali buat sendiri apa salahnya untuk makan satu keluarga, betul tak?Ikut je resipi peniaga ni, katanya dah guna resipi ni untuk berniaga hampir 20 tahun! Fuhh lama tu.. Jom ikuti perkongsian dari saudara Yayar B. Awang Noh di bawah.
Resipi Bancuhan Cempedak Rangup & Pisang Goreng
Tepung bancuhan ini yg keluarga saya buat niaga hampir 20 tahun. Jom makan petang bertemankan cempedak goreng. Untuk cempedak bancuh kasi pekat sedikit dari pisang..
Bahan-bahan:
Tepung beras 2 cawan (apa-apa cap)
Tepung gandum suku cawan
Serbuk kunyit setengah sudu
Kapur makan secubit
Gula sesudu besar
Garam sesudu @ secubit
Telur ayam atau itik sebiji
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan.
2. Kacau sehingga sebati. Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan.
3. Masukkan cempedak ke dalam adunan dan gaul hingga bersalut rata.
4. Sedia untuk digoreng sehingga rangup.
Memasuki minggu kedua, ibu-ibu pasti dah mula rasa bosan dan buntu untuk menyediakan menu buat anak-anak.
Menu Rendang Ikan Tongkol ni memang ‘rare’ tapi kalau cuba dan rasanya memang lain daripada yang lain. Sedap tak ingat!
Wajib cuba resipi yang dikongsikan oleh Laila Safiah di facebooknya ni. Wajib cuba!
Makanan feveret kami sekeluarga .. kalau beli ikan kayu atau ikan tongkol, mesti mak buat rendang pedas ikan kayu ni. Sedap ni buat berbuka puasa.
Idea berbuka resepi mak saya
Rendang Pedas Ikan Kayu
Bahan-bahan:
Ikan kayu seekor (anggaran 600gm)
4 ulas bawang kecil – hiris nipis
2 btg serai besar (hiris dan tumbuk)
8 biji cili kering + 5 biji cilipadi merah – kisar
Sehelai daun kunyit saiz besar – hiris mayang
3 keping asam keping
250ml santan
1sk gula
1/2 sk serbuk kunyit
Garam secukup
Wajah manisnya sering menghiasi dada akhbar mahupun majalah sebagai model busana muslimah sedari awal 2015 lagi. Siapa sangka, dari model dia melangkah ke hadapan dengan mencuba bidang lakonan.
Sementelah kini, penonton sudah mengalu alukan kelibat insan seni bertudung. Lihat sahaja pelakon yang sudah punya nama dan terkenal tetapi berhijab seperti Mira Filzah, Ummi Nazeera, Zulin Aziz, Wan Sharmila, Elfira Loy dan ramai lagi.
Kini, pemilik nama Husna Mustafa mula dikenali ramai. Siapa sangka, rupa-rupanya Husna sudah punya dua orang cahaya mata. Namun, pengarah dan penerbit berani meletakkan namanya sebagai teraju utama berjudul Mencari Kiblat Cinta sedang bersiaran di TV Okey
Drama 26 episod terbitan NS Star Studio milik Darling Ngasri itu turut dibintangi Syazuwan Hassan dan Shah Hazvee.
Menurut pemilik nama penuh, Sharifah Husna Syed Mustafa biarpun bermula agak lewat, dia tidak pernah menyesalinya. Malah statusnya yang sudah berkahwin juga tak disembunyikan.
“Saya berkahwin di usia 22 tahun. Kini saya sudah berusia 34 tahun. Suami pula dua tahun lebih tua daripada saya. Saya berkahwin betul betul selepas tamat pengajian di sebuah universiti.
“Kami dikurniakan dua orang anak. Anak pertama, Putera Adam Harith berusia (11) dan kedua, Puteri Adra Hana (8). Selama ini pun saya tak pernah menyembunyikan status diri dan gambar bersama dikongsi di media sosial. Saya percaya rezeki datang dari Allah. Kita sebagai manusia kena terus berusaha
“Suami pun antara penyokong kuat apa yang saya lakukan selama ini. Dia tak pernah menghalang minat saya. Daripada zaman sebelum berlakon, sibuk dengan uji bakat peragaan dan iklan komersial… dialah yang akan menemani,” katanya yang pernah bekerja sebagai pembantu makmal di sebuah universiti.
Bagaimanapun menurut anak kedua daripada empat beradik kelahiran Johor Bahru itu, pada saat memutuskan untuk terjun ke bidang lakonan, suami agak berat hati memberi keizinan.
“Pada awalnya saya percaya dia mempunyai pendirian sendiri untuk mempertimbangkan keputusan saya jadi pelakon. Saya yakinkan dia yang boleh buat (berlakon).
“Alhamdulillah hingga saat ini, dialah yang terus bagi semangat untuk saya lebih berjaya di arena lakonan. Cuma saya harus tahu batas sebagai isteri yang mencari rezeki sebagai pelakon,” katanya.
Jelas Husna yang pernah menjadi model klip video lagu Satu nyanyian Najwa Latif pada awalnya dia bergelut memastikan kehadirannya disedari.
“Maklumlah saya mula di ambang 30 an selain sudah berkahwin. Sukar juga untuk memecah tembok itu. Namun lama kelamaan peluang yang diberi saya manfaat sebaik mungkin.
“Daripada situ, ramai sedar saya menunjukkan komitmen tinggi. Cuma saya tak mensasarkan populariti, cukup jika bakat ini dapat diterima. Kalau popular itu semestinya bonus,” katanya yang turut belajar berlakon dengan pelakon Zulhuzaimy.