Deko Guna Pokok Keliling Rumah Je Pun, Tapi Nampak Wow En Suami Ni Buat. Memang Boleh Followlah!

Share

Kreativiti menghias rumah agar terlihat indah dan selesa buat seisi keluarga biasanya orang perempuan lebih memainkan peranan utama. Mungkin dek kerana menghias rumah ini memerlukan ketelitian dan ada sentuhan seninya yang tersendiri.

Pun  begitu bila menyentuh tentang menghias rumah dengan dekorasi tertentu, kadang kala sering juga tersekat idea kerana kita terlalu memikirkan barang dan keperluan yang perlu dibeli untuk menjadikan ruangan nampak bergaya.

Namun berbeza sekali dengan sentuhan dekorasi dari seorang suami ini yang begitu bersahaja menggunakan tumbuh-tumbuhan di keliling rumah sebagai salah satu elemen dekorasi yang memberi impak wow pada kediamannya.

Lihat sahaja bagaimana dia mengolah bunga sepit udang yang terlihat gah di dalam pasu sekali gus  terlihat begitu bergaya di dalam kelasnya yang tersendiri.

Mendekati dekorasi indah yang digarapkan pada ruangan kediamannya, turut dikongsikan di akaun fbnya dan dapatlah kiranya menjadi inspirasi buat kita untuk mencantikan kediaman dengan idea yang menarik.

Jom semak.

Gunakan apa saja pokok hiasan yang ada di sekeliling rumah sebagai hiasan di dalam rumah.

Tahun ini pokok kantan mengeluarkan bunga yang banyak dan tak termakan. Kita kerat kerat jer dan masukkan dalam pasu kaca letak kat ruang tamu..

Begitu juga dengan bunga sepit udang. Kita kerat kerat bubuh dalam balang kaca. Inilah hasilnya.

Jangan pulak bubuh pokok rambutan dalam rumah ya..

Moga bermanfaat.

sumber : Mazlan Zain