Bahagia itu kita yang ciptakan bukan siapa-siapa. Itulah ungkapan yang sering kita dengar bila berbicara tentang mencari kebahagiaan hidup. Namun, untuk merasai bahagia untuk diri sendiri bukan semudah yang diucapkan buat wanita bergelar isteri dan ibu bila ketika itu sedang berada dipersimpangan delima.
Ini dijelaskan sendiri oleh Peguam Syarie Fahmi Ramli ini yang mengatakan lazimnya demi anak ramai ibu memilih untuk terus bertahan dalam derita.
Apa yang cuba disampaikan olehnya menarik perhatian warganet untuk memahami situasi atau realiti kehidupan.
Ini perkongsiannya;
Tanyalah mana-mana isteri sekalipun, siapa saja yang sanggup nak kahwin tapi menderita dalam perkahwinan. Semua orang tak nak.
Di luar sana saya percaya ramai wanita yang kini, dialah ibu dan dia jugalah bapa kepada anak-anaknya. Bukan kerana dia ibu tunggal, tapi keadaan dia yang membuatkan seolah-olah dia ibu tunggal.
Ibu itulah yang uruskan hal ehwal anak-anak sendirian, ibu itu jugalah yang bekerja siang malam untuk cari nafkah kepada anak-anak. Ada sebilangan kecil yang mungkin dia terpaksa lakukan begitu sebab suami lumpuh, sakit, kematian suami dan hal-hal yang tak dapat dielakkan.
Tapi,
Ads
Lebih teruk bila dia jadi ‘Ibu Tunggal’ menanggung segala perbelanjaan diri dan anak-anak, WALAUPUN wanita itu sebenarnya ada suami. Ada beberapa contoh mengapa ibu yang tanggung segala perbelanjaan anak walaupun ada suami yang sihat:
1. Suami banyak hutang peribadi
Kadang-kadang banyak suami yang terpaksa abaikan tanggungjawab menyediakan nafkah wajib kepada anak isteri disebabkan banyak buat Personal Loan, Overlap loan, kereta mahal lebih daripada kemampuan, hutang kad kredit dan macam-macam hutang lain lagi.
Perkara ini berlaku disebabkan lelaki itu sebelum kahwin tidak ada perancangan kewangan yang betul bagaimana nak survive dalam kehidupan selepas kahwin. Dan ada juga disebabkan, hutang yang tinggi ini disebabkan nafsu sendiri seperti nak pakai kereta mahal, hingga bayaran bulanan lebih daripada RM1000, sedangkan gaji baru dalam RM2500.
2. Suami banyak membazir
Pembaziran ini sangat kerap berlaku. Kadang-kadang, benda yang tak patut beli pun dibeli juga. Contohnya, bayaran bulanan Astro/Netflix. Itu satu kehendak sahaja. Kalau tak ada pun, masih boleh hidup. Satu lagi, yang paling ketara adalah, pembelian rokok atau vape. Walaupun ada banyak pandangan ulama’ sudah sebut Haram, tapi, masih lagi ada pembaziran untuk perbelanjaan rokok setiap bulan. Pembaziran itu berlaku bila, benda yang tak diperlukan, kita tetap nak beli. Ia masih berkaitan tentang nafsu.
Ads
3. Suami tak bekerja/malas
Ini satu perkara yang paling membuatkan wanita takut nak berkahwin. Bila dapat suami yang malas nak kerja, atau bila dah tak cukup pendapatan tapi tak mahu usaha lebih untuk cukupkan keperluan anak isteri.
Kadang-kadang masih ada lagi suami yang tahu kahwin saja, tapi segala perbelanjaan isteri dan anak-anak, mak dan ayahnya yang tanggung. Ishhh, malu sangatlah kalau nak kahwin, tapi tak mampu berdikari. Lebih baik tak payah kahwin kalau macam tu. Biasa sangat jadi anak manja kalau macam ni.
4. Suami ada banyak isteri
Sepatutnya, orang yang poligami kena ada banyak duit. Sebab setiap bulan mesti banyak perbelanjaan untuk dirinya, isteri-isterinya dan anak-anaknya. Ye lah, lebih besar periuk, lebih banyak keraknya.
Cuma, ada sebilangan suami, yang tak ada kemampuan kewangan pun, tapi nak kahwin lebih juga. Tak boleh cara baik, dia nikah pula dekat Siam. Tak boleh pergi Siam, nikah pula cara sindiket. Lepas tu, anak isteri sedia ada terabailah dari sudut nafkah. Ye la kan, ada isteri baru.
5. Bekas suami jahil
Bila sudah berpisah, biasanya anak-anak diletakkan di bawah jagaan ibu. Jadi, ada sesetengah lelaki yang tak faham, walaupun diterangkan berkali-kali. Hak jagaan tetap di bawah ibu, bapa pula wajib bagi Nafkah.
Ada yang faham, mudah. Tapi bila ada yang tak faham, dia akan mengelak dan buat tak tahu saja bab perbelanjaan wajib anak. Lelaki ini selalu akan cakap, “dah mak dia yang jaga, mak dia la yang tanggung.” Kemudian bila bawak tuntutan ke Mahkamah, mulalah nak marah-marah dan cari seribu satu jalan elak bayar nafkah.
Ads
Kenapa ramai wanita tak mahu cerai sebab anak?
Biasanya jawapan yang akan saya dapat adalah bimbang anak itu dibesarkan tanpa bapa.
?????? Saya pun bingung sebenarnya…Adakah bapa kepada anak tersebut akan mati kalau mereka berpisah?
Mungkin pada saya, ramai orang tak nak pisah kerana anak ada sebabnya tersendiri. Cumanya, semua ini bergantung kepada wanita tersebut. Sekiranya, dia sanggup beri peluang untuk suaminya berubah, maka berikhtiarlah sesuatu.
Namun, jika sekiranya anda sudah tidak sanggup lagi menanggung derita, Islam tidak pernah mengHARAMkan atau meMAKHRUHkan berpisah. Bahkan, perceraian itu sendiri adalah Harus jika perkahwinan tersebut mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Kalau tidak, Islam itu akan dilihat sebagai agama yang tidak adil kerana memaksa wanita itu hidup dalam penderitaan dek kerana perbuatan suaminya yang abaikan tanggungjawab.
Semoga dengan pengorbanan anda sebagai isteri dan ibu, dapat suatu ganjaran yang besar dan dipermudahkan Allah atas apa jua urusan anda. Pilihan ditangan anda. Anda yang tentukan kehidupan anda dan anak-anak anda wahai wanita yang kuat dan hebat.
Makan telur goreng merosakkan kesihatan rakyat Malaysia kerana menggunakan minyak. Salah tanggapan ini.
Menerusi perkongsian, Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan bahawa telur yang digoreng tidak merosakan kesihatan rakyat Malaysia. Namun jelasnya cara memasak perlu betul agar tidak memudaratkan kesihatan.
Pertama telur merupakan sumber protein yang murah. Banyak nutrien dalamnya. Kedua, jika guna minyak kelapa atau minyak sawit, ia adalah minyak yang sihat jika tidak digunakan lebih 3 kali gorengan.
Kalau saya sendiri untuk menggoreng telur, saya guna hanya satu sudu minyak sawit atau minyak kelapa yang baru.
Sekadar gambar hiasan
Minyak akan menyebabkan masakan menjadi lebih sedap, menyerapkan vitamin ADEK dengan lebih baik, mengelakkan pembentukan batu dalam hempedu dan meningkat rasa kenyang dan puas masa makan. Banyak lagi…Kalau makan dengan sayur dan ulam, lagi berkhasiat.
KHASIAT TELUR
Kalau anda mahu tingkatkan tahap protein dalam badan anda, telur adalah pilihan terbaik. Bukan sahaja ia sangat mudah untuk disediakan, tapi juga sangat murah berbanding sumber protein yang lain. Sebiji telur rebus mengandungi 85 kalori dan 7 gram protein. Telur bukan sahaja mempunyai kandungan protein yang tinggi, malah segala jenis vitamin yang penting untuk badan kita seperti kalsium, folat (vitamin B9), Vitamin A, D, E, B1, B3, B6, B9, B12 dan banyak lagi.
Kita selalu takut untuk makan telur kerana telur kuning dikaitkan dengan kolestrol. Tapi kita tidak tahu yang sebenarnya telur kuning mengandungi mineral dan vitamin ini. Telur kuning yang kandungan omega 3 yang tinggi sangat bermanfaat kepada tubuh badan manusia kerana ianya mengurangkan kadar inflamasi dalam badan.
Antara khasiat yang boleh kita dapat dari telur adalah ia menjadikan sistem imun yang lebih baik.Jika anda tidak mengamalkan makan telur dalam diet anda, anda perlu mulakan sekarang, kerana dengan pengambilan telur dapat memastikan badan anda tidak dijangkiti bakteria dan virus secara semulajadi.
Makan telur yang bersaiz besar (saiz AA) kerana ia mengandungi hampir satu perempat kandungan selenium yang badan kita perlukan. Selenium adalah nutrien yang badan kita perlukan untuk memperbaiki daya tahan badan dan juga mengawal hormon tiroid.
Selain daripada itu kandungan kolestrol yang lebih baik kerana kita tahu yang telur mengandungi kolestrol, tapi kita jangan ingat semua kolestrol adalah tidak baik untuk kita. Kolestrol daripada telur hanya menambahkan kadar kolestrol yang baik sahaja.iaitu ianya meningkatkan kolesterol baik iaitu HDL (high density lipid) yang banyak memberi manfaat dalam kawalan hormon serta sumber kolesterol yang diperlukan oleh otak dan sistem saraf kita. Untuk pengetahuan semua otak dan sistem saraf kita terbentuk 90% adalah dari kolesterol.
Telur boleh mengurangkan risiko sakit jantung kerana telur mengubah kolesterol LDL kepada HDL.Kolestrol yang tidak baik menyebabkan saluran arteri kita tersekat. Kolestrol LDL (Low-density Lipoprotein) mempunyai zarah-zarah yang kecil dan juga besar. Zarah-zarah kecil ini akan menyebabkan saluran tersumbat, manakala zarah-zarah yang besar akan membuatkan saluran bebas dari tersumbat. Jadi dengan menambahkan zarah-zarah besar ini ke dalam saluran darah, risiko untuk diserang sakit jantung lebih rendah.
Dah jadi kebiasaan sekarang ini setiap keluarga mengambil gambar di studio supaya boleh diabadikan sebagai kenangan dan simpanan sendiri terutamanya di hari yang bersejarah seperti majlis konvokesyen dan hari raya.
Mana tidaknya, waktu itu kita boleh lihat jelas kecantikan ahli keluarga masing-masing dengan berpakaian yang serba kemas dan segak bergaya demi sekeping foto yang bakal menjadi bukti hubungan erat sesama sendiri.
Namun, dalam kegembiraan tersebut tidak lupa pada yang tiada. Pasti ada juga yang berduka kerana kehilangan orang tersayang sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya disambut bersama. Sejujurnya, hari raya tidak akan lengkap tanpa salah seorang ahli keluarga yang lain.
Begitulah kisah yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok Fitrin Ruslee yang juga merupakan seorang jurugambar dan juruvideo. Dalam satu video terkini, difahamkan dia sedang melakukan ‘photoshoot’ raya bersama-sama sebuah keluarga besar.
Melihat video itu, pada awalnya semuanya seakan baik-baik sahaja. Bagaimanapun sewaktu penggambaran baru hendak dimulakan, lelaki tersebut mula sebak dan teresak-esak kesedihan sambil menatap bingkai gambar di tangannya.
Rupa-rupanya, apa yang menyentuh hati adalah mereka baru sahaja kehilangan salah seorang ahli keluarga yang juga merupakan isteri kepada lelaki dalam video tersebut.
Dan apa yang lebih sebak, bingkai potret yang dipegang kemas di tangannya itu adalah gambar arwah isterinya yang baru sahaja ‘kembali’ ke Rahmatullah baru-baru ini dipercayai akibat kanser dan wabak COVID-19.
Tidak lagi mampu menahan segala rasa sedih yang menggunung di sebalik wajah, akhirnya terjurailah air mata pilu si lelaki itu biarpun suasana tersebut dirakam lensa kamera bagi sesi penggambaran mereka sekeluarga.
Menurut video yang dikongsikan, warna kuning lembut yang digayakan oleh mereka sekeluarga sebenarnya adalah pilihan arwah sendiri kerana ia adalah warna kesukaannya.
Turut berada dalam video tersebut adalah bapa kepada arwah yang juga memegang potrait wajah arwah dengan pakaian bewarna kuning lembut. Namun, bak kata pepatah, segarang-garang seorang ayah, hilangnya anak perempuan, hilanglah juga ‘dunianya’.
Tidak kurang juga, juruvideo tersebut, Fitrin Ruslee turut berkongsi nama sebenar arwah di ruangan komentar bagi memberi peluang kepada warganet untuk mendoakannya.
“Al-Fatihah. Semoga roh arwah Hanis Rahman ditempatkan bersama para nabi, siddiqin (orang-orang yang benar), syuhada’ (orang-orang yang syahid) dan solihin (orang-orang yang soleh). Amin,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut melontarkan rasa sebak mereka. Malah ada juga yang berkongsi pengalaman hampir serupa dengan nasib menimpa suami arwah.
Sumber: Fitrin Ruslee
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kes yang menimpa remaja sindrom down bernama Bella menjadi tular sehingga mendapat perhatian ramai. Kisahnya begitu meruntun jiwa.
Hati mana yang tak sebak apabila melihat anak istimewa yang tidak dapat berfiiran secara waras di dera tanpa belas kasihan.
Rata-rata para warganet meluahkan rasa sebak dengan kes sebegitu. Malah ada yang bimbang keselamatan anak terutama yang mempunyai anak istimewa.
Begitul juga perasaan yang dilalui oleh penyanyi Naqiu mengakui terkesan dengan anak istimewa itu.
Muat naik di Istagram miliknya, Naqiu meluahkan rasa bimbang apabila terdetik dalam hatinya terbayang jika anaknya diperlakukan begitu.
Umum mengetahui bahawa Juara Gegar Vaganza musim keenam ini mempunyai seorang anak istimewa iaitu Wan Alexander Putra yang dilahirkan dengan autisme.
Ini anak keempat saya, Wan Alexander Putra yang dilahirkan tak sempurna macam anak-anak saya yang lain. Dia autism & selalu tantrum yang smpai susah nk kawal.
Mengamuk tiba2, baling brg, cederakan diri sendiri, mcm2 lagi lah. Mmg 1 dugaan besar buat sy sekeluarga. Sbg papa, sy tk pernah sekali pun mengeluh krn itu semua dh tertulis..
Tp alhamdulillah semua adik beradik dia, keluarga sy menerima Alex dgn sgt terbuka hati kerana kita tahu, dia adalah anak syurga yg memberi jaminan laluan mudah ke syurga kalau kami mampu membawa amanah menjaga dia dgn baik. Sy syg Alex lebih dr yg lain krn dia tak sempurna. Setiap hari sy berfikir apa nasib Alex nanti bila saya takde. Itulah yg selalu sy fikirkan..
Kisah Bella, terbayang jika anak jadi mangsa
Tp dua tiga hari ni, hati & fikiran sy makin terganggu smpai susah lelap mata sbb terlalu memikirkan psl sorang lgi anak syurga, adik Bella yg menjadi mangsa dera teramat dasyat & tidak terbela nasibnya. Allahuakbar smpai menangis tgk semua video & gmbr adik Bella. Sakitnya anak syurga ni didera sebegitu, dasyatnya derita yg dia tanggung.. 😭
Sy terbygkan kalau ank sy yg diperlakukan mcm tu, klau lah Alex yg kena curah air panas, kena mkn tahi, ayam busuk, nasi dgn cuka, kna sebat, kna pijak mcm2 lg berbulan2 lamanya. Allahhhh.
Manalah pegi hati perasaan si pelaku, takkan tak sekelumit ada rasa kesian pd budak tu. Kita org Islam, jauh mana kita tersasar pun, asas tu tetap ada. Tapi mana pegi asas si pelaku?!
Sy sbg ayah kpd anak oku spt adik Bella sgt sensitif, emotional. Tk tahu nk ckp mcm mana & tk tahu mcm mana nk bantu. Mungkin dgn posting ni dpt membuka mata followers sy utk sama2 berjuang #JusticeForBella. Itu je sy mampu. Kita fight habis2 utk pastikan si pelaku dikenakan hukuman setimpal. Jgn ada tangan ghaib yg menidakkan keadilan utk adik Bella..
Buat adik Bella, kamu sgt istimewa. Terlalu ramai manusia baik & netizen yg ikhlas perjuangkan hak & keadilan utk kamu. Tak henti2 posting psl kamu hingga pihak istana pun dh terang2 fight utk kamu. Alhamdulillah syukur..
Hrp2 satu hari nnti saya blh jmpa adik Bella & peluk dia kuat. Moga dia lupa mengenai semua kesengsaraan & kesakitan yg pernah dia tanggung.. 🥲
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
E-KELUARGAGADER : TEROKA & REALISASI IMPIAN ANAK @ KIDZANIA
CIta-cita apa yang sesuai untuk anak-anak ye? Kalau nak tahu, jom sama-sama kita jejalah apa yang ada di Kidzania
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.