“Dengar Menangis Dalam Bilik Air Teringat Anak…” Emosi Isteri Belum Stabil, Azmi Caliph Buskers Tiada Plan Ambil Anak Angkat!

Share

Kehilangan anak yang dikandung, bukanlah sesuatu yang boleh diterima dalam jangka masa singkat, apatah lagi 10 Tahun menantikan kehadirannya.

Vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat berkongsi kedukaan isterinya, Nazirah Muhammad yang sehingga kini masih lagi belum stabil selepas pemergian si kecil, Khairul Afnan Khairul Azmi yang meninggal dunia pada 30 September lalu.

Malah, pasangan istimewa ini tidak pernah miss untuk menziarahi pusara arwah bayi mereka sehingga kini.

“Alhamdulillah sekarang saya okey, cuma saya dan isteri akan ke pusara arwah anak sekali atau dua kali dalam seminggu. Apa yang penting adalah untuk tenangkan emosi isteri.

“Bagi saya, soal kehilangan adalah masalah yang paling besar terjadi. Mungkin sebab kami menunggu zuriat sudah lama, jadi apabila dia (anak) pergi sudah pasti ia satu kerinduan berat.

“Malah, ada ketikanya dia tiba-tiba akan menangis dalam bilik air  rindukan anak, misalnya bila membaca mengenai soal cahaya mata Di Facebook atau mendengar suara anak orang lain membuatkan dia mula teringat.

“Apa yang mampu saya lakukan adalah dengan memeluknya dan meminta dia untuk bersabar atas ujian daripda-Nya,”’ ujar Azmi lagi.

Azmi berkongsi luahan tersebut ketika ditemui pada sidang media Kempen Raikan Ramadan anjuran Yayasan Maghfirah di Kajang, Selangor.

Menurutnya lagi, mereka juga tidak ini  merancang untuk mengambil anak angkat buat masa sekarang. Bahkan, dia sendiri tidak meminta isterinya menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata baru.

“Setakat ini kami sepakat untuk tidak mengambil anak angkat kerana soal zuriat perancangan Allah SWT.

“Lagipun usia kami masih mampu untuk merancang zuriat. Saya bimbang kalau ambil anak angkat nanti, tiba-tiba ada anak sendiri dan risau akan terbahagi kasih sayang itu.

“Jadi seeloknya saya tunggu saja rezeki daripasa Ilahi. Mengenai rawatan IVF pula memang ada berbincang dengan isteri tapi belum ke fasa serius,” katanya.

Azmi dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 2011.

Namun, pasangan ini hanya sempat bergelar ibu bapa selama tiga hari selepas anaknya terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September tahun lalu akibat kegagalan fungsi otak.


ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!

ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’

“Berjaya Mahramkan Musa. Dia Power.” Dah 3 Bulan Mizz Nina Masih Susukan Bayi Angkatnya, Pakar Laktasi Ni Kongsi Cerita!

BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara