Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mungkin itu pepatah yang tepat bagi menggambarkan seorang pemuda tidak pernah menduga bahawa penyakit tekanan darah tinggi pada paru-parunya, atau pulmonary hypertension, telah menjadi begitu parah sehingga dia kini harus bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan oksigen setiap hari.
Memetik petikan daripada Sinar Harian, Nabil Fikri Abu Bakar, 27 berkata, tiada pilihan lain baginya selain menggalas alat oksigen seberat 10 kilogram (kg) ke mana-mana, suatu beban berat yang perlu dibawa walaupun menyedihkan.
“Saya membelanjakan hampir RM9,500 setahun. Setiap tong gas oksigen itu perlu diperbaharui setiap bulan dan menelan kos sebanyak RM630.
“Saya ada tiga tong gas untuk simpanan, ada yang beli dan dapat bantuan. Saya juga akui memang terbeban dan rimas kerana terpaksa bergantung.
Ads
“Saya inginkan kehidupan lebih baik.”
Pemuda dari Klang itu berkata, dia perlu memakai alat bantuan pernafasan selama 23 hingga 24 jam sehari tanpa henti.
“Kadang-kadang, saya kena bertahan melatih diri hidup tanpa alat bantuan ini.”
“Ini perkara yang sukar sebab saya nak hidup normal, termasuklah bekerja untuk sara keluarga dan berkahwin, sama seperti orang lain.”
TUNGGU GILIRAN UNTUK PENDERMA PARU-PARU
Ads
Lebih menyedihkan, Nabil Fikri terpaksa berhenti kerja atas nasihat pakar kesihatan disebabkan keadaannya yang semakin parah.
Tambah Nabil Fikri, dia sedang menunggu giliran untuk mendapatkan paru-paru dari penderma melalui Institut Jantung Negara (IJN).
Katanya, keadaan kesihatan dia berada di tahap yang kritikal sekali gus membuatkan pembedahan paru-paru akan berlaku bila-bila sahaja.
Ads
Nabil Fikri bersama doktor penyelia dan ahli keluarganya.
“Doktor susun nama ikut kumpulan tahap kesihatan, sama ada kritikal atau tidak.
“Nama saya diletakkan dalam kumpulan kritikal kerana sudah di tahap yang tidak boleh bernafas tanpa bantuan oksigen.
“Tetapi pembedahan ini ada risiko seperti pendarahan paru-paru, jangkitan kuman dan paling teruk boleh meninggal dunia,” jelasnya.
Justeru dia berharap pembedahan itu dapat dilaksanakan segera dengan baik dan lancar.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bapa kepada bayi yang dibekukan jenazahnya, Safwan Roshdy meluahkan rasa pilunya selepas apa yang menimpanya bayi dan dirinya sekeluarga.
Akui Safwan lagi, dia sudah pun memberikan penjelasan kepada pihak hospital namun mereka tetap berkeras menahan isteri dan mayat bayinya atas alas an bil perubatan belum dibayar.
Menerusi satu temubual di kediaman Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, bapa ini meluahkan rasa hatinya.
“Apa salah aku, apa dosa anak aku. Aku tahu anak aku tidak sempurna tapi kenapa kau buat aku sampai macam ni?
“Pada pendapat saya jika isteri saya ditahan di hospital pun, cukuplah lepaskan anak saya untuk dikebumikan. Tapi tidak, mereka tetap tahan isteri dan anak saya,” katanya sayu.
Apa yang lebih menyedihkan bila mana pihak hospital didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap dirinya dan isteri.
Peguam mewakili Safwan, Ahmad Zaharil menyatakan pihaknya mengenal pasti beberapa pemilik akaun media social yang menyebarkan fitnah terhadap anak guamnya, termasuk dakwaan bahawa Safwan tidak berkahwin.
Ahmad Zahiril melakukan semakan status perkahwinan anak guamnya melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islan Perlis (Jaips) yang mengesahkan kesahihan siji tersebut.
Terdahulu, bayi Muhammad Adham yang dilahirkan tidak sempurna dibekukan oleh pihak hospital kerana ibu bapanya tidak mampu menjelaskan kos kelahiran di sebuah hospital swasta.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Maryam Durian Kimchi ‘tayang’ baby bump, comel je perut walau sarat hamil 8 bulan. Selebriti media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering berkongsi video anak kesayangannya, Rina.
Maryam Durian Kimchi ‘Tayang’ Baby Bump
Isteri kepada selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim ini juga gemar berkongsi video menu hidangan yang disediakan untuk anak perempuan kesayangan mereka itu. Pasangan ini bakal menimang anak kedua tidak lama lagi.
Comel Je Perut Walau Sarat Hamil 8 Bulan
Melalui satu entri di laman Instagramnya, Maryam berkongsi ‘baby bump’ yang kelihatannya cukup comel. Walaupun sudah sarat hamil 8 bulan, Maryam tetap nampak berseri-seri.
Budak kecil ni buat apa dalam perut? Taekwondo ke.. kpop dance ke….Did baby kicks originally hurt this much? – tulis Maryam di ruangan kapsyen.
Untuk info, Maryam sebelum ini pernah mengalami keguguran pada Mei 2023 ketika usia kandungan baharu tiga minggu.
Terdahulu, bekas ahli fisioterapi itu memeluk Islam pada 11 Julai 2019 sebelum mengahwini Ryzal pada 15 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas serta mengurangkan risiko pelbagai penyakit.
Senaman bukan sekadar untuk kecantikan fizikal, tetapi ia juga penting untuk kesihatan mental, meningkatkan tenaga, dan memperbaiki mood. Luangkan sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk bergerak – sama ada berjalan, berlari, atau bersenam ringan. Ingat, badan yang sihat membolehkan kita menjalani kehidupan dengan lebih bertenaga dan bahagia
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian Dr Zubaidi mengenai brisk walking yang membantu kita menjaga kesihatan diri.
BRISK WALKING AMALAN TERBAIK INDIVIDU BERUSIA 50 TAHUN KE ATAS
Ramai yang beranggapan bahawa berjalan kaki adalah suatu aktiviti yang biasa, tidak boleh dikategorikan sebagai senaman.
Tetapi banyak kajian menunjukkan berjalan kaki dapat memberikan banyak manfaat jika dilakukan dengan betul. Berjalan laju (brisk walking) 2.5 jam setiap minggu dapat merendahkan risiko untuk mati lebih awal akibat serangan sakit jantung dan stroke. Risiko mendapat kanser tertentu juga menjadi rendah.
Brisk walking membantu kesihatan otak dan minda. Pemeriksaan MRI selepas melakukan aktiviti anaerobic akan meningkatkan pengaliran darah ke otak dan mengembangkan saluran darah di leher.
Jadi saya mencadangkan pengamalan berjalan kaki laju (brisk walking) 30 minit setiap hari untuk 5 hari dalam seminggu pada individu berusia 50 tahun ke atas.
Lakukan secara bersederhana dan jangan gopoh. Yang penting sabar dan istiqamah. Lakukan di awal pagi.
Bagi yang ada penyakit kronik dapat pemeriksaan dari doktor sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal.
Sebagai hadiah sempena Hari Raya dan bagi meringankan beban, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah.