Sudahlah keletihan, kali ini ibu hamil demam pula sehingga badan jadi lesu. Jangan dibiarkan lama jika demam berlarutan waktu hamil.
Demam boleh menjadi salah satu simptom yang menunjukkan ibu hamil mengalami jangkitan kuman.
Jadi, tidak boleh dikatakan sama ada ia okay ataupun sebaliknya sekiranya dialami oleh ibu hamil.
Pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk mengetahui punca demam itu disebabkan oleh apa, lebih-lebih lagi jika demam itu melebihi daripada 38°C.
Sekiranya demam yang dialami terus tinggi iaitu antara 39°C hingga 40°C dan pada masa yang sama ada simptom berkaitan seperti anda keletihan, tidak berselera makan dan kurang minum air, itu menunjukkan demam itu bukan simptom yang biasa.
Oleh yang demikian, anda perlu segera ke hospital. Dalam kes seperti ini, ia perlu dilakukan kerana anda memerlukan pemeriksaan doktor. Jika perlu, ujian darah dan rawatan sokongan seperti drip intravenous perlu dilakukan. Melalui perkongsian
Ads
Ambil paracetamol
Lazimnya, semasa mengandung, daya ketahanan tubuh wanita mengandung seseorang itu lebih rendah berbanding orang biasa. Disebabkan itulah, anda mudah mendapat jangkitan. Kadang-kadang orang biasa tidak mudah mendapat jangkitan seperti yang dialami oleh wanita hamil.
Walau bagaimanapun, jika demam itu adalah kurang daripada 38°C dan pada masa yang sama anda rasa okay dan tiada simptom sampingan lain, maka boleh ambil paracetamol.
Selain daripada paracetamol, terdapat beberapa ubat untuk mengubati demam namun tidak begitu berkesan. Jadi, paracetamol adalah ubat paling berkesan untuk mengatasi demam. Tambahan pula, paracetamol mudah didapati. Jadi, pengambilannya sudah mencukupi.
Ads
Sumber foto: www.freepik.com
Risiko boleh menular kepada kandungan
Bergantung kepada jenis demam dan jangkitan kuman yang disyaki, ia boleh memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan. Apa yang membimbangkan oleh para doktor ialah jangkitan virus yang dialami anda boleh menular kepada bayi. Biasanya jika demam itu dialami dalam trimester pertama.
Ia boleh menjejaskan proses pembentukan organ. Penyakitnya adalah seperti rubela, German measles atau measles. Lantaran itulah, trimester pertama adalah tahap paling kritikal sepanjang tempoh kehamilan.
Ads
Satu lagi yang dirisaukan ialah apabila anda mendapat jangkitan chicken pox semasa trimester ketiga. Perlu anda ketahui bahawa di dalam mukus faraj terdapat banyak gelembung virus. Dalam proses kelahiran, bayi akan melalui saluran peranakan dalam proses kelahiran normal boleh terdedah kepada jangkitan yang sama.
Chicken Pox
Hal ini terutamanya jika anda mengalami chicken pox dua minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin. Sekiranya demam anda aktif dalam tempoh kritikal itu, maka doktor akan menasihatkan anda untuk menjalani proses kelahiran melalui pembedahan caesarean.
Sumber foto: www.freepik.com
Di dalam lain masa, risiko jangkitan boleh berlaku jika demam ada ada simptom. Jangkitan kuman merebak kepada bayi mengikut jenisnya. Suhu badan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan nadi bayi menjadi laju. Hal ini kerana apabila suhu badan tinggi dan anda mengalami dehidrasi kerana kekurangan air, ia akan menjadikan aliran darah kepada bayi menjadi kurang, lalu nadi bayi pun menjadi laju. Lama-kelamaan bayi boleh mengalami distress.
Jadi, anda perlu cepat berjumpa doktor. Impaknya, ia boleh buat bayi distress dan paling teruk bayi meninggal dalam kandungan. Jika hal ini berlaku semasa di trimester ketiga dan usia kandungan lebih 34 minggu, bayi boleh dikeluarkan.
Sebaliknya, jika umur kandungan kurang daripada itu, ia boleh sebabkan risiko kematian. Oleh sebab itu, sangat penting untuk anda kekal dehidrasi dan turunkan suhu dengan cepat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi anda yang ingin meningkatkan ketajaman penglihatan mata anda secara natural, boleh cuba petua ini. Tapi, sebelum itu anda perlu membuat ujian mata bagi memastikan tahap kesihatan mata anda.
Ini bahan yang diperlukan untuk mengubati mata anda yang rabun:
100 gram jus lidah buaya (lidah buaya harus dicuci bersih dengan air dingin dan dibuang durinya)
500 gram kacang kenari (walnut) yang sudah ditumbuk
300 gram madu
2-3 buah lemon
Cara pembuatannya sebagai berikut:
Cuci dulu semua bahan-bahannya.
Buat dulu jus lidah buaya dengan sukatan 100 gram
Campurkan jus lidah buaya, walnut, madu, dan lemon yang sudah ditumbuk tadi ke dalam pengisar.
Kisar hingga sebati
Cara Pengambilan:
Minum sebanyak 3 kali sehari dengan sukatan 1 sudu makan sebelum makan.
Pengambilan secara rutin selama 10 hari sampai penglihatan kamu dirasa sudah agak baik dan jangan lupa simpan ramuan ini di dalam peti ais.
Ramuan ini juga tidak hanya bermanfaat bagi kesihatan mata, tapi juga bermanfaat untuk kesihatan tubuh kamu.
Pastikan lidah buaya harus dari lidah buaya yang umurnya tidak lebih dari 3 tahun, kerana akan berbahaya bagi mereka yang mengidap penyakit TBC, kardiovaskular, kehamilan, dan penyakit lain.
Selamat Mencuba
p/s- Cara ini untuk mereka yang baru nak rabun dan masih power rendah. Perlu diingat juga, memakai kacamata hanya membantu penglihatan kamu saja tanpa mengubati mata kamu yang rabun, jadi mata kamu tetap dalam masalah penglihatan yang sama. Dan masalahnya akan bertambah buruk jika kamu tidak mengetahui punca permasalahan tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menguruskan rumahtangga saban waktu membuatkan tubuh kepenatan malah tidak dapat berehat secukupnya. Masalah angin dalam badan turut menjadi punca lenguh dan sakit-sakit badan ini.
Bagi mengatasi masalah ini, amalan minum air lemon dengan halia antara yang disyorkan. Cuba dulu petua ini selama 100 hari!
Ini merupakan stok pati lemon yang sis buat minggu lepas. Sis jenis yang kena minum green tea, lemon or apa-apa berunsur detox barulah perut rasa lega. Sejenis yang makan salah sikit je terus badan berangin dan kena gastrik.
Saja nak share, mana tau bermanfaat untuk orang lain. Pati lemon ini boleh diminum dan dijadikan sebagai lemon tea, honey lemon tea, detox tea, green lemon tea, ginger lemon tea. Ikut keselesaan dan keperluan masing-masing.
Kalau batuk, pati lemon itu campur dengan sesudu madu pun dah ngam! Sedap! Bukan itu sahaja, dapur pun berbau wangi semasa rebus lemon! Best sangat tau.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Lemon 5 biji
Air 1.5 liter atau boleh agak-agak ikut keperluan.
Halia (kalau tak mahu letak pun tidak mengapa)
1. Masak lemon dalam air hingga air tinggal separuh.
2. Dah pekat dan air makin kering, lemon akan jadi lembut. Boleh makan, tak pahit.
3. Kemudian, untuk anda yang mahu letak halia, boleh potong halia dan masukkan.
4. Boleh juga dicampurkan dengan pati halia, dibancuh bersama madu, cuka epal dan green tea.
*Setiap kali nak minum hanya campurkan dengan minuman lain atau minum terus pun boleh!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Batuk berpanjangan buat rasa tidak selesa sepanjang masa. Tekak rasa gatal malah rutin harian pun turut terganggu. Masalah anak batuk berpanjangan sebenarnya boleh diredakan dengan petua tradisional.
Ramuan tiga bahan iaitu madu, asam boi dan limau kasturi yang dikongsikan oleh Nor Hasnah Abdul Kadir ini mak-mak wajib cuba.
Pagi ni sediakan ramuan ubat batuk. Pesakit autoimmune macam saya kalau batuk susah nak kebah.
So ini la ubat batuk saya selama ni. Tqsm Kyung Kakyung Ayza kerana berkongsi ilmu ni. Ini adalah ramuan zaman dulu kala bagi kaum cina.
Kalau ada sahabat yang ada anak-anak batuk dah lama dan tak sembuh boleh cuba.
2 sudu makan madu
Air 3/4 balang
Limau n asam boi sama banyak
Bancuh air madu isi dalam botol kaca atau plastik.
Belah 2 limau jangan putus.
Perah jus limau ke dalam bancuhan air madu.
Isi asam boi dalam limau.
Isikan limau ke dalam air madu tadi.
Ambil 2 sudu makan bancuh dengan air suam (cara minum madu begitu supaya cepat diserap oleh badan)
Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.