Menjadi kebiasaanya bila kita bercuti ke tempat-tempat menarik pasti ada sahaja gambar yang ingin diabadikan sebagai kenang-kenangan. Lazimnya juga jika ingin dibandingkan antara suami dan isteri, orang yang paling sibuk hendak bergambar adalah isteri. Betul bukan?
Benar atau tidak, namun apa yang pasti orang perempuan ni bila bergambar akan membuatkan mereka rasa bahagia.
Jika anda tidak percaya, cubalah perhatikan gelagat isteri anda bila di bawa berjalan ke destinasi menarik. Mungkin selama ini ada yang tidak perasan. Memang itulah perangainya!
Berkongsi tentang merakam foto ketika bercuti, salah seorang pemilik akaun TikTok berkongsi video yang cukup mencuri perhatian warganet. Suria Syafiqah telah berkongsi keletah orang tuanya ketika di bawa berjalan-jalan ke tempat menarik.
Kalau bergambar dengan kawan kemain sengih, bini sendiri asyik tak nak je … nanti menyesal, orang suruh bergambar buat muka
Dapat dilihat ibunya seakan bertukar ‘garang’ dan cakap direct sahaja dengan suaminya ketika sesi bergambar.
Bukan itu sahaja, malah turut diugut dengan ayat ‘nanti menyesal’ dan kemudian selamba pula berseloroh dengan suaminya.
Ini kerana difahamkan bahawa suaminya itu bila bergambar dengan kawan-kawannya rajin pula tersenyum.
Ads
Bah Wuhuuu… nanti abang menyesal takda gambar kat beca
Manakala perkongsian video berasingan, Syafiqah juga tidak dapat menahan tawanya bila melihat gelagat spontan ayahnya yang ingin pergi ke tempat lain meskipun telah dipanggil oleh ibunya untuk bergambar.
Namun akhirnya pasrah menuruti ajakan isterinya untuk bergambar kenangan berlatarkan beca.
Secara umumnya, video yang dikongsikan ini telah tular dengan memdapat sejuta tontonan di aplikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, bermacam-macam respon diberikan dan rata-rata turut mengakui begitulah ragamnya orang lelaki.
“tp mmg betul..bila ngan kwn or saudara mara,bukan main lagi senyum.tang bila ngan Bini cam kene jatuh hukuman penjara je rupanya😂😂😂😂”
Ads
“abah sy sejak pandai buat mini love,,klu begambau asik2 ada mini love,,xkira situasi😅”
“Masalahnya betul, Ayah saya pun macam ni Makcikkk”
“biasa nyer kalau bini ckp direct mcm ni..dia caring & setia..😅”
Sumber : TikTok @suriasyafiqah
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
Meskipun penceraian masih belum disahkan di mahkamah namun isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tidak menunggu lama untuk bangkit dengan kehidupan baharu malah sudah pun memulakan perniagaan secara atas talian.
Memilih untuk hidup berdikari, kata Shuhada, 29, perniagaan yang diberi nama Satu Tak Cukup by Shuhada Shukri itu diharap dapat menjadi pembuka jalan dalam menyara kehidupan bersama dua anaknya tanpa mengharapkan belas
kasihan orang lain.
“Terima kasih atas sokongan dalam perubahan hidup yang paling mencabar ini. Seperti yang semua sedia tahu, saya akan memulakan hidup sebagai ibu tunggal.
“Saya berani cakap saya tidak pernah bersemangat seperti sekarang ini. Tamparan hebat ini buat saya yakin kena lebih kental dan berdikari. Saya akan lalui semua ini. Shuhada tak mahu bergantung kepada sesiapa selepas bergelar ibu tunggal.
“Saya pilih untuk bina sumber pendapatan sendiri tanpa bergantung pada pihak berkenaan. Azam ini bukan sementara. Ini azam mutlak,” katanya.
Shuhada meluahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad yang turut disertakan dengan foto dua cahaya matanya iaitu Humairah dan Umar.
Tambah Shuhada, dengan memulakan perniagaan itu juga, dia berharap dapat mengubah pandangan sesetengah pihak yang menganggap ibu tunggal sepertinya hanya mengharapkan bantuan orang lain.
“Saya di sini untuk mengubah persepsi buruk orang pada single mother. Saya mahu keluar dari pandangan skeptikal manusia yang kata ibu tunggal selalu jadi orang yang meminta dan berharap pada manusia untuk kelangsungan hidup anak.
“Saya bukan datang dari keluarga berniaga, tetapi beruntung ada sahabat yang tidak kedekut ilmu. Jadi saya yakin boleh beri yang terbaik,” jelasnya.
Kemelut rumah tangga Shuhada dan Hafidz yang heboh diperkatakan sebelum ini menemui titik nokhtah apabila pelakon itu melafazkan cerai melalui panggilan telefon pada Rabu.
Isu antara mereka bermula apabila Hafidz dikatakan berlaku curang dan kemudian muncul wanita bernama Athira Yuhada mendedahkan pernah berhubungan dengan pelakon tersebut namun berjanji untuk tidak meneruskan hubungan mereka selain memohon maaf kepada Shuhada dan anak-anaknya.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun.
Sumber : Instagram
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kisah pasangan ini pernah tular di laman sosial selepas si isteri, Badriyah Amirullah, 26, dari Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru terpaksa bersanding seorang diri pada kenduri menyambut menantu di Teluk Intan, 17 Mac lalu.
Pasangan ini bernikah pada 18 November tahun lalu. Kenduri di rumah pengantin perempuan diadakan pada hari sama, manakala majlis sambut menantu dan persandingan di kediaman Mohamad Syaiful Izwan ditetapkan pada 17 Mac lalu.
Namun, disebabkan Mohamad Syaiful mendapat tawaran dan perlu melapor diri menjalani latihan sebagai anggota JBPM di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur Wakaf Tapai, awal Disember lalu, majlis persandingan terpaksa diteruskan tanpa pengantin lelaki.
“Mengikut perancangan awal, suaminya akan bercuti selama tiga hari untuk majlis persandingan itu dan akan kembali bertugas pada 19 Mac lalu, namun berlaku salah faham menyebabkan suami tidak dapat bercuti.
“Malu dan terkilan juga kerana terpaksa bersanding dengan berpakaian lengkap pengantin bersendirian, tetapi majlis sudah dirancang dan tetamu sudah diundang. Mahu tidak mahu terpaksa juga sanding sendirian.
Badriyah berkata, dia menganggap perkara itu sebagai ujian awal sebagai isteri anggota bomba dan persediaan untuknya melalui pelbagai cabaran lagi termasuk terpaksa berjauhan kerana dia bekerja di Johor Bharu, manakala Mohamad Syaiful Izwan mungkin bertugas di Selangor atau Perak.
Sementara itu, Mohamad Syaiful Izwan berkata, kejadian isterinya terpaksa bersanding sendirian berlaku disebabkan salah faham mengenai cuti pelepasan.
Katanya, semua pelatih tidak dibenarkan bercuti termasuk cuti perkahwinan, melainkan cuti kecemasan jika kedua ibu bapa meninggal dunia.
Badriyah berkata suaminya bersetuju mengadakan majlis persandingan ketiga dan kenduri menyambut menantu sebaik bercuti selepas melaporkan diri di lokasi bertugas bulan depan.
“Apa pun kami memang bercadang mahu adakan majlis persandingan sekali lagi di Teluk Intan, tetapi hanya merancang majlis ringkas membabitkan keluarga dan jiran terdekat.
“Tarikh majlis pula akan ditetapkan selepas permohonan cuti diluluskan. Cuti hanya boleh dipohon selepas JBPM menetapkan negeri dan balai bertugas awal September depan.
Tidak lengkap rasanya jika raya tiada menu yang satu ini. Selain Rendang, Lemang dan ketupat, Nasi impit adalah hidangan yang harus dan wajib dihidangkan di pagi hari raya. Enak dimakan bersama kuah lodeh, rendang, sate dan bermacam-macam lagi.
Pelbagai pilihan nasi impit segera yang dijual di pasaran. Hanya perlu merebusnya dan siap untuk dihidangkan. Tetapi, kalau buat sendiri, akan lebih jimat dan boleh hasilkan dengan banyak. Modal hanyalah plastik tahan panas, beras serta lidi sate. Mudah je!
Jom lihat langkah demi langkah penghasilan Nasi Impit homemade perkongsian dari saudari Rafiza Idayu menerusi grup Masak Apa Hari Ini (MAHN).
3. Basuh beras berkenaan. Masukkan sahaja air dalam plastik yang berlubang tu.
4. Toskan.
5. Lipatkan plastik begini.
6. Lipat kali ke dua.
7. Lubangkan guna lidi sate di bahagian lipatan.
8. Kemaskan plastik dengan menyulam lidi ke dalam lubang yang telah dibuat seperti dalam gambar. Kalau boleh elakkan penggunaan stapler kerana bullet stapler yang kecil dan halus dibimbangi masuk ke dalam makanan yang kita makan. Lagipun mengelakkan bullet berkarat masuk ke dalam makanan kita.
9. Patahkan lidi yang terlebih. Siap! Sedia untuk direbus.
10. Cara nak periksa kandungan beras begini tipnya. Pastikan kandungan beras setengah dari saiz plastik. Paras beras berada di bawah garisan bucu ke bucu plastik.
11. Masukkan air hingga 3/4 periuk.
12. Masak menggunakan api besar selama 45 minit.
13. Selepas 45 minit. Tunggu sehingga semua tekanan dah keluar sendiri, ok dah boleh keluarkan nasi impit kita.
Bagi anda yang tiada periuk tekanan, boleh juga merebus nasi impit dengan menggunakan periuk biasa sehingga ia kembang dan pejal.
Untuk periuk saiz 23cm diameter ini bolehlah masukkan 4 ketul nasi impit. Lebih jangan kerana beras akan mengembang. Dibimbangi nasi impit tak cukup terendam.
Pressure Cooker bukan macam periuk biasa yang kita boleh buka tutup ketika dimasak. Hati hati ketika mengendalikan PC.
Letak untuk penyejukan nasi impit. Kalau rupa parasnya herot beret semasa merebus, boleh ditekan dan dibetulkan kedudukan segiempatnya. Tekan sahaja ketika panas panas. Insya allah, dah sejuk nanti cantik bentuknya
Sumber: Rafiza Idayu (www.amazingayu.com) via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...