“Di Belakang Setiap Lelaki Yang Berjaya Pasti Ada Seorang Wanita Yang Gigih Dan Tabah.”- Tengku Zafrul Rai Ulang Perkahwinan Ke 10, Luah Rasa Bertuah Miliki Isteri Yang Memahami.

Share

Kelibatnya sering menjadi perhatian ramai apabila membentangkan ekonomi negara. Nyata sudah tentunya, Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan Malaysia iaitu Tengku Datuk Seri Utama  Zafrul Tengku Abdul Azizi.

Terbaru, pengumumannya mengenai pemansuhan syarat i-sinar bagi memudahkan pengeluaran dari simpanan akaun telah mendapat sinar kegembiraan buat rakyat Malaysia. Rata-rata memanjat kesyukuran mendepani kemelut pendemik ini yang memberi impak kepada ekonomi sebilangan besar penduduk negara ini.

Biarpun sibuk dengan tanggungjawab kepada negara, beliau tidak culas untuk santuni keluarganya. Begitu juga meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ke 10. Menerusi muat naik di Instagram miliknya berkongsi gambar dan ucapan buat isterinya yang menjadi pelengkap hidupnya .

Jauh di sudut hatinya melahirkan rasa syukur dianugerahkan isteri yang memahami kerjayanya.

Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi, sentiasa sabar dan selalu mendengar. Terima kasih kerana mendidik anak-anak, dan melayan kerenah saya. Terima kasih kerana memberi dorongan untuk saya dan memahami kekangan masa bersama keluarga terutama sejak berkhidmat di Putrajaya ini. Dalam 10 tahun ini, hanya dia yang boleh menerima saya 200%, (dengan pelbagai kekurangan diri ini!), memberi sokongan berterusan dan sering ‘bersetuju’ dengan saya, walaupun kadang-kadang saya pasti ianya sukar. ⠀



Kepada Dina – pasangan saya yang luarbiasa, tempat mengadu dan sahabat akrab saya – terima kasih atas segalanya! Benar apa yang dikatakan, di belakang setiap lelaki yang berjaya pasti ada seorang wanita yang gigih dan tabah.

 

Happy annivesary Datuk dan datin. Semoga bahagia till jannah!

 

Sumber: tzafrul_aziz