Selepas selamat melahirkan putera sulung pada 8 September lalu, Uyaina Arshad dan juga suami iaitu Raja Syahiran sepakat untuk mendedahkan nama bayi comel mereka.
Menerusi perkongsian itu, Uyaina dan suami sepakat memberikan nama bayi lelaki mereka ‘Raja Urhan’ yang membawa maksud tersendiri.
Assalamualaikum semua. Ini Raja Urhan bin Raja Syahiran. ‘Urhan’ bermaksud Pemimpin Yang Hebat.
Tulis Uyaina di bahagian kapsyen, selain membawa maksud pemimpin yang hebat, nama Urhan itu begitu dekat dengan nama ibunya iaitu Noor Alhan dan diambil bersempena dengan nama tokoh Islam iaitu Sultan Orhan Gazi yang merupakan Sultan Empayar Uthmaniyyah.
” Selain dekat dengan nama ibu kami yang tercinta ‘Noor Alhan’, nama ‘Urhan’ juga diambil dari nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi.” tulisnya.
Di hujung perkongsiannya, Uyaina juga berharap agar anak lelaki sulungnya itu akan membesar menjadi seseorang yang berguna dan beri kebaikan untuk masyarakat.
Tambahan, difahamkan akaun Instagram atas nama Urhan juga telah diwujudkan namun masih lagi dalam mod private.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah kepada Uyaina dan suami selain memuji pilihan nama selain dari mendoakan anak mereka supaya menjadi anak yang soleh kepada ibu bapanya.
Sumber: Instagram uyainaarshad
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini