Tinggal di kuarters syarikat atau pun kuarters kerajaan bukanlah penghalang untuk menghias kediaman sebaik mungkin untuk keselesaan keluarga. Asalkan di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Bak kata pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih. Pokok pangkalnya terletak pada individu itu sendiri.
Ini dibuktikan oleh wanita ini yang mendiami kuarters polis empat bilik di Pulau Pinang. Kediaman ini dihias sebaik mungkin persis rumah sendiri. Dekorasinya simple dan menarik dengan penggunaan perabot yang minimal dan ringkas reka bentuknya.
Pemilik memilih tema putih yang mendominasi keseluruhan kediaman yang membuatkan ruang kelihatan luas dan lapang.
Memandangkan penghuni kediaman kuarters bila-bila masa boleh berpindah mengikut arahan pengurusan maka pemilihan perabot yang ringkas, kecil dan ringan adalah pilihan bijak. Ini kerana proses pemindahan akan lebih mudah dan cepat. Pemilik juga memilih set meja makan yang sesuai dengan dekorasi kediaman. Secara keseluruhan dekorasi kuarters ini walaupun ringkas tetapi menarik dan begitu selesa buat wanita ini sekeluarga.
Ads
Kredit : Nur Hayyum Idris via Kelab Kaki D.I.Y
Tip dekorasi putih ala Scandinavian
Perabot kebiasaannya ringkas, kecil, ringan dan berpotongan minimalis.
Elakkan perabot berkerawang, bulky dan terlalu menonjol.
Ads
Gunakan fabrik polos dan bercorak ringkas. Less is more.
Anda boleh gabungkan dengan pemilihan lampu berpotongan ringkas. Elakkan chandelier seperti di hotel 5 bintang.
Hiasan dinding juga mampu menyerlahkan lagi dekorasi, piluh yang ringkas, abstrak atau corak geometri.
Boleh juga andai ingin menggabungkan elemen kayu, cermin dan besi.
Ads
Kombinasi warna putih dan warna-warna pastel sangat digalakkan.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Menguruskan masalah bau badan jangan ambil ringan. Lebih-lebih lagi kita sebagai seorang isteri. Pastinya mahu sentiasa bersih dan wangi apabila disamping suami. Ini memandangkan ramai orang perempuan percaya jika ada masalah badan berbau akan menjejaskan penampilan dan sekali gus hilang keyakinan diri.
Atas sebab ini juga, kita harus mencari penawar untuk atasi masalah tersebut. Selain menggunakan minyak wangi, ada baiknya cuba amalkan cara tipikal yang diamalkan oleh orang dulu-dulu dengan menggunakan bahan alami.
Ini sebagaimana yang telah diamalkan oleh Mak Jemah Nelly dan turut dikongsikan cara penyediaan ramuan untuk memastikan badan kekal harum di akaun fbnya. Jom cuba buat!
“Ikut cara masing2 lah..mak jem senang dengan cara mak jem. Di sini mak jem share cara nak mewangikan diri , mengelakkan badan berbau , mencegah ketiak yang berbau hangit tengit pahit kaw tu kan…”-Mak Jemah Nelly
Bahan-bahan:
3 batang serai
1 sudu besar halba
2 biji lemon
4 biji limau nipis
Cara Penyediaan :
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
3. Sebelum menggunakan air rebusan ini, badan hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian ambil hirisan lemon dan limau nipis digosok-gosokkan pada seluruh tubuh dan beru lebih tumpuan pada bahagian bawah lengan.
Ekstra info :
Lebihan air boleh digunakan untuk membilas badan.
Lelaki / perempuan boleh amalkan… JANJI RAJIN SAJA…
Mak jem amal seminggu 2,3 kali
sumber : Mak Jemah Nelly
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berdepan dengan krisis dunia hari ini akibat penularan Covid-19, nyata ia bukan sekadar mencari solusi mengatasi virus semata-mata oleh pihak profesional.
Malah terpikul tanggungjawab untuk setiap antara kita dalam memastikan rantaian covid-19 dapat dihentikan secepat mungkin melalui arahan kerajaan dengan #stayathome seiring Perintah Kawalan Pergerakan.
Pun begitu, melihat kesan yang lebih mendalam melalui perkongsian Dr. Azizul Azli, seorang pakar dalam bidang hartanah, elok juga kita ambil perhatian. Ini perkongsiannya.
WABAK PENYAKIT ATAU WABAK EKONOMI?
Petang tadi (ketika artikel ini ditulis) kelihatan Perdana Menteri buat pengumuman sekali lagi.
Ada keletihan ketara diwajahnya.
Paling penting adalah pengeluaran RM500 sebulan selama 6 bulan.
Apa yang saya perasan kali ini, tak nampak bahawa tempoh perintah berkurung akan berakhir dalam waktu yang singkat.
Ya saya rasa akan dilanjutkan.
Indonesia mula ambil langkah lockdown selama 3 bulan.
Amerika sendiri percaya selepas setahun baru akan pulih.
Lebih penting jika kita rajin baca, kita akan jumpa banyak tulisan akan kejatuhan ekonomi akan jadi paling buruk dalam sejarah ketamadunan manusia.
Saya bukan nak takutkan, saya nak kita semua ada pemikiran ‘bersedia’.
Apa maksudnya?
Kita harus bersedia dibuang kerja, belanja simpanan yang ada dan urus ekonomi secara baik.
Saya perasan orang kita masih berbelanja seperti sedang bercuti selama 2 minggu.
Banyak jenis makanan sedang dicuba, malah sehari dua boleh viral kek dan buat kopi dalgona.
Kita tak risau dan kisah langsung bab makan dan kesihatan selama tempoh ini.
Kawan kawan yang baik,
Saya yakin bahawa kerajaan tak akan mampu menangung hidup kita lagi. Belanjawan kerajaan unjurkan pada harga minyak $60 setong, tapi hari ini dan berada dibawah $30 setong.
Kita sedang tak ada duit.
Kita bukan negara kaya yang boleh subsidikan semua penduduk dalam tempoh yang lama dan panjang.
Saya yakin akan ada pengurangan kepada penjawat awam, sektor utama seperti kesihatan sedang diutamakan sekarang.
Kerajaan perlu utamakan ekonomi negara terlebih dahulu.
Sebelum kerajaan umumkan langkah berkurung, saya sangat hati hati bab belanja.
Saya beli bihun plastik panjang macam orang berniaga, ia paling mudah nak masak dan selesa.
Kicap kami beli botol besar yang boleh isi semula sebagai stok. Kami jarang makan diluar sejak isteri saya jadi suri rumah sepenuh masa 3 tahun lepas.
Saya tingkatkan simpanan lebih hampir tiap bulan.
Apa yang saya nak sampaikan,
1.Didik keluarga kita dari sekarang, makan bukan untuk sedap tapi untuk kenyang.
2.Beli barang keperluan makanan yang asas, perkara ini kita perlu sampaikan buat keluarga kita semua.
3.Mungkin tak perlu ada udang, sotong dan ketam lagi.
Hari ini kita lebih nampak apa yang berlaku sebagai gelombang wabak sahaja. Tetapi kita tak bersedia dengan gelombang wabak ekonomi.
Kesannya lebih besar.
Tanya diri kita, kita ada simpanan 6 bulan kecemasan atau tidak? Jika tiada, saya sarankan mulakan catu atau jaga bahan makanan kita.
Manfaat duit RM500 KWSP untuk belian makanan dan perubatan keluarga kita dulu.
Saya bukan nak takutkan sesiapa, tetapi percayalah kita harus terima hakikat yang pahit ini.
Bersedia juga untuk terima hakikat hilang pekerjaan, memang ada jaminan kerajaan bahawa tiada pekerja akan dibuang. Tetapi kita tak boleh jangkaan apa akan berlaku sebulan kedepan.
Bersedia, kata kuncinya.
Saya agak lega bila masih selesa dengan kereta kecil viva saya kemana mana. Jimat dan mudahkan hidup saya.
Maklumkan kepada anak anak bahawa tahun ini tiada baju raya, tiada kuih raya dan kek raya, apatah lagi duit raya.
Bincang secara keluarga, ceritakan apa yang sedang berlaku didunia luar. Mereka kena sedia bukan hanya seronok bercuti dirumah sahaja.
Kenapa kita semua kena berjimat dan jaga keluarga serta belanja keluarga ini.
Kita bukan saja hadapi wabak, kita sedang bertarung dengan wabak ekonomi paling pelik dalam sejarah ketamadunan hidup manusia.
Kawan kawan yang mulia,
Jika kita makan KFC dan McD sebulan dua kali, kurangkan jadi dua bulan sekali.
Jika kita masih sambut harijadi dengan kek secret resipi, cukuplah buat kek sendiri dan raikan dengan kek sendiri.
Jika kita gaji selama ini T20 belajar hidup gaya M40, jika kita M40 belajar gaya hidup B40.
Belajar makan kicap, sos dan beras murah untuk hidup kita kini.
Ushakan ubah gaya hidup keluarga kita dengan belanja paling minimum mulai sekarang.
Hutang mana tak boleh uruskan, serah kembali pada bank. Kereta mahal kita, atau hartanah kita yang salah beli. Serahkan kembali.
Hidup sedehanalah mula sekarang kawan kawan.
Tulisan ini saya tulis lepas panggil dan buat perbincamgan keluarga.
Kami senaraikan apa yang kita tak akan belanja dan potong perbelanjaan kita, alhamdulilah anak anak faham.
Mohon maaf, saya bukan nak takutkan sesiapa. Saya juga bukan pakar.
Saya nak semua lihat, ini bukan wabak penyakit semata mata, ini juga wabak ekonomi terbesar yang kita sedang berjuang.
Moga Allah swt merahmati kita semua. Kekalkan hidup sederhana, berdoa dan sedekah untuk jaga ibadah kita.
Ramadan bakal menjelang tak lama lagi, pastinya ramai yang sibuk membuat persiapan kan. Walaupun masih dalam suasana suram akibat pandemik Covid-19, namun ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk membuat persiapan raya. Termasuklah dalam hal menyediakan pakaian untuk anak-anak.
Bagi selebriti terkenal Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya, datin Dr Halina, raya tahun ini pastinya lebih meriah dengan kehadiran sepasang kembar mereka.
Untuk itu, pasangan ini ada membuat sesi fotografi raya bersama anak-anak. Dengan kehadiran kembar, pasangan ini sudah memiliki enam cahaya mata. Bayangkan betapa riuh rendah dan meriahnya keluarga ini.
Gelagat anak-anak tatkala sesi fotografi cukup mencuit hati, malah mengundang tahap kesabaran yang tinggi terutama oleh Sheikh Muszapahar dan Dr Halina sendiri.
Perkongsian Dr Halina menerusi laman instagramnya menunjukkan betapa lasak dan aktifnya Noah dan Adam.
Tidak betah duduk diam, gelagat kembar berdua ini bagaimana pun tidak membuatkan ibu dan bapanya geram. Sebaliknya, mereka sabar dan lembut dalam berkomunikasi dengan anak-anak.
BTS family raya photo 2021
Last Thursday, we had family photoshoot for raya..
Here’s behind the scene.. one of too many attempts to get all 6 children to sit still just for 1 sec to get that raya photo..
Nasib baik @newborn.heartshotfocus pandai handle kanak2 dari segala peringkat umur.. Hahaha.. we had fun.. kids will grow up and we can never get back this moment. Enjoy the chaos…