“Dengan Izin Allah, Abang Zamani Selamat..”-Isteri Kongsi Perkembangan Terkini, Netizen Tumpang Gembira!
Hati isteri mana yang tidak gusar apabila suami tercinta perlu menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit scoliosis.
Seperti mana umum mengetahui hari ini Zamani Slam telah dibedah. Berkongsi berita terkini, isteri kepada penyanyi Zamani Slam iaitu Nur Juliana Abd Rani menerisi laman Instagram telah berkongsi perkembangan terkini suaminya yang baru selesai menjalani pembedahan sekitar jam 3.15 petang, di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Isnin.
“Syukur Alhamdulillah. Dengan izin Allah Abang Zamani selamat menjalani pembedahan sebentar tadi. Terima kasih atas doa-doa buat Abang Zamani,” tulisnya
Dalam kenyataan itu juga. Juliana turut mengucapkan terima kasih atas doa peminat untuk kelancaran prosedur pembedahan berkenaan, selain menyertakan gambar bilik pembedahan di mana suaminya menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit scoliosis.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ads
Difahamkan, proses pembedahan itu mengambil masa tujuh jam dan Zamani, 51, dijangka dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Dalam masa sama, Zamani turut menjelaskan dia akan menjalani latihan fisioterapi dan tempoh pemulihan bergantung kepada tahap kekuatan antibodi dirinya.
“Mungkin saya ditahan sekitar tiga, empat hari dan selepas itu dibenarkan pulang. Doktor kata kalau nasib baik hari kedua dah boleh bawa kereta.
Ads
“Sebenarnya pembedahan ini babitkan tunjang dan ia sangat serius. Namun dua tunjang sahaja bermasalah. Yang lain okey. Cuma saya nak kena jaga saraf-saraf sahaja. Jadi harap tiada apa-apa.
“Proses pemulihan akan makan masa dua minggu hingga enam minggu. Saya akan menjalani latihan fisioterapi. Tapi untuk pulih sepenuhnya, untuk boleh bekerja semula kena ambil masa dalam dua, tiga bulan, ia bergantung pada kekuatan antibodi,” katanya.
Untuk makluman, Zamani mula menghidap penyakit tersebut sejak 2015 dan keadaan dilihat semakin teruk apabila badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tulang belakangnya melengkung.
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Unit penyaman udara mestilah diselenggara selalu supaya ia sentiasa sejuk dan tahan lama. Walaupun ia masih berfungsi dengan baik, penyelenggaraan dan servis adalah penting untuk memastikan ketahanan dan kebolehupayaan penyaman udara dalam memberi kesejukan mengikut kapasiti awal.
Untuk anda yang ingin membersihkan sendiri penyaman udara, lakukan teknik ini. Tak perlu lagi mengupah orang untuk mencuci atau melakukannya sendiri. Cukup mudah dengan tip ini.
Selepas menggguna aircond di malam hari, JANGAN matikan terus, sebaliknya lakukan langkah berikut jika mahu bersihkan penyaman udara anda sendiri:
• Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan kelajuan kipas ke tahap paling tinggi.
• Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
• Kemudian barulah matikan aircond.
Mengapa tetapkan ke mode “Fan”?
• Tujuan kita tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat. Dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) dan udara bertiup.
• Ia akan mengeringkan kelembapan dalaman unit penghawa dingin anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran dan kelembapan)
Pesanan : Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Allahuakbar….membaca perkongsian daripada Doktor Ahmad Samhan ini pasti buat kita bimbang dengan kesihatannya kini.
Jika sebelum ini, beliau banyak berkongsi info sebagai salah seorang frontliner wira negara dalam menentang virus covid-19.
Namun hari ini, dirinya pula terpaksa dikuarantin. Bersamalah kita doakan agar keputusan saringan yang dilakukan adalah negatif.
Bila dapat mesej ini, aku terus terduduk. Darah terasa berhenti mengalir.
Terus terbayang dengan jelas muka makcik chinese itu beberapa hari lepas. Dia datang kerana gula tinggi dan jatuh ditandas. Antara tanggungjawab sebagai doktor dan bagai belas kasih dari seorang anak kepada orang tua, aku angkat dia ke katil sebelum buat pemeriksaan.
Tiada batuk.
Tiada demam.
Tiada sakit tekak.
Tiada kontak rapat.
Sememangnya untuk kes begini kami tak perlu pakai PPE. Kerana stok PPE agak terhad.
Patutlah dari semalam aku rasa sakit tekak. Memang dah rasa tak sedap hati. Tiap kali ketempat kerja kerja, aku selalu berdoa moga dijauhkan dari terdedah dengan pesakit yang positif covid-19.
Rupanya hari ini giliran aku yang jadi mangsa.
Hakikatnya sudah ramai sahabat frontliner mengalami nasib yang sama. Aku dongak ke siling. Bukan sedih dan menyalahkan takdir yang berlaku. Cuma berfikir apa yang patut aku buat dulu.
Fikirkan aku ada anak kecil baru berumur setahun. Fikirkan bagaimana aku patut kuarantinkan diriku dari keluarga. Fikirkan bagaimana aku mahu beritahu abah dan ma. Semua berputar-putar dibenak fikiran ku. Buntu.
Perkara pertama yang aku buat ialah telefon isteri.
“Abang exposed dengan patient covid dan kena kuarantin. Nanti tolong sediakan bilik depan. Lepas ambil swab abang balik. Beritahuku ringkas.
“Baik,bang.” Jawab isteriku dengan ringkas tanpa bertanya lebih lanjut.
Sebelum ini aku dah terangkan pada dia andaikata aku kena kuarantin apa perkara yang kami patut buat. Sebab aku boleh agak lambat laun pasti aku pun tak terlepas. Pekerjaan dan perjuangan ini memang tanggungjawab aku pada masyarakat.
Bismillahirahmanirrahim.
Aku gagahkan langkah menuju ke tempat untuk ambil ujian covid. Tempat ini memang dikhaskan pada staff kesihatan yang dijangkiti. Kelihatan beberapa orang sedang menunggu giliran. Setakat ini sudah lebih 150 orang staff kesihatan alami nasib yang sama.
Sementara menunggu giliran, aku dail nombor telefon insan keramat.
“Assalamualaikum ma, ma apa khabar?”
“Alhamdulillah sihat. Abe (panggilan di rumah) sihat?”
“Sihat. Boleh cakap dengan abah?”, aku sengaja sembunyikan. Aku belum ada kekuatan untuk beritahu ma. Bimbang dia sedih. Aku rela beritahu abah dulu dan nanti biar dia yang sampai kan pada ma.
“Haa, abe nak bagitau apa-apa ke? Ma tu seharian duk gelisah. Dia kata tak sedap hati. Macam ada sesuatu buruk yang jadi.” Abah memangnya cukup faham kalau aku minta bercakap dengan dia. Mesti ada sesuatu.
Ma pula memang dengan naluri seorang ibu yang memang sudah Allah hadiahkan. Gerak hatinya sangat kuat. Tak sempat aku beritahu dia seolah-olah dah tahu segalanya.
“Dr Samhan”
Nama aku dipanggil oleh petugas.
Selepas beri semua butir peribadi,aku melangkah ke tempat ambil ujian. Aku lihat batang lidi yang panjang dan dihujung ada kapas (cotton bud).
Batang lidi dimasukkan dalam hidung, lama kelamaan makin dalam. Di jolok sampai sentuh dinding belakang. Tanpa sedar aku tolak tangan petugas itu. Tak tahan!
Berair mata aku dan terus berdenyut kepala. Kelihatan ada darah dihujung kapas. Aku tak salahkan petugas. Itu memang tekniknya untuk pastikan ketepatan keputusan. Selama ini aku yang buat pada pesakit sekarang giliran aku pulak. Baru kau rasa Samhan!
Hari ini adalah hari kedua aku dah dikuarantin. Kedengaran suara anak-anak bermain dari luar bilik. Rindu pula lihat gelagat mereka. Rindu nak peluk cium mereka. Rindu bau mereka. Dapat cuti dan rehat tapi tak dapat bersama mereka adalah satu penyiksaan berat.
Kedengaran suara anak sulung yang berumur 7 tahun bertanya ibunya,
“Kenapa baba tak keluar bilik? Baba taknak main dengan Umar ke?”
“Baba kena duduk dalam bilik. Mungkin virus ada dalam badan baba. Nanti kita semua kena”, ibunya cuba jelaskan.
Terus mengalir air mata aku ni.
Sesekali isteri mengetuk pintu dan letak makanan didepan pintu. Baru aku faham letihnya bila kena kuarantin. Lebih letih dari letihnya bekerja. Letih fizikal dan mental. Macam duduk dalam kubur tapi hidup. Rasa sihat tapi tak yakin. Dipaksa berehat tapi sebenarnya perasaan seperti sedang berjuang dimedan perang.
Aku hanya mampu berdoa dan bertawakal. Mungkin ini tuhan beri aku waktu untuk aku berehat sementara dari kerja dan dekatkan diri kepada Dia. Sebelum ini, solat pun terkejar-kejar kerana kesibukkan kerja apatah lagi mahu berzikir. Kini Allah beri masa selapang-lapangnya untuk buat apa yang selama ni tak sempat. Untuk DIA.
Aku redha dengan setiap ujian yang Allah berikan. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Keputusan ujian pertama sudah keluar. Alhamdulillah negatif dan hari ini aku perlu ambil ujian kali kedua. Ia diwajibkan merana ketepatan ujian ini hanya 80 peratus. Kemungkinan kemungkinan untuk positif masih ada.
Perlu bersedia. Perlu berwaspada. Bersyukur tapi jangan terlalu gembira.
Jauh disudut hati aku berdoa agar keputusan ujian kali kedua ini juga negatif. Ya Allah Asy Syafii Yang Maha Menyembuhkan, Ya Qabiidu Yang Maha Menyempitkan dan Maha Menyekat,
Kau bantulah kami semua dengan kesihatan yang baik dan cemerlang. Kami perlu berjuang membantu masyarakat Ya Allah.
Ini kisahku,tapi aku yakin ramai sahabat frontliner juga sedang hadapi situasi ini.
Bukan harapkan belas kasihan, tapi cuma ingin ceritakan realiti sebenar apa yang kami hadapi sebagai frontliner.
Virus ini semakin sukar dijejak. Hampir 80 peratus pesakit tidak menunjukkan apa-apa gejala. Itu belum lagi pesakit yang sembunyikan maklumat terdedah pada covid-19.
Kongsikan cerita pada orang lain agar tiada lagi pesakit yang sembunyikan maklumat diri dan beri kerjasama pada petugas kesihatan.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...