Demi Kelangsungan Hidup, Pakcik 78 Tahun Tetap Gigih Jual Air Tebu Di Tepi Jalan!

Share

Demi kelangsungan hidup, diakui sejak kebelakangan ini ramai antara  kita perlu lakukan pelbagai usaha untuk mencari rezeki. Bukan mudah untuk lalui hidup yang kian mencabar kini, apatah lagi andai sudah berusia.

Walaupun kadang kala jumlah pendapatan yang diperolehi tidaklah sebanyak mana, namun demi sesuap nasi digagahkan jua untuk bekerja.

Ini sebagaimana dapat dilihat menerusi satu perkongsian video yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook KakSah Katering Besut, memparkan seorang wargaemas berniaga air tebu di tepi jalan.

78 Tahun Masih Bekerja

Menerusi perkongsian video tersebut dapat dilihat seorang lelaki yang telah berusia 78 tahun dengan kudratnya yang semakin lemah, namun tetap diusahakan untuk mencari rezeki.

Tidak mahu hanya berserah dalam hal mendapatkan rezeki, tetap diusahakan  dengan membuka gerai air tebu di tepi jalan.

Apa yang lebih menyentuh hati,  pakcik ini menguruskan perniagaannya dengan setiap tugas seperti dari memesin tebu hinggalah membungkuskan air yang diminta pelanggan, semuanya  dilakukan sendirian tanpa dibantu oleh sesiapa.

Posting ini tular di media sosial apabila pengguna facebook mengajak orang ramai untuk membantu pakcik ini dengan membeli air tebu jualannya.

“Jom support ayoh kita jual air tebu… gerai ayoh dekat benar (sahaja)… berdekatan restoren Rumbia, pejabat agama, bengkel Kemas dan laluan pejabat Daerah Besut.

“Allah… ayoh kito ni berumur 78 masih kuat mencari rezeki. Kito anok mudo (anak muda) marilah tolong beli air tebu ayoh biar ayoh balik awal,” serunya.

Live yang berdurasi 10 minit itu juga menampakkan tangan pak cik terketar- ketar menuangkan air ke dalam cawan sambil menjawab pertanyaan lelaki yang merakam video tersebut.

Menurut perakam video, ayah telah lama berniaga di situ.

“Ayoh jual air tebu ni sejak saya masih kecil. Pernah menjual menggunakan basikal. Dulu kedai ayoh ni dilanggar… ini baru lagi ayoh buka semula.

“Sedihnya rasa… ayoh umur dah berusia masih bekerja.

“Harga air tebu ayoh hanya RM2. Ayoh pon mesin sendiri tebunya itu… marilah kita ramai-ramai membeli,” katanya.

 

Apa yang lebih sayu tatkala melihat terpancarnya kegembiraan di raut wajah tua itu apabila lelaki tersebut memborong kesemua air tebu yang dijual.

Sumber : I Muslim Network & Kelantan

Jom saksikan video menarik tentang adik-adik BK kita ni makan Ayam McD 3X pedas. Boleh tahan ke tidak? Jom saksikan.

 

Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

Lagi video menarik!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club