Memiliki rumah yang kecil dan sempit bukaannya bukanlah alasan untuk kita membiarkan tidak berhias dengan cantik. Walaupun ruangnya agak sempit, tetapi wanita ini berjaya mengubah ruang kecil tampak lebih menarik dan hebat.
Watiey Abdullah dan suaminya, Farhad Hassan menghias rumah mereka menjadi cukup indah. Dekorasinya ringkas namun sempurna, sesuai dengan bilangan ahli rumah yang terhad.
Kami kongsikan bagaimana caranya menghias syurga miliknya ini.
IDEA DEKORASI UNTUK RUANG KECIL. Boleh share kalau suka.
Hobi baru, bila cemuih makeup. Kadang-kadang bila travel sana sini, duduk hotel, rasa macam seronoknya kalau hari-hari daptt duduk hotel. Design minimal dan sentiasa kemas. Lepas ni kelas makeup area Melaka atau Negeri Sembilan, Watiey buat dekat rumah je. Yeayyy.
So alhamdulillah, lepas dua bulan dapat kunci, dah complete sama macam apa yang me and my husband rancang konsep rumah. So nak share la hasil dekorasi sendiri, rujukan dari internet. Walaupun tak besar macam rumah Aliff Syukri (haha), tapi setiap sudut tu ada ciri-ciri yang masing-masing nak. Tq cik abang Farhad Hassan sebab tolong realisasikan.
Tips nak deco rumah?
1) Bincang konsep rumah sebelum mula masuk rumah. So nanti tak ada membazir beli barang merapu tak tentu hala (walaupun ada jugak terbabas).
2) Dapatkan persetujuan dua-dua suami isteri.
3) Kalau isteri tak setuju, ulang step 1.
4) Kos? Jangan terburu-buru, buat ikut bajet. Macam kiteorang, masing-masing contribute untuk dapatkan barang yang nak. Duit saving untuk berjalan, bercuti, beli makeup, beli segala benda la kami korbankan untuk deco umah. Jangan sampai buat loan!
Rujukan Mana Barang Dapat?
Barang elektrik – House of lighting, puchong
Furniture – IKEA, Lazada
Deco – IKEA, Kaison, Mr DIY
Ads
Custom dining table – stuckwoodbyakubotak
Custom pallet bed – pine pallet by Al Siddiq
Vinyl Flooring – Al-Aqsa Carpet
Langsir – Tak payah la, mana-mana pun sama.
Wallpaper – Korea wallpaper
Hard pipe / dark oak solid wood loft – DIY MART
Pintu masuk, ruang tamu. Ruang paling utama sekali sebab ruang ni ruang nak lepak-lepak and most of the time akan habis dekat sini.
Ads
Ruang tamu kecik. Down sekejap sebab tengok macam boleh letak kerusi seketoi ja. Kalau ikut hati macam-macam konsep nak try ?
Tadaaaa. Watiey suka warna-warna sejuk suram kelam ? So warna utama grey beige then tambah pokok-pokok je nak bagi ada warna hijau sikit untuk nampak fresh. Dah siap deco pon still nampak ada ruang lagi, yang penting mesti cozy supaya nak lepak baca buku ke ape rasa rilek je ? Dinding kami biar kosong sebab taknak nampak crowded sangat.
Modern contemporary or industrial?..ye ke? hahaha.
Bahagian depan dah ada kerusi bagai..so area ni nak bagi nampak kosong dan luas dekat lantai kita pasang hard pipe + dark oak solid wood by DIY MART ?.
Ads
DINING ROOM..masa mula tengok macam ala sempitnya..sebab dah la suka masa masak tapi space alahai ?. Macam mana nak bagi nampak cantik dan selera nak masak????
Tadaaaa. ?So Watiey dan hubby decide buat konsep ala-ala macam cabin gitu. Warna-warna batu dan hijau buat nampak sejuk je ☺️. Meja memang dari dulu suka tengok meja kayu. Nak ada elemen natural. Memang favourite area ni suka lepak-lepak ngan husband kat sini sbb ‘rasa’ sejuk. Nanti nak tambah fountain boleh dengar bunyi air ala-ala kat sungai. Aduhh..
Hijau-hijau mesti ada, baru la mata dapat rehat. Tambah pokok hiasan sikit dengan wallpaper natural ada lumut-lumut hijau. Tenang nak makan ?
Bar area. Dua-dua kaki coffee. Jadi sini la tempat melepak macam zaman-zaman bercinta sambil perah coffeemaker tu ??
Ruang dapur memang sangat kecik so tak dapat nak letak banyak barang atas table top nanti nampak semak.So pakai la troli bergerak tu untuk jimat ruang.:)
Guest room, duk gaduh laki bini nak buat konsep apa. haha. Konsepnya, nak bagi guest tidur sampai tak nak balik. Hijau mesti ada, tambah dengan wallpaper bricks + hardpipe/dark oak solid wood. Tak payah guna almari makan ruang. Guest boleh guna pipe tu je nak gantung.
Finally my makeup room! dah cop siap-siap..hahaha. Sini la semua karya-karya Watiey terhasil. Thank you sudi baca sampai habis.
Selamat mendecor!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahukah anda bahawa pemakanan juga mempengaruhi tidur? Pasti ada antara anda yang sedang merana kerana sukar tidur malam.
Jika terlelap pun hanya sekejap kerana tidur sering terganggu. Usah susah hati, artikel kali ini menerangkan tentang empat makanan yang boleh menjamin tidur yang berkualiti.
Kesemua makanan ini membantu menenangkan otot yang tegang, menenangkan fikiran dan mengaktifkan hormon serotin dan melatonin untuk membantu anda tidur dengan lebih lena.
1. Teh & Madu
Minumlah teh sebelum tidur dan elakkan dari mengambil minuman berkafien yang tidak elok untuk kesihatan jika diamalkan selalu. Teh Chamomile dikatakan mempunyai kesan penenang yang dapat menurunkan stress fizikal mahupun mental. Manakala teh hijau mengandungi Theanine yang juga membantu manusia untuk lena dalam tidurnya.
2. Susu Panas
Segelas susu panas atau milo panas mampu membuatkan perut berada dalam keadaan yang selesa dan kenyang. Sebelum tidur ambillah segelas susu dan lengkapkan dengan segelas air kosong untuk rasa lebih selesa. Pasti tidur anda lebih nyenyak sepanjang malam.
3. Badam
Badam mengandungi magnesium yang berupaya membantu manusia untuk mudah tertidur dan merehatkan otot-otot badan. Bukan itu sahaja, badam juga mengandungi protein yang berupaya menstabilkan kadar kandungan gula dalam darah ketika tidur. Sambil menonton, kunyahnya beberapa biji badam!
4. Pisang
Ini paling best!. Kandungan magnesium dan potassium yang baik di dalam pisang mampu membantu anda untuk tidur dengan lebih lena. Jika anda mengambil pisang sebelum tidur, Triptofan yang terkandung di dalam pisang akan ditukarkan oleh sel-sel badan kepada hormon serotin dan melatonin yang berguna sebagai hormon penenang otak.
5. Flaxseed
Kalau anda nak tahu, flaxseed kaya dengan asid omega-3 yang dapat membantu memperbaiki mood anda. Flaxseed ini sesuai diambil ketika sedang mengalami stres atau tekanan berat. Tidur juga pasti akan lebih nyenyak.
Pastikan kesemua makanan ini tersedia di rumah anda. Jika tidur anda terganggu, kesemua makanan ini pastinya sangat membantu!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kecantikan dan kesihatan wanita dengan menggunakan amalan tradisi orang dulu-dulu, tidak dinafikan ada manfaatnya.
Umpamanya dengan minum air kunyit sekurang-kurangnya sekali sehari, nak tahu detail ini perkongsiannya.
Hanya Amal Jus Air Kunyit, Dari Kulit Berjeragat Jadi Licin Terus
Air kunyit ni sangat bagus dan berkhasiat untuk kecantikan dalaman dan luaran wanita berkesan juga untuk buangkan lemak dan kuruskan badan. Kunyit mempunyai kebaikkan dalam penjagaan kulit wajah untuk merawat dan mencerahkan kulit dan nampak lebih berseri.
Ia mampu menjadikan kulit lebih bersinar dan licin dari dalam kulit.Menghaluskan kulit wajah.Meringankan segala macam masalah kulit dan membuat kulit menjadi halus mulus.
Menghilangkan kerutan dan garis halus di wajah. Masalah ini selalu menjadi perhatian wanita terutamanya kerutan diwajah.
Mengatasi masalah jeragat dan bintik hitam. Kunyit juga mampu membantu menghilangkan jeragat dan bintik hitam.
Menghilangkan jerawat. Manfaat kunyit juga mampu menghilangkan jerawat dengan membasmi kuman jerawat supaya jerawat dapat diatasi tanpa meninggalkan kesan.
Kunyit juga berkhasiat untuk kecantikan dalaman wanita. Mencuci darah dan kekotoran dalaman, kecutkan rahim (bagus untuk kurangkan buncit), kecutkan buasir, kecutkan fibroid, kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman, menyuburkan peranakan, memulihkan luka luka dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong atau rahim keluar atau rahim jatuh dan baanyak lagi.
Saya guna ibu kunyit ni adalah sejenis anti-septic yang boleh mencuci darah dan membersihkan luka.
Caranya:
1. Kisarkan ibu kunyit (dalam 4ketul sederhana besar) dengan 5 gelas air masak.
2. Tapis airnya.
3. Campurkan sedikit air asam jawa dan gula merah (gaul sebati sambil panaskan di kuali)
4. Diminum sekali sehari selama 3 hari berturut turut selepas darah nifas bagi orang bersalin. Untuk dijadikan amalan elok diminum sekali sehari setiap pagi atau malam atau bila berkesempatan asalkan ada minum.
Hari ini adalah istimewa buat yang bergelar bapa. Ramai yang menghantar ucapan dan memberi hadiah sempena hari bapa kepada ayahanda tersayang.
Pengorbanan ayah tidak nilainya. Biarpun ayah kelihatan tegas dan garang namun jauh di sudut hati sanggup melakukan apa jua terutama sekali untuk kejayaan anak tersayang.
Begitulah yang dikongsi oleh seorang pelajar, Anissa Suhaimi, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, Melaka.
Sebagaimana laporan kosmo online baru-baru ini, pelajar cemerlang ini ‘menghadiahkan’ keputusan 7A dan 2B yang diraih kepada ibu dan bapanya.
Merupakan anak kepada seorang anak pekerja pembersihan pelajar ini tidak pernah mensia-siakan jasa kedua orang tuanya.
Kesukaran hidup menjadi kekuatan diri untuk berjaya bagi mengubah nasib keluarga untuk membalas jasa ayah, Suhaimi Md. Jas, 63, dan ibu, Nor Aini Meslan, 54.
Ayah redah hujan hantar duit belanja
Lebih meruntun jiwa, pelajar ini meluahkan bahawa ayahnya pernah datang ke asramanya dalam keadaan basah kuyup untuk menghantar duit belanja RM10 untuk dua minggu.
Bahkan pengorbanan ayahnya pasti tidak dilupa apabila susah payah menunggang motosikal lebih 40 kilometer selama tiga tahun bagi menyekolahkannya.
“Kami sekeluarga hanya mempunyai sebuah motosikal lama untuk bergerak. Jadi sepanjang bersekolah, emak dan ayah terpaksa menunggang motosikal dari Kesang Laut untuk berjumpa saya yang tinggal di asrama.
“Malah pernah sekali, ayah datang dalam keadaan basah kuyup semata-mata ingin menghantar duit belanja berjumlah RM10 untuk dua minggu.”
Malah katanya lagi, jika keluarga ingin berjumpa pada waktu pelepasan asrama, bapanya akan menurunkan ibunya terlebih dahulu di Melaka Sentral dan kemudian akan mengambilnya di sekolah sebelum berpatah balik ke stesen bas itu untuk meluangkan masa bersama-sama.
Berjimat cermat
Didik hidup sederhana dan bersyukur seadanya, Anissa mengamalkan sikap berjimat cermat agar tidak menyusahkan orang tuanya.
Namun, Anissa bertuah apabila dikelilingi rakan-rakan yang baik di sekolah.
“Disebabkan tidak mahu menyusahkan keluarganya, saya cuba berjimat cermat dan jarang berbelanja di sekolah, sebaliknya hanya mengulang kaji pelajaran pada waktu rehat.
“Namun, saya tidak pernah berlapar, ada sahaja kawan-kawan yang baik hati membekalkan makanan untuk saya atas balasan saya membantu mereka dalam pembelajaran.
“Guru-guru di sekolah juga banyak membantu dan memberi dorongan untuk saya buat yang terbaik, bukan sahaja dalam pembelajaran tetapi juga kokurikulum.”
Begitulah kisah pengorbanan seorang ayah. Segala nikmat yang kita ada sekarang, adalah dari usaha keras ayah untuk memberikan keselesaan dan kebahagiaan buat keluarganya. Selamat hari bapa!
Tentu ramai yang gemar makan buah naga merah atau putih. Namu tahukah anda bahawa ini sebenarnya ada perbezaanya khasiat.Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian...