Selepas selamat melahirkan putera sulung pada 8 September lalu, Uyaina Arshad dan juga suami iaitu Raja Syahiran sepakat untuk mendedahkan nama bayi comel mereka.
Menerusi perkongsian itu, Uyaina dan suami sepakat memberikan nama bayi lelaki mereka ‘Raja Urhan’ yang membawa maksud tersendiri.
Assalamualaikum semua. Ini Raja Urhan bin Raja Syahiran. ‘Urhan’ bermaksud Pemimpin Yang Hebat.
Tulis Uyaina di bahagian kapsyen, selain membawa maksud pemimpin yang hebat, nama Urhan itu begitu dekat dengan nama ibunya iaitu Noor Alhan dan diambil bersempena dengan nama tokoh Islam iaitu Sultan Orhan Gazi yang merupakan Sultan Empayar Uthmaniyyah.
” Selain dekat dengan nama ibu kami yang tercinta ‘Noor Alhan’, nama ‘Urhan’ juga diambil dari nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi.” tulisnya.
Di hujung perkongsiannya, Uyaina juga berharap agar anak lelaki sulungnya itu akan membesar menjadi seseorang yang berguna dan beri kebaikan untuk masyarakat.
Tambahan, difahamkan akaun Instagram atas nama Urhan juga telah diwujudkan namun masih lagi dalam mod private.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah kepada Uyaina dan suami selain memuji pilihan nama selain dari mendoakan anak mereka supaya menjadi anak yang soleh kepada ibu bapanya.
Sumber: Instagram uyainaarshad
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Bila Isteri Tak Cukup Tidur, Suami Kena Ambil Peduli. Doktor Ini Jelaskan Sebabnya
Tahukah anda, moody atau cepat marah antara tanda seseorang itu tidak cukup tidur. Jangan buat main jika tidak cukup tidur kerana ia akan menggangu kesihatan dalaman dan luaran diri. Apabila tidur mencukupi pastinya kita akan lebih segar, sekali gus meredakan tekanan perasaan sama ada akibat masalah di tempat kerja mahupun peribadi.
Umumnya orang dewasa memerlukan tidur sekitar tujuh hingga lapan jam sehari bagi memberikan masa kepada semua otot badan dan minda yang terlalu banyak berfungsi untuk berehat.
Jom semak perkongsian Doktor Taufiq Razif yang menjelaskan sebab kenapa suami kena ambil peduli dan tanda isteri tidak cukup tidur.
Semua Suami Kena Tahu 5 Tanda Isteri Tak Cukup Tidur
1. Kalau sakit tu jadi lambat baik sikit sebab sistem imum dan respon tubuh untuk lawan jangkitan kuman tu jadi perlahan sikit bila kurang tidur
2. Ada masalah berat badan. Lemak bertimbun di sana sini. Bukan sebab isteri tu pemalas tapi 2 hormon ni, LEPTIN dan GHRELIN jadi kacau bilau. Tu yang jadi selalu lapar dan susah kenyang.
3. Selalu pelupa. Kurang tidur ni akan efek pada ‘long and short term memory’. Kreativiti dan konsentrasi isteri kita pun akan menurun secara drastik. Tu yang duk pakai baju kelawar je tu. Bukan tak pandai berhias tapi otak jadi tumpul dan susah nak fokus.
4. Tidur berlebihan di siang hari, selalu dilihat menguap dan lesu. Sebab tu la kita kena pandai baca bahasa badan pasangan kita. Jangan mimik muka nampak lesu dan berkerut sini sana kita buat tak tahu. Jangan!
5. Isteri selalu moody. Tak cukup tidur ni akan menyebabkan isteri kita ni selalu melenting dan mudah marah ( irritability & anger ). Bukan tu je, ketahanan isteri kita pada stres pun akan sangat lemah.
Tu la kenapa tolong la perhatikan isteri kita walaupun mungkin isteri kita nampak seperti tak ada apa apa tapi percayalah, mereka tetap perlukan perhatian dan pertolongan kita.
Saya percaya, suami yang paling sensitif dengan emosi isteri adalah suami yang paling hebat di mata anak anaknya sendiri!
p/s : Saya suka ajar ilmu parenting/mendidik anak di Telegram saya. Klik je link ni untuk join sekali bersama 130 ribu mak ayah yang lain di sana ?t.me/NotaTaufiqRazif
Cara Simpan Duit Old School Lelaki Ini Tarik Perhatian Ramai. Boleh Follow!
Bila bercakap soal perbelanjaan memang kena ada perancangan. Jika tidak, gaji beribu-ribu pun pasti keluar laju macam air jika tidak diuruskan dengan baik.
Bagi saudara Hilmi Jailani , beliau menyediakan cara untuk menguruskan wang agar hujung bulan duit tetap ada.
Ikui perkongsian saudara Hilmi Jailani.
TIPS BIJAK MENYIMPAN!
Gaji baru je masuk seminggu, dah tinggal berapa kerat je lagi dalam bank. Tiap bulan macam tu lah. Bosan juga hadap situasi sama tiap bulan.
Kalau yang sabar, boleh lah hadap megi sebagai pengganti KFC dan Mcd. Tapi kalau jenis gelojoh memang kad kredit lah jawabnya.
Sebelum jatuh terduduk, baik korang cuba benda yang saya nak kongsi ini. Cara ini mungkin nampak old school, tapi inilah yang saya buat sejak 2 tahun lepas.
Ok baik.
Langkah 1:
Ajak pasangan duduk bersama. Bincang dan tulis semua perbelanjaan bulanan korang. Rujuk gambar 1 di bawah. Saya ada sertakan contoh yang saya sendiri buat.
Saat ini, jangan nak kelentong lagi. Kalau spend duit untuk kereta pun tulis. Beli tudung hari-hari pun tulis. Lutsinar (transparent) antara satu sama lain.
Langkah 2:
Bandingkan perbelanjaan korang dengan gaji yang masuk setiap bulan. Kalau korang ada elaun, side income, bonus, terpulang kalau nak kira sekali pun, okay aje.
Hah macam mana gaji vs belanja? Positif atau negatif?
Kalau positif, syabas dan tahniah. Sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang sabar. Haha
Tapi kalau negatif, sila baca sampai habis.
Langkah 3:
Sila jenguk semula pada catatan di langkah (1) tadi. Potong dan kurangkan dekat belanja yang rasa tak perlu. Waktu ini, tepuk pipi dan sedarlah dari mimpi. Yang anda sedang menarah bukit yang tak wujud pun sebenarnya.
Langkah 4:
Setiap kali gaji, simpan dulu duit siap-siap sebelum guna. Berapa amaun yang kena simpan?
JUMLAH GAJI – (KOMITMEN + BELANJA) =SIMPAN
Katakan ada bulan yang korang dapat lebihan elaun/bonus. Tempat yang sepatutnya adalah pada simpanan. Bukan pada belanja. Faham eh?
Langkah 5:
Cari angpau raya tahun lepas. Then masukkan setiap amaun duit yang dah ditulis pada langkah 1. *1 jenis belanja = 1 sampul.
Wajib tanda besar-besar. Kang takut terseluk sampul yang salah pulak. Rujuk gambar 2. Ini yang saya buat. Awal-awal ni, buat lah cecantik dulu. Nanti dah lama boleh lah hodoh-hodoh macam saya buat tu hahaha
Langkah 6:
Tampal kertas untuk catat “duit keluar” dari sampul. Setiap sen yang keluar wajib tulis! Lekatkan ia berdekatan dengan deretan sampul tadi. Pen jangan lupa. Nanti tercari pen sampai lupa nak catat.
Langkah 7:
Setiap kali next gaji masuk, check dan audit semua sampul. Tally atau tak dengan catatan keluar masuk.
Bagaimana jika ada duit lebihan dalam angpau?
Haaa.. Yang ini korang boleh tambah lagi 2 tabung special. Tabung derma dan tabung travel. Haa baru lah ada motivasi nak menyimpan lebih. Nak enjoy lebih kena lah berjimat lebih, kan? Hehe
Itu sahaja tips old school saya. Mudah je kan?
Apapun, ianya berbalik pada disiplin diri kita sendiri. Ini sekadar salah satu usaha kecil kita. Lebih dari itu kita serah lah pada yang Maha Kaya.
“Mama, Saya Nak Ikut Kawan Pergi Desaru…”- Jaga Anak Perempuan Bukan Mudah, Mana Dia Pergi Bawa Maruah Keluarga!
Orang dulu-dulu selalu ulang-ulang kata mengatakan bahawa jaga anak perempuan ini lebih sukar, kemana sahaja dia pergi akan membawa maruah keluarga. Apatah lagi melihat cabaran membesarkan anak remaja masa kini, nyata berganda kerisauan ibu ayah jadinya.
Umpamanya kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu ini, ustazah Rohamiah Muda di akaun facebooknya meluah rasa kerisauan bila anak perempuannya meminta izin bercuti bersama kawan-kawan.
Biarpun anak perempuannya sudah besar, namun di hati ibu tetap gusar apabila anak tidak di depan mata. Hanya kata-kata nasihat dititipkan buat anak perempuannya agar pandai jaga diri. Selebihnya Allah jualah yang memelihara anak perempuannya itu.
Anak Minta Izan Ke Desaru
“Mama, saya nak ikut kawan pergi Desaru,” kata Kakak Izzati beberapa hari lepas.
“Buat apa?” tanya saya.
“Saja. Kawan ajak.”
Sambil berfikir dan mencari alasan, saya menjawab, “Mama tanya papa dulu ya.”
“Ala …” jawab Kakak seperti ada nada kecewa.
Boleh Bersyarat
Dalam hati sebenarnya saya tidak izinkan dia pergi. Bimbang tanpa pantauan.
“Mak kawan saya pun ikut juga. Dia yang pandu kereta. Ada seorang lagi kawan saya ikut,” Kakak Izzati terus merayu.
Selepas berfikir, saya menjawab, “Boleh dengan syarat. Pakai baju sopan, jangan leka dan jaga adab.”
“Okey!” jawab kakak ceria.
Saya melihat ada sinar di matanya. Seronok!
“Mama …” ucap kakak dengan memandang saya sambil senyum.
“Nak apa lagi?”
“Nanti nak duit sikit, sebab nak kena bayar.”
“Ya lah.”
Terfikir Menarik Semula Keizinan
Beberapa hari kemudian, kakak bersuara, “Mama, nak beli baju.”
“Nak buat apa?”
“Nak pergi Desaru nanti nak mandi. Nak kena pakai baju ‘jesy’,” kata Kakak Izzati.
“Nak mandi? Tempat terbuka ke tak?”
“Tak tahu.”
Ketika ini saya mula terfikir untuk menarik semula keizinan. Tapi, saya sudah beri keizinan, saya tetap membuat syarat.
“Ada ke baju ‘jesy’ yang labuh?” tanya saya.
“Ada.”
Hati seorang ibu, tetap tidak tenang dengan permintaan anak.
Pergi dengan kawan, bimbang tindak tanduknya tidak terkawal.
‘Ya Allah, jika perkara ini tidak baik bagi anakku, Engkau jadikan sebab untuk batalkan program ini,’ doa saya dari hati yang paling dalam.
Selepas sediakan keperluan Kakak Izzati untuk ke Desaru, saya serahkan urusan ini kepada Allah.
Akhirnya Hati Sangat Lapang
Tiba-tiba semalam, Kakak Izzati berkata, “Mama, kawan saya beritahu, dia tak jadi nak ke Desaru sebab mak dia nak pergi ke K.L.”
“Oh, ya?”
Dalam hati, saya ucapkan alhamdulillah.
Saya ceritakan kepada Kakak Izzati tentang doa saya. Dia ketawa. Sebab dia tahu saya agak susah untuk lepaskan dia keluar bermusafir bersama kawannya.
Subhanallah.
Hati saya sangat lapang selepas Kakak Izzati maklumkan berita itu.
Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Sungguh. Menjaga anak perempuan lebih sukar. Ke mana dia pergi, dia membawa maruah diri dan keluarga.
Moga Allah terus pelihara anak remaja kita. Semoga mereka teguh dalam beragama. Amin
Sumber : Rohamiah Muda
ARTIKEL MENARIK : “Kenderaan Adalah ‘Monster’ Yang Telan Banyak Duit…”-Lelaki Ni Pesan, Ada Betulnya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club