Selalu kalau malas nak makan malam nasi, mesti akan cari roti atau biskut untuk makanan sampingan kan?
Dah alang-alang sekarang ni viral roti ala-ala Kpop, ni haa kami payung sekali roti seakan Kpop tapi versi senang guna sos carbonara pula resipi dari Paie IZa ni. Jom cuba!
RESIPI ROTI BURGER CARBONARA CHEESE
Bahan-bahan Inti :-
1/2 tin sos cabonara cheese
1/2 biji bawang besar potong dadu
3ulas bawang putih ketuk cincang
1/2 biji lada merah
1/2 biji lada hijau
2keping daging ayam burger (ramas basuh n tos)
3batang sosej potong mcm
4batang jejari ketam potong
Bahan-Bahan Untuk Garlic Butter
3 ulas bawang putih tumbuk lumat
Sikit daun sup
Marjerin 2 sudu besar
*campurkan semua bahan-bahan untuk garlic butter
Cara-caranya :-
1) Masukkan minyak makan 1/2 senduk kecil, tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2) Kemudian masukkan isi ayam, biarkan layu dan masukkan sosej dan jejari ketam, biarkan masak.
3) Masukkan sos cabonara, kacau dengan api perlahan. Kemudian masukkan lada hijau dan merah.
4) Kacau sekejap, kalau pekat masuk sedikit air. Kemudian masukkan sedikit garam kalau perlu. Ketepikan.
5) Sapukan garlic butter di bawah roti burger, kemudian belah empat roti tapi jangan sampai putus.
6) Masukkan inti, ikut banyak mana yang anda mahu. Lagi banyak lagi sedap!
7) Koyakkan cheese dan letakkan di atas belahan roti, atas inti tadi mengikut citarasa masing-masing.
8) Dah siap, sapukan garlic butter di atas roti tadi. Dah boleh mula bakar mengikut suhu 150cc selama 10 minit.