
Terpanggil untuk menghulurkan sumbangan setelah melihat keadaan dan kepayaan yang dilalui oleh penduduk Palestin susulan daripada serangan bertubi-tubi pihak Zionis, selebriti media sosial yang terkenal dengan Sambal Nyet, Khairul Aming memaklumkan kepada pengikutnya bahawa sebahagian daripada hasil jualan produk Sambal Nyet keluarannya akan disumbangkan kepada penduduk Palestin.
also rm10k dari jualan sambal yang sebelum ni akan kami dermakan ke tabung palestin. diharapkan sedikit sebanyak boleh ringankan beban saudara di sana 🙏🏻
— Khairulaming (@khairulaming) May 15, 2021
Turut dimaklumkan adalah waktu jualan Sambal Nyet di Shopee dan menurutnya RM10,000 yang akan disumbangkan adalah merupakan duit jualan Sambal Nyet sebelum ini.
Mengajak Orang Ramai Menderma
Tidak hanya dengan itu, Khairul Aming juga turut terpanggil untuk mengajak orang ramai sama-sama menderma dengan tabung-tabung bantuan untuk Gaza yang dinyatakan diciapan twitternya.
As recommended by a lot of people, kami dah salurkan derma tersebut ke account Tabung Cinta Gaza Malaysia. Sesiapa yg nak join sekali boleh click link ni. Sama-sama kita bantu 🙏🏻: https://t.co/cl09Kk75oS pic.twitter.com/i5FW0eBRU1
— Khairulaming (@khairulaming) May 15, 2021
Sehubungan dengan tindakan yang dilakukan oleh Khairul Aming ini mendapat pujian dan ramai warganet menyokong tindakannya itu. Bahkan ramai juga yang mendoakan agar dimurahkan rezeki buatnya.
Sumber : Khairul Aming
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Menghukum Anak ‘Online’. Antara Mendidik & Meraih Populariti.” Wanita Ini Kongsikan Impaknya kepada Anak-Anak.

Di kala ramai ibubapa menggunakan platform media sosial untuk memuatnaik gambar dan video anak-anak yang bijak, keletah, kreatif, inovatif, cergas, tangkas, kritis, dan positif, ada juga ibubapa yang memuatnaik gambar dan video yang membuka aib anak dan menjatuhkan maruah dan harga diri anak kononnya kerana hendak mendidik anak.
Seorang ibu dari Alaska yang dikenali sebagai ‘hot sauce mom’ telah dibawa ke muka pengadilan kerana telah memuat naik video dirinya yang sedang menuangkan sos pedas ke dalam mulut anak sebagai hukuman kepada anak yang berbohong kepadanya.
Dia juga memuat naik video menghukum anak dengan memaksa anak berdiri di bawah pancutan (shower) air sejuk. Tindakannya memalukan anak dengan mempertontonkannya kepada umum telah menerima kecaman yang hebat.
Adakah kaedah menghukum dan menyiarkan (punish and broadcast) ini efektif dalam mengubah tingkah laku anak?
Nor Afidah Abu Bakar dari Parent Connect Consultancy berkongsi pandangan mengenai isu ini.
MENGHUKUM ANAK ‘ONLINE’. Antara mendidik dan meraih populariti.
Apakah benar semua ini dilakukan atas nama disiplin dan kasih sayang ataupun adakah ia dilakukan kerana ayah atau ibu tersebut inginkan perhatian?
Fenomena ‘child shaming’ atau membuka aib anak ini ternyata semakin mendapat perhatian. Terdapat lebih 30 000 klip video yang memaparkan bagaimana kanak-kanak dimalukan di media sosial oleh ibubapa sendiri atas nama disiplin. Saya lihat ‘trend’ ini juga sudah menular di kalangan ibubapa di negara kita. ‘Trend’ baru ini hangat diperdebatkan kerana ia melibatkan jiwa anak-anak yang masih memerlukan bimbingan dan perlindungan daripada orang dewasa terutamanya ibubapa.
Kesilapan, kenakalan dan kedegilan anak adalah aibnya. Tidak ada manusia yang waras mahu aibnya disebarkan. Cara untuk membimbing kesilapan anak bukanlah dengan mempertontonkan hukuman ke atas anak kepada orang ramai, sebaliknya dengan nasihatinya dan membimbingnya secara tertutup peringkat demi peringkat sehinggalah dia berupaya untuk memperbaiki dirinya.
‘Shaming’ meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri kanak-kanak. Kaedah ini mungkin berkesan untuk jangkamasa yang pendek selama mana ibubapa masih ‘memegang kuasa’. Walau bagaimanapun luka yang dipendam anak boleh menghakis kepercayaan anak kepada ibubapa sedikit demi sedikit sehingga terhakisnya hormat.
Ibubapa adalah satu-satunya insan yang dipercayai anak sejak dia lahir. Walaupun satu dunia berpaling tadah, kita tahu ibubapa kita tetap akan mempercayai dan menyokong kita. Jika kepercayaan itu hilang dari dalam jiwa anak disebabkan sikap ibubapa yang gemar membuka aib anak untuk dipertontonkan kepada umum, bagaimanakah rasanya kepercayaan anak itu terhadap nilai dirinya sendiri?
‘Shaming’ bukannya kaedah yang kreatif untuk mendisiplinkan anak, sebaliknya ia merupakan satu kaedah yang destruktif. Anak yang merasa terhina akan memekakkan telinga kepada sebarang perubahan yang diharapkan.
‘Shaming’ menjadi kitaran penderaan (abusive cycle) yang akan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi, terutamanya apabila ayah atau ibu yang memalukan anak itu berkata “ Abah lakukan (memalukan kamu) semua ini kerana sayangkan kamu.”
Hakikatnya, kasih sayang sebenar akan mendorong ibubapa untuk menutup dan menjaga aib dan harga diri anak-anak. Kasih sayang seharusnya menjadikan kita ibubapa yang melindungi anak, bukannya ibubapa yang memberi ruang kepada mereka yang tidak mengetahui duduk perkara sebenar untuk mengecam dan mengeji anak kita.
Walaupun mungkin kaedah membuka aib anak ini menjadi amalan sejak turun temurun tetapi media sosial memberi impak negatif yang lebih besar kepada anak kerana aibnya ditonton oleh ramai orang termasuk yang langsung tidak mengenali si anak.
Kesan memalukan anak di media sosial berbeza dari kesan menceritakan ‘kenakalan’ anak kepada Mak Piah atau Pak Usop sebelah rumah yang kita percayai untuk meminta nasihat. Penceritaan kepada Mak Piah dan Pak Usop mungkin mencapai capaian hingga tangga rumah sahaja tetapi capaian media sosial merentasi hingga hujung benua, dari kutub utara ke kutub selatan.
Di mana anak mahu meletakkan mukanya?
Anak kecil juga mempunyai maruah dan harga diri.
Kawan-kawan mengejek dan orang sekeliling memandang sinis kepadanya.
Aib ini akan timbul kembali dari masa ke semasa seumur hidup anak kerana ia sudahpun menjadi ‘digital footprint’ anak yang tidak akan boleh dipadamkan lagi.
Tidakkah kita kisah?
Kadang-kadang dalam kita beria-ia membuka aib anak, dalam kita teruja memperolehi banyak ‘like’ dan ‘share’ di media sosial, dalam kita berbangga kerana kita dianggap oleh segelintir pihak sebagai ibubapa yang berjaya mendidik anak kerana menghukum anak, kita tidak sedar yang kita sebenarnya membuka aib diri kita sendiri kepada mata dunia.
Jika ibubapa perlu bergantung kepada kaedah membuka aib anak di media sosial supaya diadili oleh orang asing, itu bermakna ibubapa itu sendiri tidak pandai menguruskan anak-anak dan keluarga hingga menyebabkan anak menjadi susah dikawal.
Kenapa harus dipertontonkan aib kita, anak-anak kita dan keluarga kita secara sukarela kepada orang ramai sedangkan Allah SWT sentiasa menutup aib kita.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Siapa Sangka Tumbuhan Yang Satu Ni Boleh Rawat Mata Rabun, Wajib Tahu!

Semakin usia meningkat, semakin banyak penyakit yang mula menyerang kita secara perlahan-lahan. Mata yang sudah mulai rabun antara gejala utama penuaan semakin menghampiri kita. Kajian membuktikan 30 peratus daripada rakyat Malaysia menghidapi masalah ini.
Pun begitu masalah mata rabun bukanlah tanda utama masalah penuaan. Mata yang mula rabun biasanya disebabkan oleh beberapa perkara.
Antara penyebab masalah ini adalah melihat skrin komputer berlebihan, melihat objek bercahaya pada jarak yang sama, membaca sambil baring dan membaca dalam gelap. Itu sebahagian penyebab yang paling dekat dengan persekitaran kita.
Sebenarnya hal ini boleh dielakkan sekiranya kita pandai menjaga kesihatan mata kita. Beri ruang untuk mata kita bernafas sekali sekala. Pun begitu amalan petua tradisional pula janganlah kita lupa. Ini petua yang anda boleh cuba untuk pulihkan masalah rabun
anda. Jom cuba.
Ambil Jus Lidah Buaya
Salah satu usaha mujarab untuk memulihkan rabun adalah dengan mengamalkan jus daripada pokok lidah buaya. Ini bahan yang diperlukan untuk mengubati mata anda yang rabun.
Bahan-bahan:
100gm lidah buaya -kisar dan ambil jusnya sahaja
500gm kacang walnut -yang sudah ditumbuk
300gm madu
2-3 hiris buah lemon
Caranya:
1. Cuci dulu semua bahan-bahannya.
2. Buat dulu jus lidah buaya dengan sukatan 100 gram.
3. Campurkan jus lidah buaya, walnut, madu, dan lemon yang sudah ditumbuk ke dalam mesin pengisar.
4. Kisar hingga hancur dan sebati.
5. Bolehlah terus diminum.
Minum 3 kali sehari dengan sukatan 1 sudu makan sebelum makan. Lebihannya boleh disimpan di dalam peti ais. Amalkan rutin ini selama 10 hari atau sehingga penglihatan makin baik.
Ramuan ini juga tidak hanya bermanfaat bagi kesihatan mata, tapi juga bermanfaat untuk kesihatan tubuh kamu. Jika rutin ini ada kesannya pada anda, hentikan pengambilannya dan rujuklah pada doktor. Itu yang sebaiknya bagi mencegah mata anda yang mulai rabun.
Selamat mencuba!
Sumber: Petua Ibu
Beras Pulut Rahsia Cerahkan Kulit, Ini Yang Diamalkan Wanita Thailand. Patutlah Mereka Semua Cantik-Cantik.

Melihat kulit wajah wanita yang tinggal di sempadan terutama orang Siam membuatkan ramai yang cemburu. Apa tidaknya, muka mereka semuanya cantik dan paling penting kulit licin dan gebu. Jerawat? Memang susah nak cari kan.
Rupa-rupanya mereka ada rahsia bagaimana mendapatkan kulit yang gebu, cantik dan licin. Nak tahu jom baca ni!
Orang kata amalan mereka makan pulut sejak kecil dan inilah rahsianya. Ya, itu hakikatnya. Pulut Ayam yang jadi makanan popular mereka adalah menu ruji saban hari. Makan pulut macam makan nasi agaknya dan inilah rahsia kulit cantik mereka.
Jika tak mampu nak amalkan makan pulut setiap hari, apa kata kita amalkan petua buat masker daripada beras pulut yang dikongsikan Siti Zainab di facebooknya. Malah MamaAmoi juga dah cuba! Jom tengok apa bahan-bahannya.
Masker Putih Gebu
Bahan-Bahan:
4 sudu besar beras pulut
2 sudu besar Rose Bud
1 sudu besar susu tepung
Sedikit air mawar -Facemist Bunga Kampung Suzy Honey
1. Kisar kering semua satu persatu. Kisar sampai jadi halus.
2. Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna.
3. Kemudian baru titikkan air mawar mengikut tahap kepekatan. Paling penting senang nak sapu pada muka nanti.
4. Sapu pada seluruh wajah dan boleh juga digunakan pada seluruh badan.
5. Biarkan kering, sekurang-kurangnya 30 minit.
6. Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulurkan dahulu sebentar.
7. Sental kulit muka dengan perlahan-lahan.
8. Basuhlah kulit muka dengan air suam hingga bersih.
Kelebihan Masker Rose & Beras Pulut
Setelah dah cuba baru anda akan tahu hasilnya. Gabungan beras pulut dan rose bud ini buat muka jadi lebih cerah dan gebu. Malah ia juga boleh menghilangkan parut-parut jerawat serta menghaluskan lagi kulit anda. Jadi rugi kalau tak cuba!
Rose bud mengandungi dua kali Vitamin C berbanding buah oren. Susu tepung pula bagi kesan cerah dan lembap. Lakukan rawatan ini dua tiga kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.
Kredit: Siti Zainab
Foto: MamaAmoi