Siapa yang tak kenal dengan pasangan selebriti ini. Memiliki pengikut sendiri di laman media sosial, mereka juga dikurniakan anak yang comel dan bijak. Tidak hairanlah setiap kali berkongsi gambar mahupun video, pasti menjadi tumpuan peminat.
Terbaru, pelakon dan pengacara Hanis Zalikha memuat naik perkongsian anak bongsunya, Alisa Aisyah. Menerusi video tersebut, ternyata adik kesayangan Yusuf Iskandar kini sudah pandai membaca surah lazim iaitu Al-Fatihah sehingga mencuri perhatian netizen.
Hanis atau nama sebenarnya Hanis Zalikha Zainal Rashid berkongsivideo memperlihatkan aksi Alisa yang berusia 9 bulan membaca surah Al-Fatihah dengan bantuannya.
“Alisa cuba belajar Al-Fatihah. Tengok @thealisaaisyah, bila dengar mommy suruh abang baca, baru dia pantas. Our cheeky little 1 year and 9 months old baby,” tulis Hanis di ruangan kapsyen.
Video yang berdurasi 1 minit lebih itu memperlihatkan Alisa sedang duduk di bawah meja sambil membaca surah dengan bantuan ibunya.
Biarpun pelat dan bacaannya masih belum lancar, Alisa tetap membaca surah tersebut dan tersenyum gembira selepas berjaya menghabiskannya.
Perkongsian itu membuatkan ramai melahirkan rasa kagum dan memuji cara Hanid dan Hairul dalam mendidik anak-anak mereka.
Sumber: haniszalikha