Seorang remaja perempuan maut selepas dihempap sebatang pokok sebesar tiga pemeluk setinggi bangunan tiga tingkat ketika bermain di Taman Permainan Balok Baru Beserah, Kuantan, Pahang, semalam.
Menurut laporan, mangsa dikenali Aliya Zahra Mohamad Hasnizam, 14, terkorban sewaktu menyelamatkan adiknya yang berusia sembilan tahun sebelum pokok berkenaan menimpa dirinya.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian antara pukul 5 hingga 6 petang itu berlaku ketika mangsa bermain dengan adiknya di taman permainan itu ketika mengikut bapanya yang menjual burger di kawasan berhampiran.
“Berdasarkan temubual dengan adik mangsa, ketika sedang bermain tiba-tiba terdengar bunyi pokok hendak patah dan mangsa menarik adiknya keluar dari lokasi kejadian.
“Mangsa tidak sempat menyelamatkan diri dan terkena dahan pokok yang tumbang,” katanya.
Mangsa telah dibawa ke hospital oleh keluarganya dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Bapa mangsa, Mohamad Hasnizam Manan, 45, ketika ditemui berkata dia sedih tetapi reda dengan pemergian anaknya yang pergi dalam kejadian malang tersebut.
Ads
Dalam pada itu, Mohamad Hasnizam sempat meluahkan kesyukuran kerana sempat menunaikan permintaan anaknya.
“Tiada tanda pelik yang ditunjukkan tetapi sebelum kejadian arwah ada minta membawanya ke kedai kerana ingin membeli barang keperluan diri dan meminta saya bawanya makan pizza… kebetulan saya sempat tunaikan semua permintaannya,”ceritanya.
Ads
Mengulas lanjut, ketika kejadian dia bersama isterinya, Maznah Abdul Ghani, 36, sedang melayan pelanggan di gerai burger milik mereka sebelum bergegas ke lokasi kejadian apabila orang ramai datang memanggilnya.
Jelasnya, mangsa terkena pada bahagian hujung pokok dan keadaannya ketika itu tidak menunjukkan terdapat kecederaan serius tetapi hanya mengalami pendarahan di hidung.
Sementara itu, Mohamad Hasnizam menyifatkan anaknya seorang anak yang baik dan pandai menjadi adik-adiknya yang lain selain menjadi harapan mereka sekeluarga.
Ads
“Dia memang pandai jaga adik-adiknya dan menjadi harapan kami sekeluarga. Arwah juga seorang yang rajin mengaji.
“Setiap hujung minggu, arwah tidak pernah tinggal untuk pergi belajar mengaji dan saya harap adik-adiknya juga mengikuti jejak langkah kakaknya,” harapan bapa kepada tujuh anak itu.
Tidur bersama merupakan kunci keintiman hubungan suami isteri. Di sinilah juga kebahagiaan terbina. Tanpa waktu malam hari, hubungan pastinya jadi sangat hambar.
Jika pasangan muda yang baru berkahwin 5 tahun pertaman, memilih untuk tidur berasingan seharusnya carilah jalan penyelesaian secepat mungkin.
Kena buka minda dan cari punca secepat mungkin mengapa hal ini terjadi. Baik suami atau isteri, jangan sesekali ego. Sama-sama perbaiki diri.
Undang dosa
Ketahuilah bahawa menjaga hubungan dalam hubungan suami isteri diberi ganjaran pahala dan mengabaikannya juga boleh mengundang dosa. Jadi tidak salah rasanya jika anda berusaha lebih sedikit dan usah pandang ringan akan masalah ini. Berusaha untuk menambah ibadat dalam kehidupan kita.
Kenal Pasti Punca
Perkara terdahulu yang seharusnya ada berikan perhatian adalah mengenal pasti punca mengapa suami lebih selesa untuk tidur berasingan dan anda sendiri merasa selesa untuk berada jauh daripadanya setiap hari.
Jika suami lebih selesa menonton tv hingga ke malam, tegurlah dia dan ajaklah dia bersama anda di dalam bilik. Jika perlu, anda sendiri yang menemaninya menonton.
Berbincang Secara Terbuka
Ajaklah suami berterus terang mengenai masalah ini. Mungkin juga ada ketidakpuasan hati baik anda mahupun suami yang mengganggu masa untuk tidur bersama-sama.
Faktor Kerja
Ramai menjadikan alasan faktor kerja dan syif suami dan isteri yang tidak sama setiap hari sebagai alasan terbesar untuk tidur berasingan.
Cubalah ambil cuti anda sesekali dan beradalah di rumah bersamanya seketika di siang hari bagi menyemarakkan kembali hubungan anda. Berusahalah untuk mengubahnya menjadi lebih baik, seperti orang lain.
Guna Taktik Sesuai
Sesekali gunakan taktik yang bersesuaian misalnya merajuk ntuk mengusik hati si suami untuk lebih prihatin dengan anda. Namun jika cara ini tidak berkesan, cubalah cara lain yang mampu mengusik jiwanya untuk tidur di samping anda. Mungkin merangsangnya menjadi lebih drastik adalah jalan sesuai. Selidik kemahuannya.
Perbaiki Masalah Seksual
Mungkin juga suami mula menjauhi anda kerana kedinginan seks mahupun kemahuannya gagal dipatuhi anda. Siapa tahu bukan? Berbincang adalah jalannya. Namun jika seks menjadi puncanya, sebagai isteri anda seharusnya memulakan langkah agresif untuk mengubah diri anda sendiri. Ingatkan bahawa ianya satu ibadat!
Jumpa Kaunselor
Jika segala usaha menemui jalan buntu, tidak salah untuk anda dan pasangan mendapatkan bantuan daripada kaunselor untuk memulihkan masalah ini. Jangan pandang ringan kerana ia akan membinasakan rumah tangga anda untuk tempoh yang lama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mengimbau saat memulakan hidup berumah tangga, perkara biasa ramai antara kita pernah melalui fasa kehidupan yang bukan terus hidup senang seperti hari Ini.
Pun begitu, rasa bahagia dan ingin membahagiakan keluarga tetap dapat dikecapi walau sumber kewangan terhad.
Ini sebagaimana perkongsian daripada seorang suami bernama Mohd Yazid Ismail.
Ini perkongsiannya.
Gambar tahun 2009. Masa ni kami menyewa sebahagian rumah orang, kena masuk ikut tangga belakang rumah. Sewa bahagian di tingkat atas je.
Alhamdulillah boleh berteduh. Tak mampu nak sewa rumah yang lebih sempurna.
Masa nak meraikan birthday Bashir yang pertama, tapi kami tak mampu buat majlis macam orang lain. Duit untuk beli 1 kek pun kena kira betul-betul.
Saya korbankan sedikit bajet untuk beli kek. Alasan sebab nak ambil gambar sebagai kenangan. Alasan ni sedikit menyusahkan diri sebenarnya, kalau tak ada duit tak perlu la beli kek kan, tak perlu ikut trend. Tapi saya tetap beli, saya nak isteri dan anak gembira, jadikan kenangan.
Selepas lama berlalu…
Gambar ni betul-betul menjadi kenangan yang besar bagi saya. Bila tengok gambar ni, saya menangis terkenang kisah lama.
Dalam gambar ni Widyana Ali tetap senyum gembira walaupun hidup kami susah. Dia sentiasa bersabar tanpa mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan suaminya.
Alhamdulillah hidup sangat bahagia walaupun banyak kekurangan.
Dia sangat gembira dan teruja sebab saya belikan kek ni. Sampai sekarang dia ingat.
Kadang-kadang benda kecil dan murah macam ni jangan kita sebagai suami abaikan, ia memberi kenangan yang tak ternilai satu hari nanti. Terutamanya bagi orang perempuan.
Tak perlu tunggu ada duit banyak untuk bahagia. Orang yang tinggal bawah jambatan pun boleh bahagia. Yang penting, suami isteri sama-sama menghargai pasangan. Mencintai tanpa syarat. Menyayangi tanpa prasangka. Dua-dua sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik.
Apabila meraikan Syawal, seminggu selepas itu, ramai yang akan mengadakan rumah terbuka.
Namun ada yang tak sedap dengar apabila jumlah tetamu yang diundang terlalu ramai sehingga mengakibatkan ada ahli keluarga mengadu penat.
Menerusi perkongsian Ahmad fedtri Yahya, pengacara dan penulis lirik lagu terkenal ini mengutarakan isu berkaitan pengalaman rumah terbuka menimbulkan pelbagai reaksi.
Gambar sekadar hiasan
Berikutan pertanyaan tersebut, seorang anak berkongsi pengalaman ibunya yang terpaksa melayan lebih 40 orang saudara terdekat yang berkunjung ke rumah secara mengejut.
“Assalamualaikum abg fedtri. Saya minta jangan share profile saya. Saya nak kongsi cerita. Beberapa hari lepas, keluarga terdekat datang secara mengejut ramai sampai hampir 40-50 mcm tu. Ye saya faham nak beraya boleh tapi bila tuan rumah tak ready kan air cawan dia jadi celaru bila berdua je(mak ayah) kat rumah.
Gambar sekadar hiasan
Takde bagitahu nak dtg, mmgla dekat je taksampai 10min rumah diaorg tapi diorg tu dtg beraya nak jenguk mak ayah saya yg dah tua. Boleh pulak si polan ni dia jerit sini sini takdpt air lagi, cawan takcukup.
Mesti tonton: Hati wanita mana yang tidak sedih jika ini yang terjadi. Namun curang itu pilihan, setia itu tanggungjawab. Deep perkongsian Ustazah Dr Robiah K Hamzah.
Bayangkanlah dgn jumlah yg dtg tu mak saya bawak gelas kaca ulang alik. Kebetulan masa tu saya keluar beli barang dapur. Cawan mmg dah sedia tapi takde la aspect utk +-50org mcm tu. Kesian mak saya ulang alik kedapur amik cawan.
Gambar sekadar hiasan
Pada saya la kan, yg si polan tu patutnya fahamla dtg rumah org tua takpayah la nak jerit takdpt air takcukup cawan. Share share jela. Saya balik je, mak saya mengadu penat& rasa nak nangis. Ye mmg takdinafikan mak saya ada conflict dgn keluarga tu takpasti samada saje utk sakitkan hati biar mak saya penat layan diorg ulang alik ke dapur amik air,cawan.
Minta sangat semua kalau datang beraya berpada pada la, jangan sampai menyusahkan tetamu lagi lagi orang tua😭”