Memancing ikan ada yang melakukannya sekadar mengisi masa lapang dan kita boleh melakukan aktiviti ini bersama keluarga. Begitulah juga halnya bagi seorang wanita ini yang memancing ikan puyu, sepat, keli dan haruan di bendang yang bukan sahaja mengisi masa lapang sepanjang pendemik ini malah turut dijadikan sumber rezeki dengan membuat pekasam.
Noor Shahida Zolkifli, 23 begitulah empunya diri, dia sering berkongsi rakaman video memancing ikan sambil turut berpantun di kawasan sawah di Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah di aplikasi TikTok dan siapa sangka meraih puluhan ribu tontonan.
Memetik perkongsiannya bersama Mstar, menurut Noor Shahida Zolkifli, 23, dia tak pernah menyangka dirinya akan menjadi perhatian ramai, namun menganggap ia sebagai satu rezeki yang tak diduga.
“Sekarang musim memancing, sebab itu saya hasilkan video untuk tunjuk suasana kampung. Saya pun dah terbiasa sejak kecil walaupun tak minat sangat. Ditambah dengan musim pandemik, tak boleh nak pergi ke mana-mana… jadi saya buat aktiviti di sekitar rumah saja.
“Biasanya saya akan memancing dengan ayah dan jiran-jiran di kawasan sawah di belakang rumah. Biasanya akan dapat ikan puyu, sepat, lampam dan macam-macam lagi.
“Ramai orang luar yang komen video saya di TikTok. Ada juga anak perantau yang luah rasa rindu, mereka teringat kampung masing-masing bila tengok video saya,” ujarnya kepada mStar.
Buat Pekasam
Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, dia juga kini menghasilkan pekasam daripada ikan-ikan yang dipancing di belakang rumahnya.
Malah, ikan pekasam itu turut dijual atas permintaan ramai selepas dia berkongsi mengenai perkara itu menerusi media sosial miliknya.
“Jaga Ibu Ayah, Mereka Berdua 0KU…”
Disebalik video-video keindahan suasana kampung yang dikongsi, siapa sangka Ardida turut menyimpan kisahnya yang tersendiri.
Ujar Ardida, dia enggan berkelana jauh dari kampung memandangkan kedua ibu bapanya merupakan Orang Kelainan Upaya (0KU).
Kini, saya buka gerai burger depan rumah untuk berniaga malam-malam dengan ayah.
“Mak umur 56, ayah pula 52 tahun. Mereka berdua merupakan 0KU pendengaran dan percakapan. Abang saya dah kahwin dan menetap di Kulim. Jadi saya pilih untuk berniaga sebab nak duduk rumah dengan mak ayah.
“Ada juga dapat tawaran kerja di mall, tapi saya tolak. Kalau berniaga, saya tak terikat dengan masa dan sentiasa boleh jaga mak ayah. Impian saya tentunya nak bawa mereka ke Makkah.
“Saya juga sedang berusaha nak belikan kereta untuk ayah, tapi impian belum tercapai lagi,” ujarnya.
Pilih Untuk Berniaga
Menurut Ardida, dia mula berniaga kasut dan pakaian sejak empat tahun lalu.
Ardida kemudiannya mula mengusahakan perniagaan bundle sejak setahun lalu, selain menjadi runner di sekitar kampugnya.
Sejak dua minggu lalu, Ardida turut membuka gerai burger di hadapan rumah untuk menambah lagi duit poketnya.
“Saya memang minat berniaga. Selain itu saya jadi runner, tolong orang tua beli barang di sekitar kampung ini. Saya hanya ambil caj penghantaran (COD) sebanyak RM3 ke RM5 saja.
“Sebelum ini saya selalu buat live berniaga di Instagram. Kini, saya buka gerai burger depan rumah untuk berniaga malam-malam dengan ayah,” jelas Ardida yang turut mengelarkan dirinya sebagai ‘Gadis Kampung’ menerusi TikTok.
@gadiskampung_1 PUNYA BELAGAK LAST SEKALI HAMBIK KAU 🤣 #jangancuba ♬ bunyi asal – Ardida__
Sumber: mstar dan TikTok @gadiskampung_1
ARTIKEL MENARIK:Usia Muda Dah Kumpul Harta, Gadis Ni Kongsi Cara Dia Menyimpan Duit & Buat Ramai Terinspirasi!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
.