Semua orang inginkan sebuah keluarga bahagia dan hidup sempurna. Namun dalam kehidupan ini pasti ada cabarannya.
Begitulah keperitan hidup yang dilalui oleh seorang bapa tunggal yang menghidap kanser paru-paru tahap empat yang tinggal bersama lima anak dan ibunya yang sudah tua.
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, bapa ini hidup serba kekurangan sejak tidak berkerja dan memerlukan sejumlah RM7,000 untuk kos pembelian katil khas dan keperluan keluarganya.
Menerusi facebook sukarelawan, Natipah Abu, kongsi kisah duka keluarga ini dan sempena hari Jumaat penghulu segala hari, beliau berharap dapat meringankan beban keluarga ini menerusi sumbangan orang ramai.
Ikuti perkongsian menyentuh hati ini.
Encik Zabidi seorang ayah tunggal. Jodohnya dengan bekas isteri berakhir 7 tahun yang lalu. Kini tinggallah Encik Zabidi dan lima orang anak bersama ibunya yang sudah tua.
Asal sihat walafiat. Tiba-tiba nikmat yang kadang-kadang lupa disyukuri itu hilang dalam sekelip mata. Namun apa pun, percayalah. Allah tidak akan menguji kita di luar kemampuan.
Sebelum ini, Encik Zabidi selalu saja sakit di bahagian paha. Sangkanya sakit urat saja. Beliau hanya mengambil ubat tahan sakit yang dibeli di farmasi.
Redalah sakit untuk dua tiga hari namun kian hari ternyata .. kesakitan itu tidak menunjukkan tanda-tanda semakin berkurang pun.
Akibat sakit yang tidak mampu ditahan lagi 27 April bersamaan 4 Ramadhan yang lalu, Encik Zabidi jatuh di bilik air. Dia terpaksa dikejarkan ke hospital dan pemeriksaan doktor mendapati kaki kanannya patah. Encik Zabidi menjalani pembedahan memasang besi di kakinya. Dua minggu lamanya dia berada di wad.
Bagaimanapun, ketika diminta untuk berlatih berjalan. Encik Zabidi tidak dapat berjalan seperti biasa kerana selalu pening dan pernah pitam secara tiba-tiba.
Di situlah, doktor mula mengesyaki sesuatu dan telah membuat pemeriksaan lanjut. Hasilnya .. telah menemukan jawapan yang sangat menduka-citakan.
KANSER PARU-PARU TAHAP EMPAT YANG MEREBAK KE TULANG.
Encik Zabidi didapati mengidap kanser paru-paru dan sudah pun ditahap empat. Kanser itu juga telah merebak ke tulang.
Sejak itu, keadaan Encik Zabidi kian lemah. Pernafasannya mula terganggu. Pembedahan di kakinya masih belum pulih sepenuhnya ada jangkitan kuman dan Encik Zabidi masih perlu ke hospital utk kakinya.
SEJAK SAKIT TIDAK MAMPU BEKERJA
Encik Zabidi yang dulunya bekerja sebagai tukang rumah itu, sememangnya tidak mempunyai pendapatan tetap.
Sejak jatuh sakit .. keadaan kewangannya sangat genting. Anak-anak pula semuanya masih dibangku sekolah. Mujurlah Encik Zabidi dan ibu ada menerima bantuan dari Zakat.
Ibunya sudah tua ( 78 tahun ) dan tinggal bersama di rumah pusaka tinggalan arwah ayah itu, sememangnya tidak mampu menguruskan Encik Zabidi setara mana lagi.
Tetapi ibu itulah salah satu semangat dan sumber kekuatannya selain anak-anak yang lima orang yang berusia 20 tahun ( IKBN ) 15 tahun, 14 tahun, 12 tahun dan 7 tahun.
Kebelakangan ini, Encik Zabidi sudah hilang selera makan. Bergenang air matanya menahan sebak mengkisahkan riwayat hidupnya kepada kita.
Dia tidak dapat lari dari memikirkan masa depan anak-anak seandainya sesuatu terjadi kepada dia kelak.
Kita sangat faham tentang itu. Sedekah Jumaat kita mensasarkan RM7K untuk Encik Zabidi. RM2K utk membeli katil khas buat beliau manakala baki akan diserahkan kepada Encik Zabidi untuk menguruskan keperluan perubatan, harian dan persekolahan anak-anaknya.
Jumaat yang barakah .. kita doakan semoga Allah permudahkan segala urusan Encik Zabidi dan keluarganya.
Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Maybank Natipah Abu, 552107617521.
Kepada semua penyumbang di luar sana, kita dahului dengan ucapan jazakumullahu khairan katsira …
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Sumber: Natipah Abu
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club