Sekali lagi perkongsian lelaki yang menggunakan gelaran #superdaddy ini menyentuh hati pembaca di laman facebooknya. Jika sebelum ini, saudara  Khairul Abdullah sering memuat naik kisah tiga anak lelakinya selain throwback kisah bersama arwah isteri, namun perkongsian kali ini mengenai ibunya cukup berinspirasi.

 

Demi Cucu Yang 10 Tahun Dinanti, Ibu Ini Sanggup Terbang Sendiri Ke German. Sungguh Berinspirasi!

Kisah ketabahan ibunya yang hidup dalam serba kesusahan namun, demi melihat wajah cucu yang dinanti selama 10 tahun, dia sanggup terbang beratus ribu kilometer ke tempat yang cukup asing, sendirian tanpa ditemani sesiapa. Namun, ibu ini selamat tiba ke destinasi tanpa sebarang masalah, biarpun dia hanya fasih berbahasa melayu. Satu kisah yang cukup mengagumkan.


Demi Cucu Yang 10 Tahun Dinanti, Ibu Ini Sanggup Terbang Sendiri Ke German. Sungguh Berinspirasi!

Itu mak, usianya 67 tahun dan masih sihat.

Mak cuma orang kampung yang sekolahnya hanya sampai darjah 4. Lari meninggalkan sekolah dan ibu tirinya demi untuk mencari ibu kandung berbekalkan RM1.20 di dalam poket.

Hidupnya susah dari kecil sehinggalah saya lahir dia masih susah. Kami tinggal jauh di ulu, tempat jin bertendang kata mak. Rumah dikelilingi hutan dan semak.

Ular, lipan, kala jengking, biawak, musang biasa berkampung di bawah rumah atau kadangkala terlepas masuk ke dalam rumah.

Ads

Mak boleh membaca, mengira dan menulis, berkat belajar sehingga darjah 4. Selebihnya mak hanya tahu buat kerja rumah dan menoreh getah.

Dunianya hanya di kebun getah atau di rumah bersama keluarganya. Jarang ke mana-mana. Kuala Lumpur hanya dilihat di kaca tv sahaja apatah lagi tempat lain di dunia.

Namun pada 2014, saya pinta mak untuk datang melihat cucunya yang baru lahir, cucu yang 10 tahun dia tunggu. Mak setuju, lalu saya terbangkan dia seorang diri ke Frankfurt, Germany.

Seorang diri tanpa ditemani siapa-siapa demi untuk melihat cucunya Khaleef.
Demi Cucu Yang 10 Tahun Dinanti, Ibu Ini Sanggup Terbang Sendiri Ke German. Sungguh Berinspirasi!

Semua orang gementar, mak yang hanya tahu berbahasa melayu dengan loghat Kedah yang pekat perlu terbang ke negara yang mana orangnya jarang sekali bercakap inggeris, apatah lagi bahasa Melayu loghat Kedah.

Ads

Namun mak sampai dengan selamat.

Dan hari itu, buat pertama kalinya mak melihat dunia. Dunia yang dia tak pernah bayangkan, dunia yang salji turun memenuhi gunung dan buminya. Dipegang dan dibaling-baling salji itu semahunya.

Luas dan indahnya bumi Allah ini katanya.

Sejak itu dia terbang sentiasa. Terbang melihat dunia.

Hari ini, mak terbang selang seminggu, berulang-alik untuk melihat cucu-cucunya. Lapangan terbang adalah destinasi biasa buat dia. Dia sudah mahir selok belok dan tahu cara di mana-mana airport pun.

Ads

Nak menghantar dan menjemput dia pun tak perlu masuk ke dalam dah, drop sahaja di pintu masuk dan dia tahu mana nak tuju dan tunggu sahaja di gate mana yang akan dia beritahu bila dia sampai nanti.

Yer, mak masih terbang seorang diri.

Dia frequent flyer.

Sesekali dia pinta untuk naik keretapi, bosan juga kerap sangat terbang katanya.

Saya mungkin menjadi orang yang pertama naik kapal terbang di dalam keluarga kami dan saya juga orang yang paling kerap travel.

Namun hari ini rekod naik kapal terbang paling banyak dipegang oleh mak.

Power mak!

#SuperMakTok

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI