Tentu ada yang dah rindu nak main air kan? Apa lagi, jom ke Desaru Coast Adventure Waterpark. Lokasi pula strategik. Memang tempat riang ria untuk membawa keluarga bersantai di sini.

Selepas ditutup sejak 18 Mac susulan pandemik COVID-19, Desaru Coast Adventure Waterpark telah membuka semula pintunya pada 9 Julai dengan menyediakan pelbagai tawaran istimewa kepada pengunjungnya.

Menurut Pengurus Besarnya, Shahrul Nizar Ahmad, menjelaskan bahawa  Desaru Coast Adventure Waterpark tetap berwaspada walaupun jumlah covid-19 aktif telah menurun di negara ini.

Melalui kenyataan media, taman ini bakal menawarkan harga yang sangat rendah kepada pemegang Mykad yang sah sebagai sebahagian daripada penghargaan kepada rakyat Malaysia.

Ads

Utamakan keselamatan

Desaru Coast Adventure Waterpark Dibuka! Patuhi Semua SOP.

Namun dengan normal baharu ini, pihaknya tetap mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk semua pengunjung dan pekerja bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan terjamin.

Ads

Kapasiti maksimum harian turut dikurangkan kepada 1,500 sahaja daripada 5000 pengunjung sebelum ini bagi memudahkan SOP dipatuhi.

Sementara itu, tahap kualiti air dan klorin di semua kawasan taman tema akan dijaga dengan ketat dengan pemeriksaan dilakukan setiap dua jam.

Ads

Semua pekerja dan pengunjung juga digalakkan memakai topeng muka ketika tidak berada di dalam air. Untuk kemudahan pengunjung, topeng muka akan dijual di tempat-tempat strategik di seluruh taman ini.

Desaru Coast Adventure Waterpark Dibuka! Patuhi Semua SOP. Desaru Coast Adventure Waterpark Dibuka! Patuhi Semua SOP.

Inilah masanya! Jom ke sini.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI