Pengorbanan seorang ibu, terpaksa berjauhan dengan bayi yang masih kecil dek tuntutan tugas sebagai frontliner.  Kisah wanita musa ini cukup berinspirasi buat ibu-ibu yang bekerjaya tetapi punya anak kecil.

“Demi Anak,  Apa Pun Sanggup.” Duduk Berjauhan, Kisah Ibu Frontliner Ni Pos Susu Guna Bas Untuk Anak Undang Sebak!

Kisah ini dikongsikan oleh seorang wanita, Amirah Mohd Shakri melalui akaun TikToknya, di mana dia yang merupakan seorang jururawat berkongsi cabaran yang terpaksa ditempuhinya.

Dia terpaksa berjauhan dengan suami dan anak-anaknya yang masih kecil kerana komitmen kerja dan larangan untuk merentas negeri yang dikeluarkan oleh kerajaan.

“Demi Anak,  Apa Pun Sanggup.” Duduk Berjauhan, Kisah Ibu Frontliner Ni Pos Susu Guna Bas Untuk Anak Undang Sebak!

Amirah menceritakan bahawa dia terpaksa menghantar stok susu badan untuk anaknya. Dengan kemudahan yang ada, dia mengambil inisiatif menggunakan khidmat bas ekspres supaya bekalan tersebut cepat sampai ke destinasi.

“Demi Anak,  Apa Pun Sanggup.” Duduk Berjauhan, Kisah Ibu Frontliner Ni Pos Susu Guna Bas Untuk Anak Undang Sebak!

“Buat masa sekarang, anak-anak dibawah jagaan suami. Sebelum ni saya memang balik tiap minggu bawak balik susu. Bila start lockdown dan susu dah surut kat sana. saya tanya kawan-kawan yang berpengalaman. Biasa hantar susu guna bas, tu yang saya usahakan jugak hantar dan kebetulan memang ade trip bas ke sana.

Ads

“Sebelum ini PJJ boleh balik tiap minggu wajib saye hantar, tapi bila  tak boleh balik, saya hold dulu.. lepas 2 minggu baru hantar,” ujar Amirah lagi tatkala ditemubual penulis.

“Demi Anak,  Apa Pun Sanggup.” Duduk Berjauhan, Kisah Ibu Frontliner Ni Pos Susu Guna Bas Untuk Anak Undang Sebak!

Walaupun sedih kerana terpaksa berjauhan dalam tempoh yang lama, Amirah menzahirkan rasa syukur kerana suaminya selalu menolong menguruskan kedua-dua anak yang sulung kini 3 tahun manakala yang bongsu baru 8 bulan.

“Demi Anak,  Apa Pun Sanggup.” Duduk Berjauhan, Kisah Ibu Frontliner Ni Pos Susu Guna Bas Untuk Anak Undang Sebak!

Ads

Menyentuh mengenai penyusuan susu ibu, akui Amirah anak pertama , dia tidak berpeluang berbuat demikian.

“Waktu anak sulung, saya tak pandai nak jaga emosi.  Pertama kali berjauhan dengan anak tambahan pula anak sulung kan. Jadi susu pun drop. Tapi bila masuk anak kedua, saya dah pasang niat nak menyusukan. Sebab itu saya cuba pastikan stok susu tak berkurang.

“Demi Anak,  Apa Pun Sanggup.” Duduk Berjauhan, Kisah Ibu Frontliner Ni Pos Susu Guna Bas Untuk Anak Undang Sebak!

“Saya syukur kerana suami banyak main peranan. Video call dengan suami dan anak-anak boleh dikatakan hari-hari. Selain suami, mak juga banyak bantu jaga anak-anak. jadi saya kuat sebab adanya mereka yang banyak bagi sokongan.

Ads

“Demi Anak,  Apa Pun Sanggup.” Duduk Berjauhan, Kisah Ibu Frontliner Ni Pos Susu Guna Bas Untuk Anak Undang Sebak!

“Kalau down ke atau sebagainya, saya akan teringatkan anak. Cepat- cepat positif balik. Saya tak nak jadi drop susu lagi.. so kekuatan saya sekarang memang nak menyusukan anak.  Sebab saya fikir tu je yang boleh betulkan emosi saya balik,”ujar Amirah lagi.

Sumber: Amirah Mohd Shakri

Tawaran harga menarik daripada Zalora, Klik di sini. 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
“Demi Anak,  Apa Pun Sanggup.” Duduk Berjauhan, Kisah Ibu Frontliner Ni Pos Susu Guna Bas Untuk Anak Undang Sebak!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI