
Asam keping yang biasa digunakan untuk bahan dalam masakan, rupanya boleh digunakan dalam penjagaan kesihatan terutamanya untuk tujuan detox.
Ini sebagaimana yang diamalkan oleh Ummi Syauqina yang menurut katanya apabila mengamalkan minuman ini bagus untuk melawaskan pembuangan air besar. Jom baca perkongsiannya itu.
Nak share satu petua detox yang senang dan setiasa ada kat dapur.
Asam keping direndam dengan air suam lepas tu minum airnya, da sedekit air dalam cawan boleh tambah dan minum macam air masak
Alhamdulillah memang sangat bagus untuk cuci usus , yang susah dan tak lawas buang air besar lepas minum ni akan mudah dan sangat sesuai untuk yang dalam pantang , haid, alhmdulillah ummi dalam pantang memang mak bagi minum air ni saja nak buang air besar da tak perlu risau.
Maaf seandainya pos ni tak sesuai admin boleh delete yer , mohon jangan kencam niat nak share menda baik dah ramai cuba minum air ni dan alhamdulillah semua kata bagus.
Asam keping boleh beli kat mana mana kedai runcit insyaAllah.Ada tak yang amal minum air asam keping ni ?
Sumber : ummi syauqina via MAHN
“Email Ini Membuktikan Kasih Seorang Ayah.” Dr. Zulkifli Tersentuh Hati Lihat Harapan & Usaha Dari Ayah & Anak!

Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa. Jika sudah namanya menjadi seorang ibu atau ayah, pasti kita akan cuba untuk melakukan dan usahakan yang terbaik untuk kebahagiaan anak-anak tercinta.
Berkongsi kisah di facebook, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli berkongsi satu kiriman email yang menarik perhatiannya. Dimaklumkan kiriman email tersebut diterima daripada seorang ayah yang mahu anaknya didoakan agar diterima belajar di institusi pengajian tinggi awam setelah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM.
Namun apa yang lebih menyentuh hati adalah di mana anak tersebut kini sedang menghidapi penyakit ‘nephrotic syndrom’ (penapis buah pinggang gagal serap protien).
Ini perkongsian Dr Zulkifli di akaun fbnya.
KASIH SEORANG AYAH
Masih di pejabat, menyelesaikan beberapa tugasan, mesyuarat dan menyemak timbunan dokumen.
Saya banyak menerima emel daripada orang ramai, namun emel ini menarik perhatian saya. Seorang ayah mengirimkan emel kepada saya dan meminta saya mendoakan anakandanya disembuhkan daripada penyakit “nephrotic syndrome” dan diterima masuk ke UiTM Shah Alam.
Beliau juga ada mengepilkan keputusan SPM anakanda beliau. Subhanallah. Bijak orangnya.
Moga Allah SWT mengabulkan semua hasrat En. Raja Azman. Seorang ayah, pasti sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.
Biasanya lelaki yang bergelar ayah tidak semahir ibu dalam menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak. Tapi percayalah, dia sentiasa berusaha semampu mungkin untuk kebahagiaan anak-anaknya. Riak wajahnya mungkin tegas, tetapi siapa tahu berapa kali hatinya “menangis” untuk memastikan anak-anaknya berjaya. Emel ini membuktikan kasih seorang ayah.
Pakcik sentiasa doakan anakanda Raja Muhammad Ameir Nabil. Jangan lepaskan genggaman tangan ibu dan ayah, walaupun anakanda sudah jauh di puncak suatu hari nanti.
Sumber : Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Alami ‘Heart Burn’ Yang Teruk & Lebih Penat.” Siti Nurhaliza Dedah Alahan Yang Dialami!

Umum mengetahui akan Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal menimang cahaya mata kedua tidak lagi lagi. Dalam satu temu bual, Penyanyi nombor satu negara ini berkongsi beberapa perkara mengenai kehamilannya kali ini.
“Syukur sangat bila dapat tahu saya hamil sekali lagi, hanya Allah sahaja tahu bagaimana perasaan saya. Sebenarnya saya tertanya-tanya juga, adakah Allah akan berikan lagi saya zuriat selepas saya temui banyak kegagalan ketika melakukan proses IVF sebelum mendapatkan Aafiyah. Namun ternyata Allah terlalu baik dan saya diberi peluang hamil lagi.
Menurut Siti, terdapat perbezaan hamil bayi lelaki berbanding sewaktu beliau hamilkan Siti Aafiyah dahulu.
“Saya tiada mengidam macam-macam kerana saya tidak boleh mengambil makanan pedas. Agak sedih sedikit lah kerana saya memang peminat makanan pedas.
“Jadi kebanyakan makanan saya hanya lah sup dan masakan kampung yang ringkas.
“Saya akan mengalami ‘heart burn’ yang teruk jika mengambil makanan pedas jadi terpaksa elak makanan sebegitu.
“Hamil anak lelaki ni pula bezanya saya lebih penat dan banyak simptom ibu hamil saya lebih terasa kini.
“Selain itu, perut saya kini juga lebih besar dan berat naik agak banyak berbanding hamilkan Aafiyah dahulu,” kongsinya kepada Astro Gempak.
Tambah Siti lagi sejak hamil dia jarang masuk ke dapur kerana simptom seperti loya dan mudah penat.
“Saya jarang sangat masuk dapur lebih-lebih lagi ketika hamil trimester pertama. Saya akan loya bila bau minyak atau masakan bergoreng.
“Mengandung kali ini, saya lebih penat untuk kehamilan kali ini, mungkin juga faktor usia kerana saya akan mencecah 42 tahun.
“Selain itu, kali ini saya perasan saya lebih emosi dan mudah menangis lebih-lebih lagi jika menonton drama sedih atau membaca kisah-kisah sedih di laman sosial, ujar Tokti yang dijangka bersalin pada April tahun hadapan.
“Tapi Alhamdulilah, kini dah masuk trimester ketiga ni saya sudah mula masuk dapur untuk sediakan makanan Aafiyah atau masak untuk suami jika dia teringin nak makan masakan saya sekali sekala,”ujarnya lagi.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sumber: Astro Gempak
Ikut Cara Ini Jika Mahu Mengawal Anak-Anak Yang Suka Menggamuk.

Anak yang mengamuk, adalah seorang yang hilang kawalan. Ibarat dia sedang menghadapi badai dan taufan di dalam emosinya. Dia memerlukan sesaorang yang lebih bijak membawanya keluar daripada keadaan itu dengan selamat. Jika anda ibu bapanya, hilang kawalan sama, maka bertambah teruklah keadaan.
Dengan kata lain, anak-anak memerlukan bantuan kita terutama dalam keadaan seperti ini. Itu sebabnya marah yang melulu, tengking dan menjerit kepada mereka tidak akan memberi kesan yang positif bagi jangka panjang.Memanglah mereka diam dan NAMPAK seperti dengar cakap anda tetapi… hati dan jiwa mereka tercalar.
Berikut perkongsian oleh Ibu Rose – Mesejnya Kasih yang telah berkecimpung di dalam bidang Pembangunan Modal Insan dan pendidikan tentang bagaimana cara untuk mengawal anak yang suka mengamuk terutama mereka yang berusia 2 hingga 6 tahun:
Pertama – Jika anak hilang kawalan, anda perlu lebih tenang dan TIDAK hilang kawalan diri anda pula.
Kedua – Kaji sebab anak itu mengamuk. Jika letih, maka beri dia rehat. Jika dia kecewa, maka tenangkan emosinya. Anda perlu menunjukkan dengan lebih lagi kasih sayang anda melalui ketenangan dan kesabararan pada ketika ini kerana anak hanya mengamuk bila mereka resah.
Ketiga – Jika anak mengamuk dan anda menjerit-jerit suruh dia diam. Maka payah untuk dia diam dan ikut kata-kata anda kerana apa yang berlaku pada ketika itu menunjukkan anda tidak mengawal keadaan dengan baik. Namun, anda boleh naikkan suara anda sedikit, to match suara dia, contohnya, panggil nama dia kuat sikit, katakan nama dia Azim. Tapi BUKAN dengan nada marah. AZIM (suara agak kuat untuk match dengan suara dia). Bila anda mendapat attention dia, kemudian teruskan kata- kata anda dengan perlahan sedikit dari segi nada dan sebutan.
Empat – ajak dia menarik nafas dan anda juga menarik nafas dengan tenang dan dalam-dalam. Semasa itu Istigfar dan ajak dia Istigfar. Anak sebesar ini sudah boleh mengikut. Sebut dengan tenang. Sehinggalah dia menjadi reda.Sebelum anak reda, anda kena reda dahulu. Ini bukan masa untuk mahu memberitahu siapa yang lebih berkuasa dan kata-kata siapa yang hendak didengar.
Lima- Tenangkan diri anda dulu – Istigfar.. jangan biar iblis menyemarakkan apinya. Lihat punca mengapa dia mengamuk dan sebagainya.
Enam- Tegaskan suara anda untuk mendapat perhatian, kemudian pimpin mereka untuk menjadi lebih tenang dgn suara dan pergerakan anda yang lebih tenang, lembut, perlahan.
Tujuh- Minta izin untuk pegang/peluk dia. Jangan terus peluk. Umur begini sudah mula faham mereka. Walaupun anda berniat baik, namun, anda perlu berhemah dan jangan terus invade space mereka. You gain more respect by respecting them. Respect is earn not demanded.
Lapan- Setelah tenang baru beritahu bahawa perangai mengamuk begitu bukanlah cara yang baik untuk mendapat perhatian dan pertolongan anda. Jemput mereka untuk memberitahu resah hati mereka dengan baik dan beri mereka masa itu. Puji mereka bila mereka melakukannya.
Memang kita geram dengan perangainya pada ketika itu. Tapi ingatlah, anak kita itu tidak dilahir sememangnya degil dan jahat dan suka mengamuk dan akan mengamuk hanya untuk menyakitkan hati ibu dan bapa yang dia sayang. Fikir-fikirkan kembali mengapa pula dia hendak menjadi degil? Jawapan soalan ini memberi anda kesedaran betapa tidak baiknya kita bersangka buruk terhadap anak kita bila mereka lemah pada ketika itu.