Desakan Hidup, 5 Beranak Ni Hanya Mampu Tinggal Di Bengkel Motosikal. Semoga Ada Yang Sudi Membantu!

Share

Tiada siapa yang ingin hidup susah dan pastinya setiap antara kita mengimpikan untuk hidup di dalam keadaan yang serba serbi ada. Selain hidup di dalam keadaan kewangan yang stabil dan paling tidak ada rumah yang selesa untuk berteduh daripada hujan dan panas untuk membesarkan anak-anak.

Namun kemiskinan hidup yang dilalui oleh sekeluarga yang menetap di Kampung Parit 5 Gambut, Sungai Panjang, Selangor ini telah memaksa mereka menjadikan bengkel motosikal sebagai ‘syurga’ kediaman mereka sejak 10 tahun yang lalu.

Apa yang lebih menyedihkan memetik paparan berita yang dikongsikan di myMetro,  ‘syurga’ didiami mekanik motosikal, Zainal Abidin Mohamed, 38, isterinya, Sri Idayu Sabran, 34, serta tiga anak berusia dua hingga 10 tahun itu menunggu rebah akibat dimakan anai-anai.

Malah ketiga-tiga anak pasangan suami isteri itu pernah disengat lipan beberapa kali sebelum ini.

Usaha Buat 2 Kerja 

Bercerita lanjut, Zainal Abidin berkata, dia melakukan dua pekerjaan iaitu membaiki motosikal pada waktu siang bersama anak buah dan menangkap belut pada sebelah malam.

Katanya, semua itu dilakukan demi menyara keluarganya. Saya perlu berusaha keras kerana dua daripada tiga anak sudah bersekolah selain menjaga ibu (Aminah Ismail, 79) yang sakit darah tinggi dan tidak boleh berjalan.

“Tetapi disebabkan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pendapatan saya tidak menentu hingga menyebabkan saya tidak dapat membayar bil elektrik dan air,” katanya ketika dikunjungi Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Parit 5 dan 6 Gambut, Mas Lina Husein tadi.

Foto : myMetro

Sehubungan itu, Zainal Abidin berharap ada pihak yang sudi menawarkan kediaman yang selamat dan selesa untuk membesarkan ketiga-tiga anaknya.
“Dahulunya bengkel ini adalah rumah pusaka. Namun ia terpaksa diubah suai menjadi bengkel motosikal bagi menyara keluarga,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya ke akaun Bank Islam (12056022663230) di atas nama Zainal Abidin Mohamed atau menghubunginya di talian 017-3596683.

Sementara itu, Mas Lina berkata, kesusahan dihadapi Zainal Abidin sekeluarga sememangnya dalam perhatian pihaknya.

Katanya, beliau berharap pihak berwajib membantu keluarga itu dengan memberikan sebuah rumah demi keselesaan anak-anak.

Sumber : myMetro

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club