Tinggal di rumah kampung bukanlah penghalang untuk kita menghias kediaman. Walaupun rumah kampung tapi kalau kita bijak menghias memang terus berubah wajah. Bukan alasan lagi untuk tidak perlu menghias kediaman meski hanya sebuah rumah kampung.
Selalunya modal sering dijadikan alasan untuk menghias kediaman. Memang betul semuanya perlukan duit namun jika kita bijak menggunakan barang-barang yang murah serta kreatif maka kediaman impian pasti menjadi kenyataan.
Dekorasi Dapur Rumah Kampung Hasil Bertukang Sendiri
Berikut catatan Norpadilah Binti Afandi yang berkongsi pengalaman menghias ruang dapur dengan hasil kudratnya sendiri.
“Ramai yang beranggapan untuk berhias dan mencantikkan kediaman mesti ada modal yang tinggi. Tidak dapat dinafikan fakta ini memang benar. ada modal semua pun jadi. Ye betul…..tak boleh nak dinafikan fakta yang satu tu…tapi bagi kita di ‘kampung house,’ takda modal la puncanya….maka mendesak kita untuk berkarya dengan kudrat tulang empat kerat yang ada.
“Walaupun makan masa hampir dua hingga tiga tahun, semuanya dibuat secara beransur-ansur. Semua dilakukan sendiri. Dek kekangan masa dan tugas hakiki, bila bekerja seorang diri pahit dan manis itulah yang buat kita lebih menghargai setiap perkara.
“Walau tak perfect hasil bertukang orang perempuan…syukur sebab air tangan sendiri. Terima kasih buat encik suami yang sangat menyokong impian kita…selalu bawa balik kayu dan barang terpakai untuk kita realisasikan dapur yang seadanya buat berkumpul anak beranak……tiada peralatan mahal di sini, tiada pinggan mangkuk berjenama juga…..yang ada di sini cuma kasih sayang dan rasa bersyukur.”
Air Tangan Wanita Ini Memang Terbaik
Berikut hasil penat lelah pemilik kediaman yang bertungkus lumus merealisasikan dapur impiannya.
Biasanya bab kita ingin membeli kereta ini ada macam-macam alasannya, antaranya dengan adanya kerata yang ingin kita beli akan dapat digunakan untuk memenuhi keperluan dasar sebagai pengangkutan untuk kita bawa keluarga ke destinasi tertentu dengan selesa dan mudah. Keduanya ada orang beli kerata disebabkan ingin menunjukkan status diri pada orang lain dan tidak kurang juga sebagai suatu kepuasan diri.
Berkongsi tentang pembelian kereta ini, Dr Azizul Azli Ahmad ada berkongsi pandangannya dan bolehlah dijadikan panduan agar pilihan yang dibuat tidak membebankan kewangan sendiri. Ini kerana kenderaan itu ada yang menyamakan sebagai ‘monter’ yang telan banyak duit.
Kenapa begitu? Ini kupasannya.
BOLEHKAH GAJI BESAR, KERETA KECIL BANG?
“Bang, gaji saya RM7000, tapi nak pakai Bezza saja boleh bang?”
“Boleh sangat dik, lebih bagus berjimat dari membazir”
“Bang gaji saya layak pakai City dan Vios bang”
“Pakai sahaja dik jika mampu tak salah”
“Orang kata bodo bang, gaji besar pakai kereta kecil bang?”
“Sesungguhnya dia tak membantu waktu kita susah nanti”
“Malu bang, belajar susah susah kereta murah macam nie pakai?”
“Lagi malu pakai kereta mewah, tapi masih duduk rumah sewa”
“Kita ambil hak orang lain nie bang?”
“Stok kereta dah habis ka?”
Kawan kawan,
Saya jumpa ramai orang yang ‘mampu’, tapi rendahkan kemampuan kewangan mereka untuk hidup dengan baik.
Kereta mereka biasa biasa sahaja.
Tetapi ada hartanah yang baik, buat simpanan emas, ada simpanan persaraan yang baik, Sediakan dana pendidikan anak yang baik.
Tidak salah, walau kita mampu beli kereta yang bagus. Hiduplah secara sederhana sahaja waktu begini.
Sekarang bukan masanya buat hutang yang ada susut nilainya.
Kenderaan lokal, ada susut nilai RM10,000 setahun. Kenderaan import ada susut nilai RM20,000 setahun.
Tanya diri kita, kita ada simpanan 2 kali ganda dari susut nilai ini atau tidak?
Saya dulu pernah terjebak juga dengan dunia kereta kayangan ini. Maklumlah waktu itu gred jadi 52. Bila kita semakin bijak, kita tahu mana yang perlu kita dahulukan.
Saya jual kereta MPV besar dan 3 tahun saya hanya sewakan kenderaan besar bila nak balik kampung bercuti. Ia selesa dan tetap menjimatkan.
Kenderaan adalah monster yang telan banyak duit kita bak kata sahabat saya Ahyat Khalissabri Bin Ishak.
Saya jumpa ramai kawan hebat yang gaji RM7000 tetapi masih naik Myvi dan ada hartanah yang baik buat dirinya.
Jika mampu beli dan nikmati, jika tidak lebih baik hindari .
Bukan hanya disukai kerana content yang dikongsikan di media sosial tetapi personalitinya yang merendah diri dan rajin berusaha menjadi inspirasi ramai anak muda. Khairul Aming juga pernah tular suatu ketika dahulu apabila menyeru remaja yang bersekolah untuk mengutamakan pendidikan sebelum mengejar populariti.
Sumber foto: Internet
Biasalah, bila dah banyak yang memerhati pasti takkan terlepas dengan soalan popular, bila nak kahwin? Dalam perkembangan terbaru, Khairul Aming menjawab persoalan tentang jodoh dengan begitu tenang.
Akan memasuki usia 32 tahun pada bulan September akan datang, pemilik jenama Khairul Aming Brand ini memberitahu belum tiba masa untuk berkahwin. Dalam sebuah video pengguna TikTok akmalhidupamoi, menunjukkan sedutan video interviu ringkas bersama pempengaruh jutawan tersebut.
Sumber foto: Internet
Ketika ditanyakan sampai bila nak ‘single’, jawapannya ringkas saja. Dia memberitahu mahu menstabilkan ekonomi terlebih dahulu. Katanya, memandangkan dia masih tidak ada calon, jadi dirinya mahu cari duit dan sempat berseloroh meminta untuk dicarikan seseorang untuknya.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan pengkhususan major Kejuruteraan Mekanikal dan minor dalam Material and Science Engineering di Vanderbilt University di Amerika Syarikat (US) ini juga pernah digosipkan dengan seorang gadis di Kelantan tetapi Khairul Aming menafikan dan memberitahu bahawa foto tersebut dirakam secara sembunyi.
Di ruangan komen, ramai yang mengagumi Khairul Aming kerana masih mahu bekerja keras biarpun sudah bergelar jutawan;
Bukan hanya semangat berniaga serta kesungguhan menghasilkan kerja yang baik, Khairul Aming juga popular dengan kandungan masakan pada bulan Ramadan. Semoga Khairul Aming terus sukses dalam setiap apa yang diusahakannya dan harapnya akan keluarkan produk terbaharu nanti!
Jika wanita lain bergembira saat mengetahui diri sedang berbadan dua, namun berbeza dengan Kamareeah Arwae, 36. Saat itu, dia disahkan menghidap ketumbuhan tumor dalam kepala disember lalu.
Akibatnya, dia terpaksa melalui proses rawatan termasuk proses imbasan sekali gus memberi kesan kepada janin ketika itu. Namun, tiada apa yang berlaku pada bayi tersebut.
Malah, ia dianggap satu keajaiban oleh pengamal perubatan, bayi perempuan itu pada awalnya dijangka tidak mampu diselamatkan namun ternyata kuasa Tuhan tiada siapa mampu menandingi.
Justeru, seawal usia dua bulan dalam kandungan, bayi perempuan ini hanya bergantung kepada susu yang dimasukkan melalui tiub di leher ibunya.
Suami Kamareeah, Fairol Haziri Rahim, 44, berkata, rawatan berterusan terpaksa dibuat terhadap isterinya yang berada dalam koma selepas kejang dan sawan kerana tumor semakin membesar Disember lalu.
Sebaik dilahirkan menerusi proses pembedahan, bayi pra matang yang diberi nama Farah Hanis Fairol Haziri yang kini berusia 41 hari belum merasa setitik pun susu daripada ibu kandungnya, kerana wanita itu koma sejak tujuh bulan lalu.
“Pada awal usia kandungan, saya sudah mengetahui isteri mengandung dan ketika menerima rawatan, doktor memaklumkan bahawa janin mungkin tidak dapat bertahan.
“Isteri terpaksa melalui banyak proses imbasan dan doktor menerangkan mengenai risiko proses itu terhadap janin. Malah, isteri menjalani pembedahan membuang tumor sebesar bola ping pong dan ketika itu keadaan janin semakin membesar sehingga memasuki usia empat bulan.
Dalam masa yang sama, doktor memberitahu janin itu kemungkinan akan meninggal dunia dalam kandungan atau gugur sendiri kerana keadannya yang sangat lemah dan dia perlu menunggu detik itu dengan reda kerana nyawa isteri lebih penting.
“Selepas menjalani dua pembedahan termasuk membuang tempurung kepala, isteri dibenarkan pulang dan dalam tempoh itu kandungannya masih tiada tanda negatif.
“Sehingga usia kandungan 33 minggu, dia semakin membesar dengan normal dan pembentukan sifat yang sempurna sekaligus menimbulkan rasa tidak percaya di kalangan pegawai perubatan dan mereka mengambil keputusan untuk melahirkan anak kami melalui pembedahan.
“Bayi perempuan pra matang kami ini menghadapi sedikit komplikasi ketika proses kelahiran dan ditahan di wad kira-kira tiga minggu sebelum dibenarkan pulang,” katanya yang sebelum ini menguruskan kedai makan sebelum premis itu ditutup selepas kejadian yang menimpa isterinya.
Farah Hanis sempat diberikan susu ibu oleh seorang ibu tumpang (susuan) selama dua minggu dan kini bayi ajaib itu bergantung kepada susu formula khas untuk bayi pra matang.
Selain Farah Hanis, pasangan itu mempunyai seorang lagi anak, Farras Hazim, 19 bulan, dan menurut Fairol Haziri, sebelum isterinya koma, anak sulung mereka masih menyusu badan.
“Selepas isteri koma, Farras terus terputus susu ibu dan dia juga enggan minum susu formula kerana sebelum ini dia memang menyusu badan sepenuhnya… mungkin ia berlaku dengan mengejut menyebabkan dia tidak mahukan susu formula,” katanya yang kini tidak bekerja dan hanya mengharapkan ihsan orang ramai serta beberapa pihak bagi pembelian susu khas dan lampin pakai buang isterinya.
Fairol Haziri berkata, mereka ada menerima bantuan kewangan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan bantuan bulanan sebanyak RM200 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sedikit sebanyak meringankan bebannya.
Kepada yang ingin menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik Fairol Haziri iaitu 0300141000081183.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...