Penjagaan Diri

Detoks Lemon Buat Perut Lega Pagi Hari, Aura Cantik Ibu Terserlah!

Share

Apa yang perlu anda tahu secawan lemon panas di pagi hari pasti terasa kesannya buat tubuh. Bukan hanya dapat singkirkan toksin dalam badan, malah lemon panas buat tubuh lebih segar dan bersemangat di pagi hari.

Bagi yang nak turunkan berat, inilah minuman anda patut ambil! Ini kelebihan anda kena tahu.

Kelebihan Lemon Panas Di Waktu Pagi

Ini kelebihan yang semua wanita kena ambil tahu bila anda ambil secawan lemon panas setiap pagi. Bukan sahaja untuk sihat, paling win, untuk kecantikan kulit dan dalaman. Hebat!

1. Cegah Dehidrasi
Perut yang kosong sepanjang waktu tidur buat tubuh kita mengalami dehidrasi. Akibatnya tubuh tidak dapat menjalankan fungsinya. Inilah yang menyebabkan adanya toksin, sembelit dan tidak kurang stress pada tubuh. Mengambil secawan lemon panas di waktu pagi dapat mencegah dehidrasi sekaligus membuang racun dan toksin dalam tubuh.

2. Singkir Toksin Semulajadi
Air lemon merupakan diuretik semula jadi yang dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan cecair bersama-sama dengan toksin. Asid sitrik yang terkandung dalam buah lemon dapat memaksimumkan enzim yang merangsang hati untuk melakukan detoksifikasi.

3. Kulit Bersinar
Bonus bagi kulit. Mengambil secawan lemon suam juga dapat menjadikan kulit yang kusam kelihatan lebih bersinar dan dapat berfungsi sebagai antioksida untuk mencegah penuaan. Jadi tak perlulah guna pelbagai produk, minum sahaja lemon setiap pagi.

4. Tubuh Lebih Kebal
Buah-buahan sitrus yang kaya dengan vitamin C dan asid askorbik yang dapat membantu mengurangkan gejala selesema dan penyerapan zat besi yang turut memainkan peranan dalam fungsi sistem imun.

5. Kurangkan Berat Badan
Sama seperti buah sitrus lain, lemon mengandungi pektin dan serat larut. Pektin membantu menghindari kelaparan manakala serat pula buat kita rasa kenyang. Ditambah pula dengan pembuangan toksin dari tubuh, buat berat berjaya dikurangkan.


3 Resipi Paling Sihat

Bagaimana penyediaan buat kita rasa tak menoleh pada minuman lain lagi? Tiga resipi ini pasti buat anda tertarik.

Lemon Halia

Bahan-bahan:
1 hiris lemon
1 batang serai
Sedikit halia
Chia Seed

1. Potong halia nipis dan rendamkan di dalam air panas bersama chia seed.

2. Perahkan sehiris lemon. Kacau rata.

3. Biarkan direndam seketika hingga air suam.

4. Sedia diminum.

Lemon Madu

Bahan-bahan:
1 hiris lemon
1 sudu makan madu

1. Perahkan jus lemon ke dalam air panas.

2. Letakkan madu dan sedia diminum.

Lemon Pudina

Bahan-bahan:
1 hiris lemon
1 batang serai
2 helai daun pudina
Sedikit hirisan timun

1. Satukan semua bahan bersama air panas.

2. Kacau sebati dan biarkan seketika.

3. Sedia diminum.