Demam Dan Hidung Tersumbat? Cuba Cara Tradisional Guna Susu Kunyit Ini.

Share

Musim hujan begini, pastinya tidak terlepas daripada demam dan selesema. Terutama bagi mereka yang mempunyai antibodi tak kuat. Jika anak-anak anda jenis yang sukar nak makan ubat, pasti ini mendatangkan masalah.

Susu kunyit salah satu kaedah tradisional yang dikongsikan oleh Sue Bertley menerusi laman facebooknya bagi menghilangkan batuk, selesema atau penyakit ringan lain terutama yang melibatkan saluran pernafasan. Mungkin kaedah ini sesuai untuk ibu-ibu praktikkan kepada anak-anak yang tak suka makan ubat.

Jom cuba:

Bahan- bahan:
2 cawan susu (susu segar, susu tepung atau susu Farm Fresh/GoodDay/ DutchLady)
2 isi kunyit lebih kurang size ibu jari, dibersih, ditumbuk dalam lesung batu.
Sedikit air
Secubit dua serbuk Lada Hitam
Sedikit madu asli (optional)

Cara-cara:

Didihkan sedikit air dalam periuk.

Tumbuk isi kunyit hingga hancur dan perah jusnya.

Setelah air mendidih, kecilkan api. Masukkan susu dan kacau hingga sedikit berbuih. Ambil sedikit serbuk Lada Hitam, masuk dalam susu tu.

Kacau seketika, kemudian, masukkan jus kunyit. Setelah sebati, tutup api.

Tip tambahan

Masukkan madu sebagai perasa

Langkah berjaga-jaga:

  • Yang ada penyakit batu karang tak boleh minum air susu kunyit ini.
  • Ibu mengandung disarankan dapat nasihat Doktor.
  • Untuk budak, mulakan dengan dos kunyit rendah, kalau okay baru naikkan sedikit.

Selamat mencuba!