Dikurniakan zuriat tidak semua melalui jalan yang mudah. Ada pasangan terpaksa berikhtiar bertahun-tahun tanpa jemu. Malah ada juga hingga perlu jalani pelbagai proses pembedahan dan melibatnya nyawa.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Wan melalui pengalaman isterinya yang berdepan saat getir hingga melibatkan keselamatan dan nyawanya demi mendapatkan permatahati dan ini perkongsiannya.
“Sayang, lapar ke?,”
Bini saya angguk kepala, masa tu badan dah penuh wayar, muka pun penuh dengan alat oksigen. Nak menangis pun ada bila tengok keadaan isteri jadi macam ni. Nak suapkan makanan tak boleh lagi sebab paras oksigen dia terlampau rendah.
Waktu melawat pulak nak habis. Lagi la saya risau sebab makanan pun saya tak suapkan lagi kat isteri saya. Last-last terpaksa serahkan makanan kat nurse, minta tolong dia suapkan isteri sebab masa melawat dah habis, saya nak kena keluar.
Saya dan isteri ambil keputusan untuk buat ivf bulan april lepas sebagai salah satu ikhtiar kami untuk dapatkan zuriat. Setiap kali hari raya, saya kesian jugak dekat isteri nak menjawab soalan sedara mara & rakan-rakan pasal zuriat.
Yelah, isteri saya memang minat budak-budak, tapi ditakdirkan dia ada Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) menyebabkan hormone dia tak stabil. Kesannya, period pun tak regular.
Ads
Tahun ni kami decide untuk buat ivf. Appointment pertama, bulan mac lepas dengan doktor pakar sakit puan di HUSM. 1 April isteri saya dimasukkan ke wad untuk procedure oocyte retrieval selepas 8 hari saya inject hormone FSH kat perut isteri saya.
Lepas oocyte retrieval, isteri saya mengadu sakit kat bahagian lower abdomen. Masa tu, perut nampak makin kembang. Kami ingatkan ada angin dalam perut, rupanya lepas doktor scan, ada air yang berkumpul kat perut. Masa tulah isteri saya start rasa sakit. Dia kena OHSS.
Nak bernafas pun tak boleh sebab air dalam perut dah terlampau banyak. Doktor terpaksa bagi bantuan oksigen untuk bantu pernafasan isteri saya. Lepas beberapa hari, keadaan makin teruk, air dah start masuk paru-paru. Isteri saya dipindahkan ke wad HDU untuk close monitoring.
Ads
Lepas 2-3 hari kat HDU, keadaan jadi makin teruk, doktor-doktor pakar semua datang tengok. Muka semua risau je tengok keadaan isteri saya.
Last-last, doktor decide untuk buat abdominal tap. Ditebuknya perut isteri saya untuk keluarkan air supaya isteri saya boleh bernafas. Lepas sehari, isteri saya masih lagi tak boleh nak bernafas. Oxygen level masih rendah. Jadi doktor decide untuk buat pleural tap pulak. Sekali lagi ditebukknya paru-paru isteri saya untuk keluarkan air.
Last sekali, isteri saya dipindahkan ke CCU untuk close monitoring 24 jam oleh nurse & doktor kat sana. Sepanjang dalam CCU, ada je orang meninggal kat katil sebelah isteri saya tu.
Ads
Masa tu saya memang risau lah sebab benda ni boleh bawa maut kot. Rasa menyesal pun ada saya ambil keputusan untuk buat ivf.
Bila tengok keadaan isteri saya masa tu, saya terus teringat kat mak. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu untuk lahirkan anak. Betapa besarnya pengorbanan isteri saya untuk usaha mendapatkan zuriat. Mental dan fizikal nak kena kuat.
Alhamdulillah sekarang isteri saya dah sembuh sepenuhnya. Perjalan ivf kami terpaksa ditangguhkan dulu sehingga lepas raya untuk bagi peluang isteri saya rehat secukupnya.
Ada 30 bijik telur yang dah disenyawakan dan dibekukan. Tunggu untuk proses seterusnya iaitu embryo transfer. Mohon doa dari kalian supaya saya dan isteri dikurniakan rezeki untuk memiliki zuriat melalui ivf ni.
Mesti ada yang tercari-cari petua untuk dapat menjadikan dapur yang sering digunakan agar sentiasa nampak berkilat macam baharu walau sudah bertahun-tahun digunakan.
Kebiasaanya bila memikirkan untuk membersihkan dapur memasak, mesti perkara utama yang kita perlukan adalah sabun pencuci. Kalau tiada bahan pencuci berkualiti tinggi mesti kita rasa mana mungkin boleh menjadikan dapur memasak bersih dan berkilat.
Tapi ada yang lupa, sebenarnya walau menggunakan bahan sedia ada di dapur juga dapat menjadikan dapur memasak dibersihkan seperti baharu.
Ini sepertimana petua yang dikongsikan oleh Dapur Pak San di dalam group Masak Apa Hari Ni.
Cara Bersihkan Dapur Berkilat Macam Baru
Langkah 1 : Tabur atas dapur baking soda dan garam.
Langlah 2 : Kemudian tuang sabun cuci piring.
Langkah 3 : Lumur bagi sema rata ke semua tempat. Tutup guna tisu dan tuang cuka. Pastikan cuka meresap dan basah.
Langkah 4 : Biarka dalam 1 jam. Selepas itu buka dan gosok guna besi pengosok periuk.
Inshaallah senang bersih kotoran degil atas dapur dapur. Untuk kuali pun boleh guna tips ini.
Ikan bilis jika di goreng makan begitu saja memang jadi pembuka selera! Malah ada yang sanggup beli yang jenis mahal untuk merasai kerangupannya.
Namun nak beli yang berkualiti agak mahal, lebih-lebih lagi jika yang buat untuk jualan. Ikan bilis jika salah beli memang akan liat dan tak rangup. Bagi yang biasa gaul dengan sambal memang kecewa hasilnya!
Apa kata ikuti petua nak buat ikan bilis kekal rangup dan tak liat seperti yang dikongsi oleh puan Liza Idris di Group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official.
Meh sini nak share petua ikan bilis goreng kekal rangup walaupun dah gaul dengan sambal tumis. Saya dah cuba banyak petua. Ternyata petua ni berkesan untuk digunapakai. Cara-cara ada pada setiap gambar.
Cuci ikan bilis dan tapis bagi betul-betul kering. Kiranya sejam sebelum masak tu, cuci la siap-siap ye. Ada yang tak cuci tau sebab takut ikan bilis jadi liat. Tak bagus gini. Seeloknya cuci dulu.
Panaskan kuali tanpa minyak, goreng sikit atau sangai sekejap je.
Resjiskan cuka ikut keperluan.
Gaul cuka dan ikan bilis bagi mesra. Saya gaul pakai tangan. Air tangan seorang isteri untuk suami gitu. Nak gaul pakai kayu golf pun boleh je
Panaskan minyak, biar betul-betul panas. Nak tahu panas atau tidak, boleh la celup jari tu. Kemudian, masuk ikan bilis yang dah gaul dengan cuka tadi.
Jika dah berkahwin, hubungan yang mesti ada dalam perkahwinan adalah saling melengkapi antara satu sama. Bukannya hanya seorang pasangan yang lakukan semua tapi dilakukan dengan bersama-sama.
Jika isteri selalu meminta tolong suami bukan mengada-ngada atau nak bermanja tapi nak memberitahu bahawa isteri sentiasa memerlukan suami dalam membina sebuah rumahtangga bahagia.
Cuba suami tak ada depan mata, tentu isteri boleh buat itu ini tanpa suami. Tapi jika nampak suami ada aje yang diminta tolong itu ini.
Jadi ini bermaknanya sikap isteri begini akan membuatkan suami rasa dirinya dihargai dan disayangi.
Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais Salim untuk kita renungkan agar dapat membina rumahtangga bahagia dan hidup harmoni.
Dari buat buat tak pandai ni la si suami akan rasa di hargai, di hormati dan di sayangi oleh isterinya.
Mohd Fhais Salim bersama isterinya.
Saya pelik, sepandai pandai isteri saya ni ada juga benda yang dia tak pandai buat.
1 – Dia pandai pandu kereta, pergi balik kerja boleh je pandu sendiri tapi bila sampai nak isi minyak, terus jadi tak pandai. Kita juga yang jadi tukang isi minyak.
2 – Dia boleh memasak, basuh pingan dan sapu sapu rumah semua tapi sampai tang buang sampah, “abg sampah dah penuh!” Setakat tu je dia pandai.
3 – Dia boleh je jaga anak sorang sorang. Mandi, makan, cebuk anak semua tak ada masalah tapi bila sampai anak bergaduh atau mengamuk “abg tolong tegur sikit budak budak ni”
4 – Dia boleh je terima kalau kita kurang layan dia, jarang gurau senda dengan dia tapi bila anak anak tak buat begitu dia cepat sentap. “Oh tang makan tidur semua cari mama, tang nak bermain cari papa!”
5 – Dia pandai je merancang. “Ok syg plan nak tanam bunga, deko rumah, buat langsir baru dan macam macam lagi la” tapi sampai tang bayar dia buat buat tak pandai.
6 – Bila anak anak cepat meragam, dia cepat je tahu apa xfaktor dia jadi begitu. Ni mesti tak cukup tidur, ni mesti dah bosan sangat, ni mesti nak main kat luar. Tapi bila sampai tang diri sendiri, “entah la, tak tahu kenapa syg rasa lemau je hari ni”
7 – Bila tang sediakan makanan dia jaguh. Rania suka makan ni, aisy suka makan ni, abg suka makan ni, semua dia sediakan. Tapi untuk diri sendiri, “abg tolong carikan …… syg teringin la nak makan”
Ini tuan puan, bukan tanda wanita tu tak pandai tapi yang sebenarnya wanita itu pandai ambil hati pasangannya.
Dari buat buat tak pandai ni la si suami akan rasa di hargai, di hormati dan di sayangi oleh isterinya.
Suami isteri saling melengkapi sesama bukan untuk melengkapi satu satu pihak sahaja. Okey!
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.